Posts

Showing posts from 2008

Antara Tudung Kepala dan Tudung Saji

Image
Kalau silap diandam akan jadi tudung saji…. Saudara-saudaraku sekalian…. Menyentuh tentang pemakaian tudung kaum wanita zaman kini sebagai renungan bersama. Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita sebenarnya terlalu mahal kerana syariat Allah telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki. Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita, Kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak. Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dun

mahasiswa PUO...

Mungkin ramai yang beranggapan bahawa kehidupan di kampus adalah tahap yang paling menyeronokkan dalam sejarah kehidupan manusia. Ada yang menganggapnya sebagai masa untuk honeymoon. Malah ana sendiri pernah mendengar ungkapan yang terbit dari seorang pensyarah yang mengatakan bahawa Life in campus is the best time that you experience in you lifetime.Ini menunjukkan, bahkan kalangan ahli akademik sendiri yang telah bertahun-tahun meninggalkan alam kampus turut mengakui indahnya kehidupan di alam kampus. Namun, dalam melayari kehidupan kampus yang indah ini, adakah kita sebagai mahasiswa yang terpelajar, yang dianugerahkan Allah SWT dengan akal fikiran, sanggup membiarkan diri hanyut dibuai keasyikan dalam dunia yang fana ini? Atau dikecilkan skopnya, dalam kehidupan kampus yang singkat ini (mungkin 3, 4 atau 5 tahun sahaja) ? Sanggupkah kita ? Apatah lagi dengan masalah sosial, khususnya yang paling popular, budaya kapal layar @ couple yang semakin menjadi-jadi, terutama dalam ka

LULUS KONSERT AVRIL,PENGHINAAN KEPADA NEGARA DAN UMAT ISLAM

Tindakan jemaah menteri meluluskan semula konsert Avril adalah suatu penghinaan kepada negara Malaysia dan umat Islam yang akan menyambut bulan Ramadhan pada bulan september ini. Walaupun Kementerian Kesenian dan Warisan dan PUSPAL telah membatalkan konsert yang akan diadakan pada 29 Ogos ini, tetapi ia diluluskan semula apabila diangkat kepada mesyuarat jemaah menteri semalam.Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan membantah dan mengutuk sekeras-kerasnya jemaah menteri yang membuat keputusan ini. Ini suatu tindakan yang kurang ajar, walaupun Shafie Afdal menyatakan bahawa penganjur hiburan diminta menghormati prosedur permohonan permit selepas ini.Ini menunjukkan tidak ada sedikit pun rasa hormat dan sensitif jemaah menteri kepada perasaan majoriti umat Islam dan warga pribumi di negara ini. Pembatalan konsert sebelum ini, bukan kerana menghormati hari kemerdekaan ke-51 tetapi hanya kerana kelambatan permohonan permit. Maruah umat Islam dan rakyat Malaysia seperti dipijak-pijak dan dipe

peristiwa di bulan Ramadhan

Di bulan Ramadhan Al Qur’an di turunkan. Dialah wahyu Allah yang menjadi petunjuk hidup manusia. Dialah mu’jizat yang dianugerahkan Allah kepada manusia. Tanggal 17 Ramadhan tahun ke-2 Hijrah, hari Jum’at pagi, terjadi peperangan Badr al-Kubra. Sebuah perang besar terbuka yang pertama kalinya terjadi antara kaum Muslimin melawan kaum musyrik. Pertempuran terjadi di sebuah lembah di dekat kota Madinah, yaitu di Badr. Kekuatan kaum Muslimin waktu itu, sekitar 300 orang, setiap dua orang satu unta. Sedangkan kekuatan kaum kafir sekitar 1000 orang dengan perincian 700 orang naik unta dan lebih dari 100 orang adalah pasukan berkuda. Berarti satu orang Muslim harus menghadapi 3 lawan. Pertempuran dimenangkan oleh kaum Muslimin dengan gilang-gemilang. Tanggal 18 Ramadhan tahun ke-8 Hijrah Rasulullah bersama 12 000 kaum Muslimin bertolak dari Madinah menuju Makkah untuk membebaskan Makkah. Peristiwa bebasnya kota Makkah terkenal dengan sebutan Futuh Makkah. Pembukaan kota Makkah menandai sebua

Tetamu Senja...

