Hanya KeranaMU
Apakah yang dimaksudkan ukhuwah??..
Bagi yang memahaminya tentunya kalian berasa senang apabila diungkapkan kalimah penuh bermakna dan dalam ini..Ukhuwah adalah kesatuan hati demi mendapat redhaNYA yang satu..Kesatuan hati sesama saudara Islam hanya kerana Allah..Kami berukhuwah kerana Allah.Kami sayang sahabat2 kami kerana Allah..Kami berkasih kerana Allah..semuanya tidak lain hanya kerana Allah..adakah masih menjadi persoalan dimana ikatan hubungan kami yang rapat dan utuh ini??jelas hanya satu jawapan,kerana ALLAH..amin. Ukhuwah yang paling rendah adalah bersangka baik(husnul zon) ataupun berlapang dada.dan yang paling tinggi adalah meletakkan kepentingan saudara/sahabat lebih tinggi daripada kepentingan diri sendiri.Seperti hadis yang mengatakan"Setinggi-tinggi ukhuwah itu melebihkan saudaranya sendiri dan serendah-rendah ukhuwah itu berbaik sangka dengan saudara kita".Kami juga bergerak kerja kerana Allah..Kami cuba menjadikan hati-hati kami ikhlas kerana Allah.Seperti mana yang dijelaskan di dalam Al-Quran,kami mengejar cinta dan pahala dari MU.Kami berjihad hanya untuk jalanMU,kami sanggup penat bergerak kerja untuk menegakkan agamaMU dikala orang lain berusaha merosakkannya.Kami cuba mengikhlaskan hati kami hanya keranaMU.
" Wahai orang-orang yang beriman, mahukah kamu Aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu daripada azab yang pedih":Surah As-Saff;Ayat 10
"Iaitu kamu beriman kepada Allah dan rasul-rasul dan berjihad dijalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itula yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui":Surah As-Saff;Ayat 11
Kami juga bergaduh,bertikam lidah keranaMU.Kami melakukan semuanya hanya keranaMU,memikirkan bagaimana seharusnya mahu ingin terus menegakkan agamaMU yang satu.Kami mahu melakukan yang terbaik hanya demi agamaMU.Bantulah kami Ya Allah,berkatilah kami agar terus mengikat hati-hati kami hanya keranaMU..Teguhkanlah,peganglah,ikatlah,dan terangilah hati kami keranaMU..Cintalah kami kepada mereka hanya keranaMU..Keutamaan cinta perlu disuburkan kearah mencintai Allah SWT.
Pesanku pada sahabat2 perjuangan moga antum semua teruskan perjuangan ini.Kita bukanlah pemula atau penghabisan perjuangan tetapi adalah mata-mata rantai penyambung perjuangan dan dakwah yang ditinggalkan oleh kekasih Allah,Rasullah s.a.w.
"Ya tuhanku, aku mohon supaya aku cinta kepadaMU dan cinta kepada orang yang mencintaiMU, termasuk orang yang sayang kepda semua amalan(aktiviti) yang boleh membawa kepada sayang kepadamu":Hadis riwayat Tirmidzi;3341