Posts

Showing posts from April, 2010

Berundur Dalam Beribadah

Image
“Naqib…….”, kedengaran suaranya yang lemah melalui telefon. “Ramai yang keluar hujung minggu ini”, katanya lagi. Naqib dapat mengagak mesej yang cuba disampaikan. “Apakah kamu bersedih?” soal Naqib. “Sedikitlah. Tidak ramai yang dapat hadir. Muka yang biasa, tiada. Apa kata ditangguhkan pada minggu hadapan”, dia mencadangkan. “Sedikit atau ramai bukanlah motivasinya. Mereka keluar mecari ilmu. Mereka yang tinggal di dalam juga perlukan sesuatu. Kita teruskan sahaja dengan apa yang ada”, Naqib memberikan keyakinan. “Baiklah. Kita teruskan!”, suaranya kembali ceria. Debaran Sebelum Bermula Setiap kali sebelum bermula, Naqib pasti berdebar dan tertanya-tanya. Berapa ramailah agaknya yang bakal turut serta. Astaghfirullah. Serahkan semuanya pada Allah. Naqib serta sahabat-sahabatnya telah berusaha. Jauh sekali ingin memaksa, sebaliknya memberikan pilihan serta kebebasan penuh pada mereka agar kehadiran lahir dari dalam diri. Jam menunjukkan masa yang dijanjikan

Hati Kita Keras

Image
Hati adalah sumber ilham dan pertimbangan, tempat lahirnya cinta dan benci, keimanan dan kekufuran, taubat dan sikap degil, ketenangan dan kebimbangan. Hati juga sumber kebahagiaan jika kita mampu membersihkannya namun sebaliknya ia merupakan sumber bencana jika kita gemar menodainya. Aktiviti yang dilakukan sering berpunca daripada lurus atau bengkoknya hati. Abu Hurairah r.a. berkata, “ Hati adalah raja, sedangkan anggota badan adalah tentera. Jika raja itu baik, maka akan baik pula lah tenteranya..Jika raja itu buruk, maka akan buruk pula tenteranya ”. Hati yang keras mempunyai tanda-tanda yang boleh dikenali, di antara yang terpenting adalah seperti berikut: 1. Malas melakukan ketaatan dan amal kebajikan Terutama malas untuk melaksanakan ibadah, malah mungkin memandang ringan. Misalnya tidak serius dalam menunaikan solat, atau berasa berat dan enggan melaksanakan ibadah-ibadah sunnah. Allah telah menyifatkan kaum munafikin dalam firman-Nya yang b

Self-Diagnose

Image
Doctor and Sick People When you sick, you pay a visit to a doctor. But, how did you know that you are sick before visiting a doctor? The point is, you do have some sort of idea that you are sick even before you were actually diagnosed. How??? Yup.... because you recognize the presence of 'symptoms'. It can be mild cough, irregular heart beat, rise in body temperature, rashes, or just about any abnormalities you could figure. Although you couldn't figure exactly what kind of health problems you currently have, but you do realize that ... 'I need help!' Help! Help!~ Did you realize that a doctor couldn't treat a patient without the patient's written consent?? (or maybe guardian in some cases). So the only person that can help you is your own self!~ (or maybe someone close to you in some cases). People can insist you to get help but in the end, you are the only one who can help yourself. To get help means to admit that you are sick! But nothing

Anak Kecil : RM10?

Image
"Ameen! Mari sini, nak!" panggil Ruslan. Ameen yang sedang khusyuk bermain guli segera mendapatkan ayahnya. "Kenapa, ayah?" tanyanya. "Nah, ambil duit ni!" Ruslan memberikan sekeping not RM10 kepada anaknya yang baru berusia 9 tahun itu. "Koyak duit itu sehingga lumat." Tanpa membantah, Ameen mengoyak wang kertas itu. Kemudian, Ruslan memberikan pula sebuah bekas yang mengandungi banyak ais potong kepada Ameen. "Kesemua ais potong ni kamu jual di sekeliling kampung. Dapat hasilnya kamu bawa ke mari," Ruslan memberi arahan yang seterusnya. Lantas, Ameen keluar dari rumah sambil membawa bekas ais potong itu dan dijaja di sekitar kampung. Peluhnya mencurah-curah mengalir kerana menjual dari pagi sehingga petang. Panas terik langsung tidak dipedulinya kerana matlamatnya untuk mendapatkan hasil jualan itu. Habis sahaja kesemua ais potong itu, Ameen segera menemui ayahnya. Ruslan mengira jumlah pendapatan hasi

