Posts

Showing posts with the label Artikel Pelawat

Marhaban Ya Ramadhan....

Dalam Kitab Durratun Naasihiin diriwayatkan tentang kisah disyari’atkannya puasa. Dikatakan bahwa yang dimaksud dengan puasa ialah menekan musuh Allah (Setan). Dan sesungguhnya setan memanfaatkan nafsu syahwat sebagai alat penggoda. Kekuatan sang nafsu akan bertambah disebabkan makan dan minum. Karena itulah menurut kisah kejadiannya, bahwa setelah Allah menciptakan akal dan nafsu, Allah memerintahkan mereka menghadap-Nya. Kemudian ditanya satu persatu. Sang akalpun datang menghadap dan ketika disuruh berbalik, berbaliklah ia. Lalu Allah pun bertanya kepadanya, “Man ana wa man anta? (siapa saya dan siapa kamu?)”. Maka dengan tawadhu’ sang akal menjawab, “Anta Rabbiy wa ana ‘abduka adh dhoif (Engkau Tuhanku dan aku hamba-Mu yang lemah)”. Karena itu Allah memberinya kemuliaan. Sedangkan nafsu, ketika diperintahkan untuk menghadap, ia diam saja tidak menjawab. Dan ketika ditanya dengan pertanyaan yang sama, dengan sombongnya dia menjawab, “Ana wa ana, Anta wa anta (aku ya aku, Engkau ya E...

CCTV!!

Image
Teknologi Aqidah AWAS!!! Anda sedang diperhatikan melalui kamera litar tertutup " Saya sudah dapat menghafal tulisan ini setiap kali pintu lif di Desasiswa Restu terbuka. Liar mata saya mencari kedudukan kamera tersebut. Tetapi pandangan saya hanya seimbas sahaja. Dipandang lama-lama takut muka dicam oleh pengawal sehingga menimbulkan syak wasangka. Namun di sudut kecil hati saya timbul persoalan yang sangat membimbangkan tatkala kewujudan kamera litar tertutup (CCTV) ini yang semakin bertambah di sekitar kawasan terbuka mahupun tertutup. Percaya atau tidak , CCTV adalah simbol kejatuhan peradaban manusia yang paling hina pernah tercatat dalam sejarah dunia. CCTV dan Masyarakat Dalam kes pembunuhan Nurin Jazlin yang lepas, selepas polis melakukan penyiasatan secara besar-besaran di samping bantuan yang menyeluruh daripada semua golongan masyarakat, dalang di sebalik tragedi yang menyayat hati ini belum lagi ditangkap mahupun dikenalpasti. Malah, rakaman CCTV yang menunjukkan pembu...

Salam..

Image
Dunia Hari Ini Semenjak mata dapat melihat, semenjak itulah saya banyak memerhatikan perkara-perkara yang berada di sekeliling alam ini. Bermacam-macam ragam, bermacam-macam jenis, bermacam-macam gaya. Ada yang suka, duka, sedih, hilai, tangis, lawak, pelik dan bermacam-macam lagi. Namum begitu, apa yang hendak saya kongsikan ialah perkara pelik yang saya saksikan. Saya melihat remja pada masa kini semakin menuju kearah suatu kerosakan yang akan membawa kepada kehancuran. Hancurnya remaja akan menunjukkan kehancuran negara pada masa akan datang. Saya melihat ia berpunca daripada masalah didikan yang tidak sempurna ataupun tidak betul dalam melahirkan generasi pada masa kini. Ia juga berpunca daripada dasar pendidikan negara dan ibubapa yang menekan didikan berkonsepkan keduniaan disamping mengambil sedikit pendidikan akhirat. Jika dilihat daripada tempat-tempat ataupun pusat-pusat pengajian Al-Quran, Qiraati ataupun mana-mana tempat pengajian Islam sentiasa mendapat perhatian ibubapa u...