Posts

Antara Tudung Kepala dan Tudung Saji

Image
Kalau silap diandam akan jadi tudung saji…. Saudara-saudaraku sekalian…. Menyentuh tentang pemakaian tudung kaum wanita zaman kini sebagai renungan bersama. Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita sebenarnya terlalu mahal kerana syariat Allah telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki. Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita, Kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak. Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dun...

mahasiswa PUO...

Mungkin ramai yang beranggapan bahawa kehidupan di kampus adalah tahap yang paling menyeronokkan dalam sejarah kehidupan manusia. Ada yang menganggapnya sebagai masa untuk honeymoon. Malah ana sendiri pernah mendengar ungkapan yang terbit dari seorang pensyarah yang mengatakan bahawa Life in campus is the best time that you experience in you lifetime.Ini menunjukkan, bahkan kalangan ahli akademik sendiri yang telah bertahun-tahun meninggalkan alam kampus turut mengakui indahnya kehidupan di alam kampus. Namun, dalam melayari kehidupan kampus yang indah ini, adakah kita sebagai mahasiswa yang terpelajar, yang dianugerahkan Allah SWT dengan akal fikiran, sanggup membiarkan diri hanyut dibuai keasyikan dalam dunia yang fana ini? Atau dikecilkan skopnya, dalam kehidupan kampus yang singkat ini (mungkin 3, 4 atau 5 tahun sahaja) ? Sanggupkah kita ? Apatah lagi dengan masalah sosial, khususnya yang paling popular, budaya kapal layar @ couple yang semakin menjadi-jadi, terutama dalam ka...

LULUS KONSERT AVRIL,PENGHINAAN KEPADA NEGARA DAN UMAT ISLAM

Tindakan jemaah menteri meluluskan semula konsert Avril adalah suatu penghinaan kepada negara Malaysia dan umat Islam yang akan menyambut bulan Ramadhan pada bulan september ini. Walaupun Kementerian Kesenian dan Warisan dan PUSPAL telah membatalkan konsert yang akan diadakan pada 29 Ogos ini, tetapi ia diluluskan semula apabila diangkat kepada mesyuarat jemaah menteri semalam.Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan membantah dan mengutuk sekeras-kerasnya jemaah menteri yang membuat keputusan ini. Ini suatu tindakan yang kurang ajar, walaupun Shafie Afdal menyatakan bahawa penganjur hiburan diminta menghormati prosedur permohonan permit selepas ini.Ini menunjukkan tidak ada sedikit pun rasa hormat dan sensitif jemaah menteri kepada perasaan majoriti umat Islam dan warga pribumi di negara ini. Pembatalan konsert sebelum ini, bukan kerana menghormati hari kemerdekaan ke-51 tetapi hanya kerana kelambatan permohonan permit. Maruah umat Islam dan rakyat Malaysia seperti dipijak-pijak dan dipe...

peristiwa di bulan Ramadhan

Di bulan Ramadhan Al Qur’an di turunkan. Dialah wahyu Allah yang menjadi petunjuk hidup manusia. Dialah mu’jizat yang dianugerahkan Allah kepada manusia. Tanggal 17 Ramadhan tahun ke-2 Hijrah, hari Jum’at pagi, terjadi peperangan Badr al-Kubra. Sebuah perang besar terbuka yang pertama kalinya terjadi antara kaum Muslimin melawan kaum musyrik. Pertempuran terjadi di sebuah lembah di dekat kota Madinah, yaitu di Badr. Kekuatan kaum Muslimin waktu itu, sekitar 300 orang, setiap dua orang satu unta. Sedangkan kekuatan kaum kafir sekitar 1000 orang dengan perincian 700 orang naik unta dan lebih dari 100 orang adalah pasukan berkuda. Berarti satu orang Muslim harus menghadapi 3 lawan. Pertempuran dimenangkan oleh kaum Muslimin dengan gilang-gemilang. Tanggal 18 Ramadhan tahun ke-8 Hijrah Rasulullah bersama 12 000 kaum Muslimin bertolak dari Madinah menuju Makkah untuk membebaskan Makkah. Peristiwa bebasnya kota Makkah terkenal dengan sebutan Futuh Makkah. Pembukaan kota Makkah menandai sebua...