Image
Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja Bila cukup detik kembalilah Kita kepadanya Kita datang ini kosong tangan dada Bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala Pada tetamu yang datang dan Kenal jalan pulang Bawalah bakti mesra kepada Tuhan kepada Insan Pada tetamu yang datang Dan lupa jalan pulang Usahlah derhaka pula Pada Tuhan kepada insan Bila kita lihat manusia lupa tempat Atau segera sesat puja darjat Puja pangkat Segera kita insaf kita ini punya kiblat Segera kita ingat kita ini punya tekad Bila kita lihat manusia terbiar larat Hingga mesti merempat ke laut biru Ke kuning darat Harus kita lekas sedar penuh pada tugas Harus kita tegas sembah Seluruh rasa belas Kita datang ini satu roh satu jasad Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat Kita datang ini satu roh satu jasad Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat ~ A. Samad Said Syair A.Samad Saidbanyak mmberi keinsafan pd dri ana..diharap syair ini memberi kesedaran kepada semua sahabat...

Marhaban Ya Ramadhan....

Dalam Kitab Durratun Naasihiin diriwayatkan tentang kisah disyari’atkannya puasa. Dikatakan bahwa yang dimaksud dengan puasa ialah menekan musuh Allah (Setan). Dan sesungguhnya setan memanfaatkan nafsu syahwat sebagai alat penggoda. Kekuatan sang nafsu akan bertambah disebabkan makan dan minum. Karena itulah menurut kisah kejadiannya, bahwa setelah Allah menciptakan akal dan nafsu, Allah memerintahkan mereka menghadap-Nya. Kemudian ditanya satu persatu. Sang akalpun datang menghadap dan ketika disuruh berbalik, berbaliklah ia. Lalu Allah pun bertanya kepadanya, “Man ana wa man anta? (siapa saya dan siapa kamu?)”. Maka dengan tawadhu’ sang akal menjawab, “Anta Rabbiy wa ana ‘abduka adh dhoif (Engkau Tuhanku dan aku hamba-Mu yang lemah)”. Karena itu Allah memberinya kemuliaan. Sedangkan nafsu, ketika diperintahkan untuk menghadap, ia diam saja tidak menjawab. Dan ketika ditanya dengan pertanyaan yang sama, dengan sombongnya dia menjawab, “Ana wa ana, Anta wa anta (aku ya aku, Engkau ya E

CCTV!!

Image
Teknologi Aqidah AWAS!!! Anda sedang diperhatikan melalui kamera litar tertutup " Saya sudah dapat menghafal tulisan ini setiap kali pintu lif di Desasiswa Restu terbuka. Liar mata saya mencari kedudukan kamera tersebut. Tetapi pandangan saya hanya seimbas sahaja. Dipandang lama-lama takut muka dicam oleh pengawal sehingga menimbulkan syak wasangka. Namun di sudut kecil hati saya timbul persoalan yang sangat membimbangkan tatkala kewujudan kamera litar tertutup (CCTV) ini yang semakin bertambah di sekitar kawasan terbuka mahupun tertutup. Percaya atau tidak , CCTV adalah simbol kejatuhan peradaban manusia yang paling hina pernah tercatat dalam sejarah dunia. CCTV dan Masyarakat Dalam kes pembunuhan Nurin Jazlin yang lepas, selepas polis melakukan penyiasatan secara besar-besaran di samping bantuan yang menyeluruh daripada semua golongan masyarakat, dalang di sebalik tragedi yang menyayat hati ini belum lagi ditangkap mahupun dikenalpasti. Malah, rakaman CCTV yang menunjukkan pembu

Salam..

Image
Dunia Hari Ini Semenjak mata dapat melihat, semenjak itulah saya banyak memerhatikan perkara-perkara yang berada di sekeliling alam ini. Bermacam-macam ragam, bermacam-macam jenis, bermacam-macam gaya. Ada yang suka, duka, sedih, hilai, tangis, lawak, pelik dan bermacam-macam lagi. Namum begitu, apa yang hendak saya kongsikan ialah perkara pelik yang saya saksikan. Saya melihat remja pada masa kini semakin menuju kearah suatu kerosakan yang akan membawa kepada kehancuran. Hancurnya remaja akan menunjukkan kehancuran negara pada masa akan datang. Saya melihat ia berpunca daripada masalah didikan yang tidak sempurna ataupun tidak betul dalam melahirkan generasi pada masa kini. Ia juga berpunca daripada dasar pendidikan negara dan ibubapa yang menekan didikan berkonsepkan keduniaan disamping mengambil sedikit pendidikan akhirat. Jika dilihat daripada tempat-tempat ataupun pusat-pusat pengajian Al-Quran, Qiraati ataupun mana-mana tempat pengajian Islam sentiasa mendapat perhatian ibubapa u

