Minta Yang Mahu, Dapat Yang Perlu
“Macam mana nak sampai ni?” hati saya terdetik.
Jam sudah pukul 6:30 petang.
Saya ada tempoh sejam sebelum tiba di Surau al-Syakirin, Taman Pinggiran USJ3 Shah Alam untuk ceramah Maulid al-Rasul.
Dua kali kereta saya terbabas sedikit kerana mengantuk yang bersangatan. Andaikata ia perjalanan pulang daripada program, pasti saya akan tidur di stesyen minyak seketika sebelum menyambung perjalanan. Tetapi kali ini, saya berada dalam keadaan keletihan dan mengantuk ketika di dalam perjalanan. Mustahil pihak penganjur boleh menerima kelewatan saya jika alasannya hanyalah ‘mengantuk’.
“Ya Allah mengantuknya!” saya memicit-micit dahi.
Kereta berpusu-pusu di MRR2.
“Pommm!!!” saya dikejutkan dengan satu letupan..
Tayar kereta saya meletup.
Kereta melelong seketika dan banyak kenderaan lain membunyikan hon. Mujurlah sistem keselamatan ABS dan EBD segera berperanan menstabilkan kembali pemanduan. Saya segera merapatkan kenderaan ke kiri jalan dan sedikit demi sedikit mencari ruang untuk memberhentikan kereta.
“Allahu Akbar! Alhamdulillah!” lega kerana terselamat daripada bencana yang lebih besar.
Kereta masih baru. Malah baru sahaja diservis.
Saya sendiri tidak begitu pasti bagaimanakah segala alat tukar ganti berfungsi. Dengan saiz Citra Rondo yang agak besar, usaha untuk meninggikan kereta dengan jack sedikit sulit, ditambah pula dengan keadaan diri saya yang amat keletihan. Saya segera menghubungi isteri untuk memaklumkan apa yang berlaku. Bagus juga kerana telefon bimbit mempunyai peta yang memaparkan lokasi saya dan dengan mudah, gambar peta tersebut boleh saya hantarkan dengan MMS. Ia sering saya amalkan, terutamanya ketika tidur keletihan di mana-mana stesyen minyak. Saya akan memaklumkan lokasi semasa, sebagai langkah keselamatan seandainya ada apa-apa kejadian yang tidak diingini berlaku.
Pihak jawatankuasa surau juga segera saya hubungi.
“Masih sempat atau bagaimana? Kalau ceramah lepas Isyak pun boleh. Insya Allah kami tunggu,” kata AJK surau.
“Saya cuba dahulu. Nanti saya update semula,” saya membalas.
Tangan sudah hitam legam dan kotor. Begitu juga dengan jubah dan kain pelekat. Terdetik pula rasa menyesal berkain pelekat. Tetapi teringatkan orang Yaman berperang dengan memakai kain pelekat, faktor itu saya abaikan sahaja. Namun bagaimanakah untuk saya ke surau berceramah dalam keadaan yang sangat comot seperti ini?
Malam hampir gelap.
Saya masih tersadai di tepi kawasan perkuburan kaum Cina berhampiran Taman Connaught.
Semasa tayar diperiksa, rupa-rupanya ada paku besar yang telah menyebabkan tayar yang masih baru itu berlubang di tengah-tengahnya.
Syukur Alhamdulillah adik dan abang ipar saya kebetulannya berada tidak jauh daripada lokasi kejadian. Mereka tiba kira-kira setengah jam selepas kejadian dan dengan bantuan mereka berdua, tayar selamat diganti. Akan tetapi saiz tayar gantian itu sangat kecil berbanding dengan tiga lagi tayar 16 inci. Ia tidak memungkinkan saya untuk menyambung perjalanan ke lokasi ceramah di Shah Alam. Akhirnya, ceramah terpaksa dibatalkan dengan rasa berat hati yang bersangatan.Terima kasih kepada AJK surau yang baik hati lagi prihatin.
Tiba di rumah semula selewat jam 10 malam, saya gagal menemui mana-mana kedai tayar. Tidak sempat berfikir bagaimanakah untuk isteri saya ke hospital esok untuk bekerja (oncall), saya pula perlu segera bersiap untuk ke Johor Bharu malam ini. Terima kasih juga kepada Danial, Dzulhuzmi dan Acap yang akan menemankan perjalanan saya malam ini.
Biar pun kejadian tayar meletup itu amat mengejutkan, namun hakikatnya itulah sebenarnya yang telah menyelamatkan saya. Jika perjalanan diteruskan, kebarangkalian untuk saya kemalangan kerana mengantuk amat tinggi. Kita meminta daripada Allah apa yang kita mahu, Allah memberikan kepada kita apa yang kita perlu!
“Katakanlah (Wahai Muhammad): “Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dia lah Pelindung yang menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman itu bertawakal” [Al-Taubah 9: 51]