Posts

Showing posts with the label Motivasi

Syabab yang Hebat

Image
Assalamualaikum sahabat.. Nama Fatih Seferagic mula meniti di bibir golongan remaja, tak kira di Malaysia atau Mesir. Alhamdulillah, imam muda ini berjaya menambat hati golongan muda kita untuk mengenal Al-Quran dan mendekati padanya. Kita juga perlu begitu. Menjadi orang yang luar biasa supaya orang ramai mengikuti kita mengenali Allah. Usaha dan terus usaha, untuk menjadi orang luar biasa di mataNya dan di mata makhlukNya. Bukan mudah ana akui, tetapi bukankah Allah telah menjanjikan bahawa setiap usaha ke arahnya dicatat sebagai suatu ganjaran yang besar malah amat didambakanNYA? Moga kita juga mampu menjadi syabab yang hebat sepertinya, dan bukan hanya mengharapkan dia seorang sahaja untuk menaikkan Islam. Allahu Rabbi.. Moga ALLAH redha..Moga ALLAH kasih..(: Nukilan daripada :  Nurul Hasanah Zahar

Khas Buat LELAKI ♥

Image
☀☀ WAHAI LELAKI ! ☀☀  ✿ Andai WANITA itu JAGA AURATnya, maka KAU jagalah PANDANGAN MATA mu  ✿ Andai WANITA itu JAGA MARUAHnya, maka KAU jagalah NAFSU mu ✿ Andai WANITA itu JAGA HATInya, maka KAU jagalah AKAL mu  ✿ Andai WANITA itu JAGA AGAMAnya, maka KAU jagalah PRINSIP mu Dengan itu PERIBADI mu dan dia TERJAGA.. Dengan ALLAH meredhainya..  ☀☀ WAHAI LELAKI ! ☀☀ ✿ Andai WANITA itu TERDEDAH dan MENDEDAH AURATnya, maka kau AWASI PANDANGAN MATA mu ✿Andai WANITA itu MERENDAHKAN MARUAH dirinya, maka BERWASPADA MENGAWAL NAFSU mu  ✿ Andai WANITA itu MENJAJA-JAJA HATInya, maka kau GUNAKAN KEWARASAN AKAL FIKIRANmu sebaiknya  ✿ Andai WANITA itu MENJUAL AGAMAnya ~ Lantas kerana itu dia MELAKUKAN KEMUNGKARAN, maka kau BIMBINGLAH, DAKWAHLAH & TARBIYAHLAH dia dengan BERHEMAH SEMAMPUMU. ~Semoga ALLAH meredhai & memberkati USAHAMU~ InsyaALLAH ^_^

Demi Sebuah Bahagia

Image
PETUA SENYUM UNTUK BAHAGIA Mahu hidup bahagia, senyum setiap pagi. Apakah manusia mampu senyum tanpa sebab? Apakah manusia boleh melemparkan senyuman sejati jika tujuan senyumnya tidak dapat dikenal pasti. Maka jika seseorang itu benar-benar mahu membahagiakan kehidupan seseorang, bantulah ia agar tersenyum sendiri. Senyum dari hati, yang bukan dibuat-buat tanpa erti. Tetapi hari ini saya ingin berkongsi petua. Petua yang diajar oleh guru-guru saya di Fitrah Perkasa. Petua ini petua segera, untuk cepat mengecap bahagia. Namanya “ Ingat 2 Lupa 2 ″ INGAT 1 Ingatlah kebaikan orang kepada kita. Setiap kebaikan yang orang lakukan kepada kita, ingat-ingatkan selalu. Ia menerbitkan rasa betapa bertuahnya diri sering menerima kebaikan itu. Namun dalam banyak-banyak pihak yang memberikan kebaikan, ingatlah kebaikan Pihak yang paling berjasa kepada kita iaitulah ALLAH. Hitunglah betapa baiknya Allah kepada kita. Jika setiap hari kita balik bekerja, ad...

Secawan Kopi

Image
Seorang pensyarah di Kolej Safir yang bernama Dr. Izwan kelihatan sudah bersedia memulakan kelas falsafah beliau. Suasana di dewan kuliah sunyi sepi dan para pelajar nampaknya sudah bersedia mendengar syarahan daripada Dr. Izwan. Kelihatan di atas meja Dr. Izwan terdapat sebuah balang kaca yang besar dan secawan air kopi yang sungguh harum aromanya. Tanpa berkata apa-apa, Dr. Izwan meletakkan beberapa biji bola golf ke dalam balang kaca tersebut sehingga penuh. Kemudian, Dr. Izwan bertanya, "Wahai para pelajarku, adakah balang kaca ini sudah penuh?" . Para pelajarnya menjawab, "Ya, balang kaca itu sudah penuh" . Kemudian, Dr Izwan memasukkan beberapa biji manik ke dalam balang tersebut dan menggoncangkannya. Manik-manik tersebut mengisi ruang-ruang kosong di celah-celah bola golf di dalam balang tersebut. Dr. Izwan bertanya lagi, "Wahai para pelajarku, adakah balang kaca ini sudah penuh?" . "Ya" , jawab para pelajarnya. Kemudian, Dr....

Kita Semua Boleh Berjaya

Ingat semua orang boleh berjaya .. Tidak ada yang mustahil dalam hidup ini.. Semuanya bergantung dalam diri kita. Kita adalah apa yang kita lakukan .. Allah sudah berikan segalanya.. Kita patut bersyukur. Lahirkanlah rasa kesyukuran itu dengan menggunakan segala nikmat yang ada untuk mencapai cita-cita. Ramai lagi diluar sana yang serba kekurangan tetapi mampu berjaya.. Kali ini nak kongsikan satu video yang mudah2an mampu menaikkan semangat kita untuk terus mengejar impian dan cita-cita.. Kisah tentang seorang lelaki bernama Nick Vujicic .. Nick Vujicic adalah anak kepada seorang ketua jururawat di Australia yang dilahirkan tanpa tangan dan kaki yang sempurna . Walaupun begitu, ketika umur beliau 23 tahun, beliau telah memberi motivasi kepada lebih satu juta orang seluruh dunia. Beliau telah membantu ramai orang dengan duit yang diperolehnya. Bagaimana dengan kita? Sentiasa memberi alasan dalam kehidupan? Semoga video-video di bawah mampu memberikan inspirasi ...