Ketenangan

Sesaat ku merenung Menginsafi diri Pernahkah beramal Sepanjang malam Demikian perbandingan Perbandingan yang diberi Pesanan nabi rasul pilihan Dituntut kita bersifat sederhana Sebarang langkah tingkah dan laku Fahaman seni jangan amalkan Jangan ikutkan buaian nafsu Berpesan-pesan kepada yang haq Berpesan-pesan kepada yang kesabaran Supaya kita tidak kemudian Sebagai hamba Allah yang beriman Ust Akhil Hayy

Sayyid Qutb rela mati membela tauhid

Image
Oleh Ibrahim Adullah SEORANG pejuang menegakkan kalimah tauhid, Sayyid Qutb, kembali ke rahmatullah 41 tahun lalu. Tokoh dilahirkan pada 9 Oktober itu adalah penulis kitab Fi Zilal Al-Quran, Ma'alim Fi Tariq dan Al-Mustaqbal li haza ad-Din.Tiga buku itu diterjemahkan ke bahasa Indonesia dan Malaysia, serta mendapat sambutan hebat di kalangan umat Islam seluruh dunia.Memang ada perbahasan mengenai metod Sayyid Qutb dalam tulisan yang tegas menyatakan kesesatan masyarakat moden berkaitan penghakiman yang tidak merujuk kepada Allah. Bagaimanapun sejarah Sayyid Qutb perlu diulas sebagai sebahagian daripada perjalanan seorang tokoh yang rela mengorbankan diri untuk membela tauhid yang diyakini kebenarannya. Sayyid Qutb gugur di tiang gantungan pada 20 Ogos 1966. Ia dikenali sebagai tokoh yang berjuang di jalan Allah, menyerahkan seluruh hidupnya untuk Allah. Seorang mukmin yang begitu kuat keyakinannya. Ia persembahkan nyawa yang murah kepada keyakinan dan akidahnya.Beliau melalui berta

Renungan Bersama

Suatu kisah...Kisah ini berlaku sewaktu aku di Madinah. Suatu hari aku berjalan melalui pasar. Sebaik saja muazzin melaungkan azan, aku terlihat seorang wanita. Wanita itu ganjil cantiknya. Dia berpaling kepadaku seolah-olah tahu bahawa aku merenungnya. Malah dia memberikanku anggukan kecil penuh bermakna sebelum wanita itu berpusing di satu sudut menuju ke lorong penjual sutera.Bagaikan terkena panahan halilintar, aku serta-merta tertarik, hatiku terpukau dengan wanita itu. Dalam kepayahan aku berdebat dengan hatiku, memberikan satu demi satu alasan untuk meneruskan langkahku ke masjid memandangkan masanya telah tiba untuk solat, namun perdebatan ternyata gagal. Aku memutuskan untuk mengikut wanita tersebut.Aku bergegas mengejar wanita itu, nafasku pantas dan mengah manakala wanita itu tanpa disangka mempercepatkan langkahnya. Dia telah berada jauh beberapa kedai di hadapan. Dia memaling wajahnya seketika padaku, terasa kudapat melihat cahaya senyuman nakal wanita itu dibalik purdah h

Kau Tidak Keseorangan.

Image
Rasanya masih tidak terlewat untuk mengucapkan Selamat Datang..Ahlan Wasahlan kepada pelajar baru PUO Sesi Julai 08. Perasaan takut, blur, sayu kerana rindukan keluarga dan sewaktu dengannya pasti menerjah ke dalam lubuk hati saudara/ri sekalian kerana suasana yang dihadapi kini bukan lagi selaku pelajar sekolah tetapi saudara/ri kini bergelar mahasiswa/siswi. Dalam suasana yang cukup berbeza pasti 1001 macam masalah dan dugaan datang. Disaat itu pemikiran selaku mahasiswa/siswi yang matang memainkan peranan penting dalam melakukan tindakan. Buatlah keputusan yang betul dan benar kerana saudara/ri ketika itu tidak didampingi oleh keluarga atau kawan2 yang boleh membantu. Namun ingat! Allah masih sentiasa bersama saudara/ri sekalian. Mintalah petunjuk dariNya, mintalah bantuan dariNya, mintalah perlindungan dariNya. Sesungguhnya Allah amat suka pada hamba yang meminta-minta dariNya..