Perasaan Marah Dan Jantung Kita

Image
APAKAH reaksi anda jika pemandu di depan mengambil masa lama untuk menggerakkan kenderaan apabila lampu isyarat bertukar ke hijau? Apa pula perasaan anda apabila selepas lama beratur, tiba-tiba seseorang memintas barisan dan berdiri betul-betul di depan anda? Adakah anda menjadi marah atau boleh mengawal perasaan?     Kemarahan ialah satu ekspresi perasaan yang ekstrem mengenai sesuatu yang anda tidak suka. Mempunyai perasaan marah bukan perkara buruk kerana ia menunjukkan kita manusia normal. Malah, ada pakar berpendapat kemarahan pada peringkat rendah atau sederhana tidak menjadi masalah kerana dalam keadaan tertentu ia boleh memberi kesan positif kepada kita. Contohnya apabila kita dapat memberitahu seseorang bahawa kita marah kepadanya secara tidak langsung boleh menenangkan fikiran kita. Bagaimanapun, perasaan sangat marah boleh memberi kesan negatif terhadap kesihatan seseorang. Baik pada lelaki atau wanita, kemarahan boleh meninggalkan kesan yang j

Tipu Daya Syaitan Terhadap Manusia

Image
Tipu daya syaitan terhadap manusia supaya meninggalkan ibadat kepada Allah ada tujuh perkara menurut Imam Ghazali iaitu: 1. Syaitan melarang manusia taat kepada Allah. Sedangkan orang-orang yang dipelihara Allah akan menolak ajakannya dan mengatakan: 'Aku mengharapkan pahala dari Allah. Untuk itu, aku harus mempunyai bekalan di dunia ini demi akhirat yang kekal.' 2. Syaitan sentiasa memujuk manusia agar tidak mentaati Allah . Dia menghasut manusia dengan mengatakan : 'Nanti sahajalah, kalau sudah tua nanti barulah, masa masih panjang dan kita masih muda atau sebagainya lagi.' ; Orang-orang yang terpelihara akan menolaknya dengan mengatakan: 'Kematianku bukan berada ditanganmu. Jika aku menundakan amalanku hari ini untuk esok, sehingga amal hari esok perlu aku kerjakan. Sedangkan setiap hari aku mempunyai amal berlainan.' 3. Syaitan sentiasa mendorong manusia untuk bersegera dalam melakukan amalan kebaikan . Kata syaitan: 'Cepat bera

Merebut Saham Anak Muda

Image
“ Para pelajar hanya mengikut perasaan. Tapi ingat, kalau kail panjang sejengkal, jangan laut hendak diduga! ” seorang guru persatuan berucap di pentas. Beliau memperlekeh pandangan-pandangan anak muridnya yang mengkritik pihak atasan. Segalanya dipukul rata sebagai pandangan semangat tanpa sokongan ilmu apatah lagi pengalaman. “ Ghurur! ” kata sesetengah orang. Perbuatan meremehkan orang muda bukanlah sesuatu yang asing dalam kehidupan kita. Anak-anak muda itu sering digambarkan sebagai golongan yang berpemikiran singkat, tidak berfikir panjang, mengikut perasaan, belum mengenal realiti kehidupan, malah soal siapa makan garam dulu pun boleh dijadikan persoalan. Malah, alasan yang sama itu jugalah yang digunakan oleh kaum musyrikin semasa mengungkapkan tentang Ibrahim alayhi al-Salaam ketika berhala-berhala mereka dicela. “(Setengah daripada) mereka berkata: “ Kami ada mendengar seorang anak muda bernama Ibrahim, mencacinya (berhala) “ [Al-Anbiya’ 21: 60] Se

Siapa Yang Sedang Kau Maksiati

Image
Dalam melayari sebuah kehidupan bernama insan dan juga hamba ini, kita sering melihat perkara mungkar dan amal ma'aruf. Maka disini akan kita lihat dengan jelas wujudnya dua golongan manusia. Pertama golongan yang cintakan kebaikan, gemar melakukan kebajikan dan suka dalam menjalani kema'arufan. Manakala golongan kedua ialah golongan yang cintakan kemungkaran, gemar melakukan keburukan dan suka dalam menjalani perkara maksiat serta dosa. Jelas golongan ini wujud disekeliling kita termasuk juga diri kita sendiri. Tambahan lagi, maksiat kini semakin berleluasa. Tetapi kita perlu ingat, Allah telah memberi peringatan kepada kita bahawa musibah atau kemaksiatan yang dilakukan, tidak hanya akan menimpa para pelakunya sahaja tetapi akan menyeluruh kepada masyarakat sekitarnya. Allah berfirman: "Dan takutlah kalian terhadap fitnah ( musibah, petaka, bencana, siksa ) yang benar-benar tidak hanya menimpa orang-orang zalim di antara kalian secara khusus. Dan keta

