Posts

Showing posts from July, 2010

Hubaya-Hubayalah Dengan Solatmu.

Image
“Wahai yang empunya diri ,sudahkan selesai mendirikan solat”   “Sudah ,alhamdulillah.”   “Apakah kamu telah berniat dan mengangkat takbir ketika memulakan solatmu?”   “Ya”.   “Apakah ketika kamu memasang niat dan mengangkat takbir itu ,kamu rasakan ia mungkin solatmu yang terakhir , kerana mati boleh menjemputmu bila-bila masa?”   “Tidak”   “Adakah ketika lidahmu menyebut Allahuakbar ,hatimu turut membesarkan Allah?”   “Tidak….”   “Kalau begitu ,kamu tidak benar-benar berniat dan mengangkat takbir .”   “…”   “Ketika lidahmu melafazkan doa iftitah , adakah hatimu mengiakan bahawa hidup dan matimu hanya untuk Allah yang Esa?”   “Tidak”   “Ketika surah al-fatihah kamu baca ,adakah hatimu bersyukur kepada Allah ,Tuhan yg kamu sembah dan tempat kamu meminta pertolongan , lantas kamu memohon di beri petunjuk ke jalan yang diredhai -Nya dan dijauhkan dari jalan yang sesaat lagi di murkaiNya?”   “Tidak..”   “Kalau begitu ,kamu sebenarnya tidak membaca apa-apaa dalam solatmu.”

ANTARA KEISTEMEWAAN DAN KELEBIHAN RAMADHAN

Image
Firman Allah Taala bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa. (Surah al-Baqarah: ayat 183). Pintu Syurga Dibuka Dan Pintu Neraka Ditutup. Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Apabila datangnya Ramadhan maka dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka dan dirantaikan syaitan-syaitan. (Riwayat Bukhari dan Muslim). Hanya Orang Yang Berpuasa Dapat Memasuki Pintu Syurga ar-Rayyan. Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Sesungguhnya di dalam syurga ada satu pintu yang dinamakan ar-Rayyan. Orang-orang yang berpuasa sahaja memasukinya manakala orang-orang lain selain mereka tidak dibenarkan. (Riwayat Bukhari dan Muslim). Orang Berpuasa Bergembira Ketika Bertemu Allah Taala dan Berbuka. Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Bagi orang yang berpuasa itu merasai dua kegembiraan iaitu apabila berbuka puasa dia gembira dengan berbuka puasanya dan apabila dia b

Amalan-amalan Sunat Di Bulan Syaaban

Image
Hadith : Dari Aisyah r.a katanya:”Rasulullah SAW sering berpuasa sehingga kami mengira bahawa baginda akan berpuasa seterusnya. Dan baginda sering berbuka sehingga kami mengira beliau akan berbuka terus. Dan aku tidak pernah melihat baginda berpuasa terus sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadhan. Dan aku juga tidak pernah melihat baginda berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak daripada puasanya di bulan Syaaban.”   (al-Bukhari)         Syaaban ertinya berpecah atau bercerai-berai. Ia dinamakan demikian kerana orang-orang Arab pada bulan tersebut akan berhijrah ke mana-mana tempat untuk mencari air sehingga ke gua-gua dan sebagainya. Pendapat lain pula mengatakan, sebab diertikan de

UkhtiFillah

Image
Ukhtifillah.. (Surat Terbuka Seorang Ikhwan untuk Seluruh Akhwat di Dunia) Ukhtifillah,   Mungkin aku memang tak romantis tapi siapa peduli? Karena itu kau tak mengenalku dan memang tak perlu mengenalku. Bagiku kau bunga, tak mampu aku samakanmu dengan bunga terindah sekalipun. Bagiku manusia adalah makhluk yang terindah, tersempurna dan tertinggi. Bagiku dirimu salah satu dari semua itu, kerananya kau tak mempunyai persamaan. Ukhtifillah, Jangan biarkan aku menatapmu penuh, kerana ianya akan membuatkanku mengingatimu. Bererti memenuhi kepalaku dengan inginkanmu. Mengimbas pada tersusunnya gambarmu dalam tiap dinding khayalku. Membuatkanku inginkanmu sepenuh hati, seluruh jiwa, sesemangat mentari. Kasihanilah dirimu jika harus hadir dalam khayalku yang masih penuh Lumpur. Karena sesungguhnya dirimu terlalu suci. Ukhtifillah, Berdua menghabiskan waktu denganmu bagaikan mimpi tak terhujung. Ada ingin tapi tak ada henti. Menyentuhmu merupakan nafsu d

Aku Malu. Tidakkah Kamu?

