Di sudut pasar Madinah Al-Munawarahseorang pengemis Yahudi buta hari demihari apabila ada orang yang mendekatinyaia selalu berkata "Wahai saudarakujangan dekati Muhammad, dia itu oranggila, dia itu pembohong, dia itu tukangsihir, apabila kalian mendekatinyakalian akan dipengaruhinya". Setiap pagiRasulullah SAW mendatanginya denganmembawa makanan, dan tanpa berkatasepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapimakanan yang dibawanya kepada pengemisitu walaupun pengemis itu selaluberpesan agar tidak mendekati orang yangbernama Muhammad. Rasulullah SAWmelakukannya hingga menjelang Beliau SAWwafat. Setelah kewafatan Rasulullahtidak ada lagi orang yang membawakanmakanan setiap pagi kepada pengemisYahudi buta itu. Suatu hari Abubakar r.a berkunjung kerumah anaknya Aisyah r.ha. Beliaubertanya kepada anaknya, "anakku adakahsunnah kekasihku yang belum akukerjakan", Aisyah r.ha menjawabpertanyaan ayahnya, "Wahai ayah engkauadalah seorang ahli sunnah hampir tidakada satu sunnah ...
Penuh sesak!!! Itulah suasana yang berlaku di Dewan Kuliah Awam semalam (26 Mac 08 ) apabila semua pelajar PUO yang tinggal di Taman Cempaka di panggil oleh pegawai HHP.. Pada awal peracangannya, perjumpaan itu hendak dibuat di Dewan Sri Kinta,tetapi disebabkan dewan tersebut digunakan oleh pelajar JP untuk peperiksaan, maka perjumpaan tersebut terpaksa di jalankan di Dewan Kuliah. Kenapa?? Apa halnya pelajar ini di panggil?? Memang terbukti majoriti pelajar PUO menetap di Tmn Cempaka atau lebih glamour dengan panggilan TC, mereka kebanyakkannya Sem 2- Sem 6 yang boleh digelar senior atau otai student PUO. Tapi perangai tidak menggambarkan seorang senior atau pelajar yang berintelektual. Atas dasar inilah pelajar yang tinggal di TC di panggil oleh pihak atasan PUO. Pihak pentadbiran sebenarnya sudah menerima banyak aduan berkaitan perilaku pelajar yang menyewa di luar. Bukan TC sahaja malahan di Pekan Razaki dan kawasan Ampang cuma TC memegang carta paling atas kerana setiap semester...
Seperti biasa, setiap pagi Selasa dewan kuliah di ICT akan dipenuhi oleh semua pelajar sem6 yang hadir ke kelas projek. Seorang pensyarah berada di depan dewan membuat persiapan untuk menayangkan 'slide' kuliahnya kpd pelajar. Tajuknya berkaitan Multimedia. Di pendekkan cerita, di penghujung waktu kuliah , pensyarah tersebut memainkan satu video. FIKIR DULU SEBELUM MATI . Wah!! tajuk yang cukup menarik minat. Bagaimana critanya? Bermula dengan sepasang suami isteri (mungkinlah kot), sedang menaiki motosikal. Kiri dan kanan jalan ialah kawasan padi. Si suami menunggang dengan lajunya. Disebabkan tidak sabar, si suami memotong sebuah lori pick up. Tiba-tiba.. Muncul sebuah lori besar di hadapannya. Pasangan tersebut pun menjerit STOP!!!.. Semua menjadi pegun(tidak bergerak). Kini video itu hanya memaparkan pasangan tersebut sahaja yang bergerak. Pasangan tersebut pun turun dari motosikalnya. Si isteri mula bersuara dalam bahasa thailand. “Haa! Apa tunggu lagi, fikirkanlah macam ...