Manisnya Taubat

Image
Bismillahirrahmanirrahim.. Seringkali hati bertanya, minda ligat berfikir, mengasak soalan bertalu-talu pada diri, mengapa manusia susah nak buat baik? Mengapa segelintir manusia lebih suka memilih untuk buat jahat? Kadang- kadang ingin saja ku temuramah mereka "terlibat dengan urusan sebegitu", .. Kenapa jadi jahat? Tak takut Tuhan ke? Tak nak masuk syurga ke? Dah tak sayang keluarga?kenapa, mengapa, dan untuk apa... Namun, hati ini masih sedar, mereka juga manusia, juga punya naluri, punya akal dan perasaan, juga punya nafsu, sama sepertiku..adalah tidak wajar untuk menghukum mereka seratus peratus. Kadang-kadang soalan- soalanku dijawab secara tidak langsung oleh "mereka", terpapar di dada-dada akhbar, juga di majalah-majalah.. Jawab mereka, "bukan kami tak nak jadi baik, kami nak..kami nak masuk syurga..tapi kami jahat.. alang-alang dah buat jahat, biar sampai masuk neraka" "keluarga pun dah tak nak terima kami.masy

Adakah Anda Faham Islam Sebagaimana Abu Jahal Faham Islam?

Image
Pelik bukan, mendengarkan tajuk artikel ini. Benar, Abu Jahal dan Abu Sufyan (ketika masih belum terima Islam) mungkin sekali memahami Islam lebih daripada kita ini yang telah bershahadah dan mengaku diri ini sebagai seorang Muslim. Pelik bukan, bagaimana dua orang tokoh penentang Islam boleh sahaja memahami Islam ini dalam konteks untuk menerimanya. Sehinggakan mereka menjadi penentang yang amat tegar dan penzalim terhadap ummat Islam yang terawal. Dengan ini saya bawakan dua buah kisah yang amat menarik, yang mungkin sekali membuktikan betapa mereka ini memahami Islam itu. Kisah Abu Jahal Abu Jahal nama sebenarnya adalah Amr Ibn Hisyam. Dia merupakan pemimpin arab jahiliyah yang terkenal. Digelar Abu Jahal kerna kejahilan nya terhadap Islam dan kerana kejahilannya itu dia menentang. Bukan lah maksudnya dia jahil itu dia tidak mengetahui tetapi dia mengetahui dakwah Rasul itu, memahaminya, tetapi menentang dengan cukup tegar sekali. Dia juga digelar sebagai Abu

Buatmu Teristimewa

Image
Andai kau tiada, Pasti hidupku tak sempurna, Walau egoku cuba dipertahankan, namun tak mampu ku lawan Aku harus mengaku, Aku takkan hidup tanpamu wanita. Hadirmu membawa sejuta erti, Buat manusia bergelar lelaki. Malah, Adam mengakui, Keindahan syurga tiada seri, Tanpa kehadiran seorang isteri, Dan keranamu Hawa, Aku bernafas di atas dunia. Bermula dari kehidupan di syurga, Kau buat diriku merasa bahagia, Tak sanggup ku berpisah dengannya, Walau untuk hidup di dunia. Biarlah mataku buta, Daripada melihat akan kehilangannya, Andai aku kejam padamu, Maafkanlah aku, Aku tak sanggup menyakitimu. Namun harus ku tahu, Aku tak mahu bertemankan nafsu, Lantas kau menjadi mangsaku. Sesaat aku terkaku, Lantas ku sedar akan kedudukanku, Yang tak pantas buatmu, Harus aku membimbingmu, Agar dapat ku angkat darjatmu. Namun aku masih belum mampu, Menjadi yang terbaik buatmu wanita.