Tetamu Senja...

Image
Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja Bila cukup detik kembalilah Kita kepadanya Kita datang ini kosong tangan dada Bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala Pada tetamu yang datang dan Kenal jalan pulang Bawalah bakti mesra kepada Tuhan kepada Insan Pada tetamu yang datang Dan lupa jalan pulang Usahlah derhaka pula Pada Tuhan kepada insan Bila kita lihat manusia lupa tempat Atau segera sesat puja darjat Puja pangkat Segera kita insaf kita ini punya kiblat Segera kita ingat kita ini punya tekad Bila kita lihat manusia terbiar larat Hingga mesti merempat ke laut biru Ke kuning darat Harus kita lekas sedar penuh pada tugas Harus kita tegas sembah Seluruh rasa belas Kita datang ini satu roh satu jasad Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat Kita datang ini satu roh satu jasad Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat ~ A. Samad Said Syair A.Samad Saidbanyak mmberi keinsafan pd dri ana..diharap syair ini memberi kesedaran kepada semua sahabat...

Marhaban Ya Ramadhan....

Dalam Kitab Durratun Naasihiin diriwayatkan tentang kisah disyari’atkannya puasa. Dikatakan bahwa yang dimaksud dengan puasa ialah menekan musuh Allah (Setan). Dan sesungguhnya setan memanfaatkan nafsu syahwat sebagai alat penggoda. Kekuatan sang nafsu akan bertambah disebabkan makan dan minum. Karena itulah menurut kisah kejadiannya, bahwa setelah Allah menciptakan akal dan nafsu, Allah memerintahkan mereka menghadap-Nya. Kemudian ditanya satu persatu. Sang akalpun datang menghadap dan ketika disuruh berbalik, berbaliklah ia. Lalu Allah pun bertanya kepadanya, “Man ana wa man anta? (siapa saya dan siapa kamu?)”. Maka dengan tawadhu’ sang akal menjawab, “Anta Rabbiy wa ana ‘abduka adh dhoif (Engkau Tuhanku dan aku hamba-Mu yang lemah)”. Karena itu Allah memberinya kemuliaan. Sedangkan nafsu, ketika diperintahkan untuk menghadap, ia diam saja tidak menjawab. Dan ketika ditanya dengan pertanyaan yang sama, dengan sombongnya dia menjawab, “Ana wa ana, Anta wa anta (aku ya aku, Engkau ya E...

CCTV!!

Image
Teknologi Aqidah AWAS!!! Anda sedang diperhatikan melalui kamera litar tertutup " Saya sudah dapat menghafal tulisan ini setiap kali pintu lif di Desasiswa Restu terbuka. Liar mata saya mencari kedudukan kamera tersebut. Tetapi pandangan saya hanya seimbas sahaja. Dipandang lama-lama takut muka dicam oleh pengawal sehingga menimbulkan syak wasangka. Namun di sudut kecil hati saya timbul persoalan yang sangat membimbangkan tatkala kewujudan kamera litar tertutup (CCTV) ini yang semakin bertambah di sekitar kawasan terbuka mahupun tertutup. Percaya atau tidak , CCTV adalah simbol kejatuhan peradaban manusia yang paling hina pernah tercatat dalam sejarah dunia. CCTV dan Masyarakat Dalam kes pembunuhan Nurin Jazlin yang lepas, selepas polis melakukan penyiasatan secara besar-besaran di samping bantuan yang menyeluruh daripada semua golongan masyarakat, dalang di sebalik tragedi yang menyayat hati ini belum lagi ditangkap mahupun dikenalpasti. Malah, rakaman CCTV yang menunjukkan pembu...