Posts

Showing posts with the label Tazkirah

Sunnah Rasulullah Edisi Ke-7

Image
||SPREAD SUNNAH VII|| ~BUAT DAN SEBARKAN SUNNAH~ اللهم صلي على سيدنا محمد ~PUASA SUNAT~ Saidatina Aisyah r.a, isteri Nabi Muhammad s.a.w  menceritakan : " Rasulullah s.a.w selalu bersungguh-sungguh untuk  berpuasa pada hari Isnin dan Khamis" (Sahih Sunan al-Tarmizi)

Peganglah Api Bila Teringatkan Zina

Ada seorang pemuda soleh yang sangat patuh kepada perintah agamanya dan sentiasa menjaga diri daripada segala rupa maksiat dan keburukan,sehingga pada suatu malam terlintas di dalam hatinya hendak berzina dengan seorang gadis jelita kerana terpesona dengan kejelitaannya. Kebetulan pada ketika itu, disampingnya ada sebuah pelita yang sedang baru dinyalakan untuk menerangi rumah pemuda soleh itu. Maka dia pun terus menajamkan pandangannya kepada api yang sedang bernyala-nyala pada sumbu pelita itu. Kemudian dia berbisik pada dirinya sendiri: ''Engkau mengajak aku melakukan perbuatan terkutuk dengan wanita itu? Baiklah, aku akan letakkan jariku ini di atas sumbu pelita yang menyala itu. Kiranya ia tahu panasnya, nescaya aku akan turutkan kemahuanmu itu.'' Maka pemuda soleh itu pun meletakkan jarinya di atas sumbu tadi. Dan dia cuba menahan diri daripada kepanasannya, sehingga hampir-hampir nyawanya akan tercabut kerana tidak tahan panas yang dideritanya i...

Tapisan DariNya

Image
” Apakah kamu mengira kamu akan dimasukkan ke dalam syurga sedangkan kamu belum mengalami apa yang telah dialami oleh manusia sebelum kamu. Mereka telah menderita kesusahan dan keperitan hingga bergegar ( keimanan ) mereka. Sehingga Rasul dan orang-orang yang beriman yang bersamanya tertanya-tanya : ‘ Bilakah pertolongan Allah ( akan datang ) ? ( Insaflah ) pertolongan Allah itu sangat hampir ” ( Al-Baqarah : ayat 214 ) Demikianlah nasib manusia-manusia terdahulu. Hidup mereka sentiasa diancam bahaya dan azab derita pedih. Sekali-kali mereka tidak pernah gusar dan takut dengan ancaman yang diberikan itu kerana di dada mereka telah tertanam kukuh iman yang cukup kental meneriakkan yang haq serta memusuhi sekeras-kerasnya yang batil. Hanya dengan kalimat ‘ tiada tuhan yang berhak disembah, diagungkan dan dibesarkan melainkan Allah, serta Muhammad itu sesungguhya Rasul yang diturunkanNya kepada sekalia Alam,’ mereka tidak takut dicaci dan dihina oleh manusia seluruhnya...

Keistemewaan Wanita Dalam Islam

Image
1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki karena sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab beliau, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia". 2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahim nya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan bagi nya setiap hari dengan 1000 kebajikan dan menghapus kan dari nya 1000 kejahatan. 3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatat kan bagi nya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah. 4. Apabila seseorang perempuan melahir kan anak, keluar lah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibu nya melahirkan nya. 5. Ap abila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susu nya diberi satu kebajikan. 6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anak nya yang sakit, maka Allah memberi nya pahala seperti memerdekakan 70 ha...

10 K dalam persahabatan/Ukhuwah

Image
* KECINTAAN * merupakan elemen yang paling penting sekali dalam sesebuah persahabatan. Ikatan sesebuah persahabatan akan mudah rapuh jika tiadanya kecintaan antara dua insan yang disandarkan kepada Si Pemilik cinta itu sendiri. Sebab itu, kadang-kadang perlunya kita meluahkan rasa cinta kita terhadap sahabat kita dengan mengungkap, "uhibbuka/i fillah" (bagi sahabat-sahabat yang sama jantina sahaja) agar mereka tahu betapa cintanya kita terhadap mereka, kerana Allah ( insyaAllah). * KASIH SAYANG * lebih kurang sama sahaja maksudnya dengan kecintaan. Namun, setelah kita mencintai sahabat kita, perlunya kita curahkan segala kasih sayang kita terhadap mereka. Tetapi, kadangkala kasih sayang tidak perlu dipamerkan secara luaran. Cukuplah sekadar kita mendoakan untuk sahabat-sahabat kita, insyaAllah, itu sudah cukup membuktikan betapa sayangnya kita terhadap merek a. * KEIKHLASAN * dapat menjamin sesebuah persahabatan mendapat keberkatan dan ...