Kurniaan-Nya Amat Luas

Image
Kisah mengenai Ibrahim Adham. Suatu hari,dia sedang berburu dan apabila dia penat dia duduk sambil memotong roti yang dibawanya.Tiba-tiba hinggap seekor burung sebesar buruk gagak di depannya mematuk potong roti dan membawa terbang. Ibrahim berasa hairan dengan kejadian itu dan serta-merta mengikuti burung itu sehingga ke sebuah lereng gunung. Ibrahim melihat seorang lelaki dalam keadaan terikat kaki dan tangan. Setelah ikatan itu dilepaskan, dia menceritakan kejadian yang menimpanya. ''Saya adalah pedagang yang dirompak oleh sekumpulan penyamun dan diikat selama tujuh hari, maka burung itu datang kepada saya membawa roti setiap hari. Dengan demikian tahulah bahawa ALLAH s.w.t. tidak akan meninggalkan hambaNya kelaparan'', katanya. Setelah kejadian itu, Ibrahim terus bertaubat dan menyerahkan segala hak miliknya ke jalan ALLAH s.w.t. dan menuju ke Makkah tanpa membawa bekal sedikit pun, tetapi dia tidak berasa lapar dalam perjalanan hingga masuk k

Meneliti Aib Diri Sendiri

Image
Nukilan ini dari (Hujjatul Islam) Imam Ghazali: Jika ALlah Azza wa Jalla menginginkan kebaikan bagi seseorang, ia akan membuat orang itu dapat melihat aib-aibnya. Orang yang memiliki basiroh (mata hati) yang tajam akan mengetahui aib-aibnya. Jika ia telah mengetahui aib-aibnya, maka ia dapat mengubatinya. Namun kebanyakan orang tidak mengetahui aibnya sendiri. Manusia dapat mengetahui kotoran yang terdapat di mata temannya, tetapi ia tidak mampu melihat ranting di depan matanya. Barangsiapa hendak mengetahui aib-aibnya, maka ia hendaklah menempuh empat jalan berikut : 1. Duduk di hadapan seorang guru yang mampu mengetahui keburukan hati dan pelbagai bahaya yang tersembunyi di dalamnya. Kemudian ia mempasrahkan dirinya kepada guru dan mengikut petunjuknya dalam bermujahadah membersihkan aib itu. Ini adalah keadaan seorang murid dengan syeikhnya dan seorang pelajar dengan gurunya. Guru akan menunjukkan aib-aibnya dan cara merawatnya, tetapi di zaman ini guru seper

Buat Muslimah

Image
Bunga yang kembang dan cantik itu jarang yang wangi... Begitulah orang yang cantik jarang berbudi.." Apabila si gadis dipuji dengan kata-kata, "Awak ni cantiklah", maka akan menguntumlah sekuntum senyuman dibibirnya dan berbungalah hatinya. Tersipu-sipulah ia. Ah... siapa yang tidak seronok bila dikatakan cantik dan lawa? Begitulah resam manusia, seronok bila dipuji kecewa bila dikeji. Tetapi lain halnya bagi si mukmin yang merasa dirinya miskin dengan Tuhannya. Terasa kerdil tatkala berhadapan dengan pujian dan sanjungan manusia. Wanita yang cantik selalu ditimpa 'perasan' kerana sedar dirinya punya kelebihan. Kata orang, wanita cantik banyak mahunya. Diri rasa bangga, seisi dunia mahu digenggamnya. Kalau ia seorang gadis dirinya sanggup menjadi tukaran dengan wang yang beribu. Ada pula yang rela menjadi andartu. Hidup liar bak merpati, senang didekat dan ditangkap lari.  Jika ia seorang isteri yang sedar dan bangga dengan kecantikkannya mak

Zinnirah: Matanya Buta Hatinya Celik

Image
Zinnirah, wanita yang tidak mempunyai degree, tidak terkenal, tidak mempunyai harta apatah lagi memiliki pangkat besar. Tetapi, Allah telah memberi penghormatan kepadanya kerana pengorbanannya yang begitu hebat. Zinnirah, seorang wanita suci, mempunyai akidah yang begitu jitu di dalam jiwanya. Biarpun fizikalnya diseksa dengan berbagai kesakitan, penderitaan dan kesusahan tetapi hatinya tetap dengan Allah. Dia menerima penyeksaan itu dengan redha dan tenang walaupun seluruh tubuhnya hancur akibat pukulan demi pukulan, sepakan demi sepakan, hantukan demi hantukan.Tapi demi Islam, demi Allah, Zinnirah tidak akan menyerah kalah. Jiwa tauhid telah menebal di dalam dirinya, tidak ada satu pun yang memberi bekas melainkan Allahlah yang berkuasa. Sekalipun dilonggokkan emas sebesar gunung Uhud dia tdak akan menukarkan akidah yang telah bertunjang di hatinya. Dia merupakan seorang wanita yang nampak lemah fizikalnya tapi sebenarnya dia mempunyai jiwa yang kuat. Biarpun ujian dat