'Ahlan Wasahlan ' Selamat Datang

Salam perkenalan buat mahasiswa dan siswi Politeknik Ungku Omar terutama kepada yang baru mendaftar bagi Sesi Julai 2008. Tahniah diucapkan kepada semua!!! Gunakan peluang ini dengan sebaik- baiknya. Kita semua hanya mampu merancang namun Allah yang menentukan namun kita jangan lekang daripada berusaha dan akhirnya tawakal kepada Allah. Kami daripada team Persatuan Siswa Siswi Islam (PSSI) mendoakan antum semua berjaya menjadi mahasiswa/siswi yang berjaya di dunia dan akhirat.

Gabungan mahasiswa dakwa UKM bukan lagi tempat selamat.

KUALA LUMPUR, 20 Jun (Hrkh) - Institusi Pengajian Tinggi Awam kini sudah tidak selamat? --> Begitulah ungkapan yang timbul apabila Kes keselamatan semakin menjadi-jadi di beberapa buah IPTA akhir-akhir ini. Kes terbaru berlaku semalam, 19 Jun, dalam satu kejadian rompakan di UKM. Menurut sumber, sekumpulan tujuh lelaki yang menyamar sebagai anggota polis merompak wang tunai RM350,000 dari mesin pengeluaran wang automatik (ATM) CIMB Bank. Ia seakan-akan mengimbau kembali peristiwa yang berlaku di Kompleks Perdana Siswa Universiti Malaya (UM) pada 28 Januari tahun lalu. Dalam kes tersebut, sekumpulan lelaki yang dikenali sebagai geng Deva mengaku bersalah merompak wang tunai bernilai RM2.19 juta daripada pengawal keselamatan kira-kira pukul 1.40 petang di Kompleks Perdana Siswa UM. Dalam satu kenyataan yang dihantar kepada Harakahdaily, sekumpulan mahasiswa yang menggelarkan diri mereka sebagai Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) melihat isu keselamatan di UKM perlu dipertingkatkan lagi. M

Jemputan Walimah

Image
Syukur pada Allah yang menciptakan hambaNya secara berpasang-pasangan. Sesungguhnya Allah itu adalah tuhan yang amat kasih dan sayang kepada makhluk ciptannNya. Atas izinNya, akan bersatulah antara dua hati yang berkasih sayang antara satu sama lain atas matlamat mahu mencapai redha Allah. Semoga perkahwinan ini membawa seribu rahmat dan barokah. Diberikan rezeki yang melimpah ruah, terpelihara dari segala fitnah, dosa dan maksiat. Dan kurniakanlah kami zuriat yang soleh solehah pewaris umat Nabi Muhammad pejuang agama Allah di akhir zaman. Segala sukacitanya, ingin menjemput sekalian sahabat untuk hadir ke Majlis Walimatul Urus: MOHD SAFARI BIN SARODIN Bersama Pasangannya NOR JANNAH BINTI SAIP sepertimana ketetapan berikut: Majlis di Rumah pihak perempuan: Tarikh: - SABTU - 28hb JUN 2008 bersamaan 24 Jamadil Akhir 1429H Alamat: No 1, Jalan Universiti 18, Taman Universiti, 86400 Parit Raja, Batu Pahat, Johor. ------- Majlis di rumah Pihak Lelaki: Tarikh:- AHAD - 29hb JUN 2008 bersamaa

Promosi : Fiesta Sukan Rakyat

Image
Mari baca! mari baca!. Jabatan Perdagangan akan menganjurkan program seperti di atas pada: HARI : SABTU TARIKH : 3 MEI 2008 TEMPAT : JABATAN PERDAGANGAN (KAMPUS B) Mari bersama-sama memeriahkan program ini.

Artikel : Kenapa perlu kepada ilmu, terutamanya ilmu-ilmu agama?

Image
Menurut tokoh ulamak kontemporari, Syeikh Prof Dr Yusuf al-Qaradawi, ilmu-ilmu agama merupakan alat bagi kita untuk menyelesaikan banyak perkara, sebagai contoh, jika sesuatu mesin industri rosak, jurutekniknya memiliki alat-alat berkaitan dengan pembaikannya, maka tugasnya menjadi mudah kerana dia memiliki alat untuk mengendalikan proses pembaik-pulih mesin berkenaan. Begitulah juga dengan masalah agama, kebanyakan manusia bernama Islam hari ini semakin longgar ikatan mereka dengan Islam, ada yang tidak sembahyang, puasa, mengucap, memakan riba, rasuah, membunuh orang tanpa sebab yang dibenarkan dan lain-lain, akibat tidak memperdalami ataupun duduk dalam majlis-majlis ilmu agama. Merekalah sasaran kita, bagaimana mungkin kita mampu untuk memperkata sesuatu mengenai agama bagi menasihatkan mereka jika kita sedniri tidak menguasai ilmu-ilmu alat. Malah yang bukan Islam juga semakin menunjukkan minat untuk tahu, apakah sebenarnya Islam, adakah ia satu agama yang menyuruh penganutnya sup