15 Perkara Penyebab Bala

Image
Gambar hiasan - Taufan Katrina Untuk renungan bersama. Ali bin Abi Thalib r.a, meriwayatkan daripada Rasulullah SAW bahawa beliau bersabda; “Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka, iaitu: 1.Apabila (Maghnam) harta milik umum atau negara hanya berkisar di kalangan elit tertentu 2. Apabila (aset) amanah dijadikan sebagai habuan diri (ghanimah) 3. Zakat dianggap sebagai beban hutang (diperniagakan) 4. (Kehendak) suami dikuasai oleh kehendak isteri (Queen Control) 5. Anak menderhakai ibunya 6. Tapi ia berbaik-baik (patuh) dengan (kehendak) kawannya 7. Ayahnya (pula) disingkir jauh 8. Rioh rendah dan kecoh di dalam masjid (atas sebab dunia) 9. Yang menjadi ketua sesuatu bangsa adalah orang yang fasiq (jahat dan derhaka kepada Allah) 10. Seseorang dimuliakan kerana (hendak menghindari) kejahatannya 11. Arak menjadi minuman lumrah 12. Sutera menjadi pakaian (golongan lelaki) 13. Golongan artis (biduan) disanjung-sanjung 14...

Azab Kubur

Image
Kali ini ana nak kongsikan gambar-gambar yang dapat membuktikan bahawa azab kubur itu ada dan sememangnya ada . . Sebabnya sebelum ini kita sering dihidangkan dengan suara-suara sumbang yang cuba mempertikaikan akan adanya azab kubur dan soalan Munkar dan Nankir .. Astaghfirullah.. Lebih malang suara-suara ini datangnya dari orang yang berilmu dan bijak pandai.. Antaranya dalam majalah Al I***m yang pernah menyiarkan perbahasan mengenai ketiadaan azab kubur.. Lailahaillallah.. Moga Allah membuka hati-hati mereka... Gambar-gambar ini diambil dari sebuah tempat yang tidak dinyatakan secara jelas kawasannya.. Moga menjadi pengajaran untuk kita beramal bersama.. ~Gambar mayat yang digali semula kuburnya ~ Seterusnya sebuah lagi kisah yang boleh menyakinkan lagi akan kebenaran adanya azab kubur.. Kejadian ini berlaku di sebuah wilayah di Oman.. ~Perhatikan dengan teliti apa yang tidak kena dengan jenazah ini~ Gambar di atas merupakan mayat seorang pemuda lelaki berumur...

Senyuman & Ketegasan Rasulullah s.a.w

Image
Bukan sukar untuk menghadiahkan senyuman tetapi kita sendiri menyukarkan senyuman itu terpamer di wajah. Hati mana tidak tenang apabila sedang dalam kekusutan, masih lagi boleh tersenyum kepada rakan. Senyuman itu adalah ciptaan indah Allah SWT, malah senyuman juga adalah kuntuman indah yang sentiasa dipersembahkan Rasulullah SAW, manusia sempurna yang patut diteladani segala sifat, sikap dan tingkah lakunya. Ada beberapa hal menarik pada diri Baginda SAW yang jarang diungkapkan ramai iaitu mengenai senyumnya. Sepintas lalu, hal itu mungkin nampak kecil dan tidak bererti tetapi apabila dikaji, sebenarnya senyuman Rasulullah SAW memberi impak positif yang sungguh luar biasa. Hikmahnya, banyak kejayaan Rasulullah SAW dalam misinya sebagai penyebar risalah tauhid disebabkan oleh senyuman dan keramahan Baginda. Disebabkan itu, Rasulullah SAW dapat mempengaruhi orang ramai sehinggakan Baginda dicintai dan disegani kawan, juga lawan. Sahabat adalah saksi kehidupan Rasulullah SAW...