mahasiswa PUO...
Mungkin ramai yang beranggapan bahawa kehidupan di kampus adalah tahap yang paling menyeronokkan dalam sejarah kehidupan manusia. Ada yang menganggapnya sebagai masa untuk honeymoon. Malah ana sendiri pernah mendengar ungkapan yang terbit dari seorang pensyarah yang mengatakan bahawa Life in campus is the best time that you experience in you lifetime.Ini menunjukkan, bahkan kalangan ahli akademik sendiri yang telah bertahun-tahun meninggalkan alam kampus turut mengakui indahnya kehidupan di alam kampus. Namun, dalam melayari kehidupan kampus yang indah ini, adakah kita sebagai mahasiswa yang terpelajar, yang dianugerahkan Allah SWT dengan akal fikiran, sanggup membiarkan diri hanyut dibuai keasyikan dalam dunia yang fana ini? Atau dikecilkan skopnya, dalam kehidupan kampus yang singkat ini (mungkin 3, 4 atau 5 tahun sahaja) ? Sanggupkah kita ? Apatah lagi dengan masalah sosial, khususnya yang paling popular, budaya kapal layar @ couple yang semakin menjadi-jadi, terutama dalam ka...