Mempelajari tentang sejarah dan perkembangan gerakan Islam semenjak dari zaman kemunculannya sehinggalah ke era moden pada hari ini sangat menjadi keperluan bagi kita untuk memahaminya. Betapa banyak berlaku perubahan dari sudut pendekatan, corak pemikiran serta pendirian gerakan Islam hari ini sebagai respon kepada perubahan-perubahan yang berlaku serta respon terhadap cabaran-cabaran di sekeliling yang dihadapi. Zaman 'penegasan prinsip' atau zaman ketika ditindas dan tidak mempunyai kuasa, ternyata berbeza dari segi pendekatan jika hendak dibandingkan pada era kini. Era baru gerakan Islam diberikan sedikit kuasa untuk menzahirkan model pemerintahan yang baik 'model of a good governance' sangat memerlukan kita memahami realiti baru keadaan serta bersama dengannya membawa islah dan perubahan. Prof Tariq Ramadan yang merupakan cucu kepada As-Syahid Imam Hassan Al-Banna, anak kepada Sa'id Ramadan adalah tokoh pemikir Islam semasa yang sangat b anyak menyampaika...