Image
Rasa M A L U .. Yang seharusnya ada pada setiap wanita.. Rasa M A L U .. Yang seharusnya menjadi benteng maruah kita.. Rasa M A L U .. Juga yang seharusnya menyedarkan kita akan siapa diri kita .. Jadinya.. Setiap langkahmu selama ini.. Tanpa rasa takut padaNya.. Tanpa rasa berdosa padaNya.. Apa masih tidak cukupkah rasa malu dalam dirimu? "Sesungguhnya wanita itu aurat. Dan seorang wanita benar-benar keluar dari rumahnya tanpa ada halangan atasnya, lalu syaitan mengangkat pandangan kepadanya seraya berkata, 'Sesungguhnya engkau tidak melewati seseorang melainkan engkau menjadikannya tertarik kepadamu....' " - (HR Thabrani) Takutlah wahai diriku dan dirimu yang bergelar wanita.. Sesungguhnya engkau umpama bunga.. Yang mungkin baru berputik menunjukkan warna.. Merah, biru, kuning, apa sahaja.. Tapi awas! Kuntuman yang sedang mekar.. Turut bersamanya haruman yang tersebar.. mungkin saja dirimu tidak sedar.. Engkau tidak

Kematian Suatu Kepastian

Image
Tanpa kita sedari, masa berlalu dengan begitu pantas sekali. Namun, kita terus terleka dengan pelbagai perkara yang melalaikan sehingga kita terlupa tujuan sebenar kita berada di muka bumi ini. Beruntunglah bagi mereka yang terus berpegang dengan kemudi keimanan, dan rugilah bagi mereka yang terus hanyut tanpa pedoman. Sahabat-sahabatku, Mungkin ada yang tertanya-tanya, mengapakah kita perlu berbicara tentang kematian? Sedangkan kita masih muda, perjalanan kita masih jauh. Kita hampir terlupa tentang hakikat sebuah kematian yang terus mengejar kita . Kematian itu PASTI . Tiada siapa dapat mengelak atau melambatkannya walaupun hanya beberapa detik. Malaikat Izrael tidak pernah alpa dalam menjalankan tugasnya. Hatta, setiap makhluk di muka bumi ini ada janji kematian tersandar ke atasnya. Marilah kita sama-sama merenungi firman Allah dalam surah Al-Anbiya ayat 34 dan 35 yang bermaksud : “Dan Kami tidak menjadikan seseorang manusia sebelummu dapat hidup kekal

Nur Tuhan

Image
Apabila hati itu sedang menangis, merintih seribu kesedihan. Entah kenapa hati itu sedih pada hari ini. Segala di hadapannya tidak menjanjikan sebuah senyuman kepadanya hanya kesedihan. Dia mula bosan dengan apa yang terpantul di matanya. Dia mulai bosan. Mengapa di sekelilingnya semuanya bagai cukup lengkap namun masih ada cahaya yang tertinggal. Walhal lampu yang terang benderang dengan harga yang beratus-ratus tidak dapat menembusi hatinya yang gelisah. Mengapa ? Mengapa masih ada kurang ? Dia mengambil keputusan untuk melarikan diri sebentar dari suasana mewah itu. Dia ingin sekali hatinya girang sekali lagi dengan nikmat yang tidak kekal ini. Dia sudah bersiap sedia walau dia tahu dia akan merasai lelah namun dia rela agar hatinya kembali ceria. Dia mulakan langkah. Dia tempuhi danau dan bukit-bukau. Mencari yang apa tercicir dalam dirinya. Hatta lautan seluas mana pun dia sanggup untuk redah biar bahaya di hadapannya. Dilihatnya terik mentari dan peluh mula mengali

AGM PSSI 2010

Image
ASSALAMUALAIKUM WBT.. DIJEMPUT HADIR KE MAJLIS PENGENALAN  DAN PERLANTIKAN AJK BARU PSSI SESI JULAI 2010.. KAMI MENGALU-ALUKAN KEHADIRAN ANTUM BAGI MEMERIAHKAN MAJLIS INI..