Rumah Ibadat Bukan Islam: Tidak Faham Atau Buat-Buat Tidak Faham
Permasalahan rumah ibadah di Negara kita bukanlah isu berbentuk semasa sebagaimana masalah lain. Mungkin kejadian yang berlaku di Seksyen 23, Shah Alam itu boleh diselesaikan oleh pihak kerajaan negeri dalam beberapa masa sahaja. Namun ia bukanlah satu penyelesaian mutlak sehingga boleh menstabilkan Negara untuk jangka masa panjang.
Tulisan ini bukan bertujuan membangkitkan mana-mana isu yang berlarutan sebelum ini, tetapi lebih rasional kearah melihat fakta dan penyelesaian berpanjangan. Jika kita merujuk didalam Al-Quran, tidak ada satu ayat pun yang menerangkan keperluan kita untuk menghalang orang bukan Islam membina serta mengamalkan ajaran agama mereka.
Islam melarang kita menghina agama lain. Hal ini sangat mudah difahami dan tidak ada pertikaian. Kemudian apabila kita bercakap soal toleransi antara agama, Islamlah yang terbukti dalam sejarah sebagai agama yang paling toleransi dengan agama lain. Usahlah kita melihat kelakuan segelintir umat Islam yang jahil dan bertindak di luar batasan agama dengan menghina, mengaibkan dan mengganggu penganut agama lain.
Kita lihat kepada sirah sahabat, tabi’in dan tabi’-tabi’in yang menjadi pedoman. Kisah Khalifah Umar al Khattab memasuki kota Al-Quds di Palestin tanpa pertumpahan darah. Walaupun mampu membunuh penganut agama Kristian yang berada disitu dalam kelemahan akibat dikepung berhari-hari, Saidina Umar membebaskan mereka untuk keluar dengan selamat. Bahkan diberi tempoh masa untuk keluar.
Saidina Umar juga masuk ke dalam sebuah gereja di Al-Quds. Selepas berbual dengan penjaga gereja tersebut, lalu Saidina Umar berhajat hendak menunaikan solat sunat. Penjaga gereja menawarkan kepada Umar untuk solat sahaja di dalam gereja mereka, namun Saidina Umar menolaknya. Beliau keluar dan solat ditepi gereja. Selesai solat, Umar memberitahu penjaga gereja tadi. “Jika aku solat di dalam gereja kamu ini tadi, nescaya umat Islam di masa akan datang akan berkata bahawa Saidina Umar pernah bersolat di dalam gereja ini. Maka kita bolehlah tukarkan gereja kepada masjid untuk kita bersolat”. Secara tidak langsung Umar hendak memberitahu , dia berusaha untuk mengelakkan perlakuannya itu menimbulkan fitnah yang akan menyebabkan umat Islam di zaman selepasnya bertindak sesuka hati kepada rumah ibadah bukan Islam. Walaupun jika Saidina Umar solat sekalipun didalam gereja tersebut, ia tidak salah kerana dia dijemput oleh penjaga gereja tersebut. Namun kerana memikirkan masalah yang akan timbul akan menjadi lebih besar dan toleransinya Saidina Umar kepada penganut agama lain, maka solat itu dilakukan diluar gereja sahaja.
Sebaliknya jika umat Islam menjadikan perobohan gereja, kuil dan rumah ibadah bukan Islam yang lain sebagaimana yang didakwa musuh-musuh Islam dan dipercayai oleh umat Islam yang jahil, sudah pasti Saidina Umar akan melakukannya. Namun ia tidak dilakukan dan melambangkan Islam agama paling toleransi di dunia.
Sultan Salahuddin Al-Ayubi yang berjaya menawan Syam serta kota Damsyik daripada Rom, tidak merobohkan gereja-gereja. Malah dibahagikan gereja dan masjid sebelah-menyebelah serta dibinakan sebuah kota Bab Tuma khusus untuk kediaman penganut agama Kristian. Mereka dilayan dengan baik walaupun Salahuddin mampu menghancurkan mereka. Salah satu contoh yang boleh dilihat, hasil toleransi Islam yang tinggi terhadap agama lain ialah kekalnya gereja dan peninggalan agama Kristian di Ma’lulah, salah sebuah satu pusat Kristian tertua didunia yang terletak di bumi Syria atau Syam, walaupun sudah bersilih ganti kerajaan Islam tetapi ianya masih tertegak disana.
Pemerintahan zaman Saidina Umar, zaman Bani Umaiyah yang lama, zaman Abassiyah, zaman Sultan Salahuddin Al-Ayubi, pemerintahan Sultan Nuruddin Zinki di Syam bersilih ganti , sentiasa memastikan gereja yang dikaitkan dengan golongan Hawariyyun, pengikut Nabi Isa a.s. yang masih kekal tanpa gangguan.
Jika benar Islam tidak ada toleransi dengan agama lain dan sentiasa merobohkan rumah ibadah bukan Islam, mengapa ulama-ulama, sahabat nabi dan para pemerintah Islam yang silih berganti di sana tidak merobohkan gereja-gereja Kristian sekalipun penganutnya tidak sampai lima peratus penduduk Syria.
Mutakhir ini, Amerika menyerang Iraq dan Afghanistan, mereka mensasarkan sekolah-sekolah agama dan masjid. Berapa banyak masjid yang telah dibom oleh tentera Amerika. Israel yang menjajah Palestin lebih dahsyat lagi membunuh umat Islam di masjid Hebron ketika umat Islam sedang menunaikan solat subuh. Ini sekadar contoh daripada beratus-ratus kejadian pencerobohan, pengeboman masjid yang berlaku di Palestin.
Begitu juga masjid Kerisik di Pattani jiran kepada Negara kita, sudah beberapa kali ditembak, dibakar dan cuba dirobohkan oleh penganut agama bukan Islam di Thailand. Di Sepanyol, selepas kerajaan Islam Andalus dijatuhkan, masjid Cardova ditukar menjadi gereja, kemudiannya menjadi muzium. Begitu juga di Babri, India. Kita masih ingat peristiwa masjid Babri yang mana penganut agama Hindu naik ke atas bumbung masjid lalu memahat satu persatu masjid untuk dirobohkan dan akhirnya pada hari ini, tidak robohan masjid itu didirikan kuil agama Hindu.
Bukanlah hendak memanjangkan pertikaian ini, sebaliknya sedar tidak sedar Islam yang digambarkan itu sangat toleransi dengan semua manusia tanpa batasan agama dan bangsa. Inilah kelengkapan dan keistimewaan agama Islam.
Kesimpulannya dalam bab toleransi, hormat-menghormati dan menyantuni penganut agama lain, sejarah membutikan Islam sangat adil dalam hal ini. Jadi mengapa pula gambaran salah hendak diberikan kepada agama Islam hari ini?