Posts

Showing posts with the label Nasyid

Ustaz Asri Rabbani Dalam Kenangan...

Image
Syurga Selalu Bersamaku Aku adalah pengejar syurga akhirat, bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat. Aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu. Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku Tempat kerja syurga dunia harianku Tetangga, masyarakat dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas. Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku…. ~ Ustaz Asri ———————– Benarlah Ustaz Asri sudah tiada. Berita pemergiannya begitu sukar sungguh untuk di telan. Dan pasti juga seluruh jiwa yang mengenali Ustaz Asri bagaikan terpana dipukul halilintar. Kita kini kehilangan satu permata yang sukar dicari ganti… Tetapi mengapa mesti Ustaz Asri?? Mengapa ustaz Asri terlalu cepat meninggalkan kita?? Itulah yang dinamakan takdir.. Andai maut datang menjemput tidak akan dilewat atau dicepat walau sesaat.. Terlampau sedih sehin...

KaSih IBu..

Engkau yang aku rindu Engkau bertakhta di hatiku Segalanya hanya tinggal kenangan Pergi seorang insan yang amatku sayang Limpahan kasih sayangmu selautan rinduku Yang pasti kau takkan kembali Ya Tuhanku Tabahkanlah menghadapi dugaan-Mu Rahmatilah…Oh ibu Seharum semerbak kasturi Sedingin air di kali Curahan kasih suci yang kau beri Selamatlah ibu di sana mengadap Allah Yang Esa Doaku agar engkau bahagia Engkaulah permata hati Mendidik mengasuh kami Bertarung nyawa demi kasih suci Sungguh murni hati ibu Menempuh onak berliku Peritmu tiada siapa yang tahu -Far East-

Ketenangan

Sesaat ku merenung Menginsafi diri Pernahkah beramal Sepanjang malam Demikian perbandingan Perbandingan yang diberi Pesanan nabi rasul pilihan Dituntut kita bersifat sederhana Sebarang langkah tingkah dan laku Fahaman seni jangan amalkan Jangan ikutkan buaian nafsu Berpesan-pesan kepada yang haq Berpesan-pesan kepada yang kesabaran Supaya kita tidak kemudian Sebagai hamba Allah yang beriman Ust Akhil Hayy