Akhbar : Caj khidmat PTPTN dikaji semula

MELAKA 23 April – Caj perkhidmatan sebanyak tiga peratus yang dikenakan ke atas para pelajar yang membuat pinjaman dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) akan dikaji semula bagi memberikan keselesaan kepada peminjamnya. Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Idris Haron berkata, caj perkhidmatan itu bukan faedah pinjaman seperti yang dikenakan institusi kewangan komersial. “Ia hanyalah caj untuk pengurusan. Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin ada menyuarakan cadangan untuk mengkaji semula caj sebanyak tiga peratus ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Forum Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia Dengan Industri di sini hari ini. Idris enggan mengulas sama ada caj tersebut akan dikurangkan atau dinaikkan. Bagaimanapun, beliau percaya sebarang keputusan kerajaan berhubung isu itu akan memberi keselesaan kepada peminjam PTPTN. Bilangan peminjam PTPTN di seluruh Malaysia berjumlah 1.2 juta manakala dana yang terkumpul pada masa ini ia

Kursus Untuk Pelajar PUO

Image
Mari baca! mari baca!.. Jabatan Pengajian Am PUO akan menganjurkan program (seperti diatas.) buat pelajar Islam PUO. Antara pengisian program -CERAMAH -BENGKEL/LDK -SUKAN -SOLAT BERJEMAAH -QIAMULLAIL -LAMAN NURANI. Kepada yang berminat sila dapatkan borang pendaftaran pada Fadilah Bt Yacoob (JTMK) atau hubungi Ustazah NurHaslina (013-5151252), Ustaz Ahmad Firdaus (019-4442209). "Perut kita sudah penuh dengan pelbagai juadah... Bagaimana pula dengan rohani kita??". Jadi jangan tunggu lagi. Daftarlah sekarang.

Pemergian Mu

Image
Kau masih tersenyum mengubat lara Selindung derita yang kau rasa Senyuman yang mententeramkan Setiap insan yang kebimbangan Hakikatnya tak tertanggung lagi derita Dipangkuan isterimu Humairah Menunggu saat ketikanya Di angkat rohmu bertemu yang Esa Tangan dicelup dibejana air Kau sapu dimuka Mengurangkan pedih Beralun zikir menutur kasih Pada umat dan akhirnya Dan tibalah waktu ajal bertamu Penuh ketenangan jiwa mu berlalu Linangan air mata syahdu Iringi pemergianmu Oh sukarnya Untuk umat menerima Bahkan payah Untuk Umar mempercaya Tetapi iman merelakan jua Bahawa manusia kan mati akhirnya Tak terlafaz kata Mengukap hiba Gerhanalah seluruh semestar Walaupun kau telah tiada Bersemarak cintamu selamanya Ya Rasulullah Kau tinggalkan kami Warisan yang abadi Dan persaksikanlah Sesungguhnya kami merinduimu

FITNA !!

Image
Pasti ramai sahabat/ah di luar sana sudah pun mengetahui cerita berkaitan tajuk di atas, rasanya tidak terlewat untuk penulis coretkannya di sini. Video FITNA sudah tersebar luas di internet. Ia dihasilkan oleh Geert Wilders, seorang ahli Parlimen dari Belanda. Filem ini telah memberikan satu tamparan hebat pada dunia Islam dan pelbagai reaksi telah dilemparkan. Ada diantaranya telah mengambil tindakan dengan memboikot barangan dari Belanda. Namun, untuk melihat keberhasilan serangan balas ini, memetik kata bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, memerlukan komitmen semua pihak dalam jangka masa yang panjang.Ada juga yang menyarankan, mengapa tidak kita adakan sahaja demonstrasi dan memorandum kepada pihak berkenaan di samping boikot. Biar nampak umat Islam tegas berprinsip dan mempunyai daya sensitiviti agama yang tinggi. Langkah yang dilakukan di atas ada juga kebenarannya agar puak-puak musuh Islam ini tahu bahawa masih ada golongan yang membela Islam dengan sepenuh

TUDUNG WANITA MASA KINI !!

Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki. Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita, Kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak. Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia. Menyentuh berkenaan pakaian wanita, alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita saksikan di