Posts

Showing posts from February, 2013

Usrah Day "Pulau Pinang"

Image
‎- Usrah Day - Alhamdulillah..kami telah mbawa usrah sehingga mnjejakkan kaki ke PULAU PINANG. kerana kekuatan UKHUWWAH..kami telah dibantu oleh ALLAH utk mjejakkn kaki ke sana. Terasa manisnya apabila bermusafir dgn sahabat2 seusrah. SAHABAT2 lain bila lagi? jgn jeles..hehe   Nukilan daripada:  Indah Ciptaan Nya

Syabab yang Hebat

Image
Assalamualaikum sahabat.. Nama Fatih Seferagic mula meniti di bibir golongan remaja, tak kira di Malaysia atau Mesir. Alhamdulillah, imam muda ini berjaya menambat hati golongan muda kita untuk mengenal Al-Quran dan mendekati padanya. Kita juga perlu begitu. Menjadi orang yang luar biasa supaya orang ramai mengikuti kita mengenali Allah. Usaha dan terus usaha, untuk menjadi orang luar biasa di mataNya dan di mata makhlukNya. Bukan mudah ana akui, tetapi bukankah Allah telah menjanjikan bahawa setiap usaha ke arahnya dicatat sebagai suatu ganjaran yang besar malah amat didambakanNYA? Moga kita juga mampu menjadi syabab yang hebat sepertinya, dan bukan hanya mengharapkan dia seorang sahaja untuk menaikkan Islam. Allahu Rabbi.. Moga ALLAH redha..Moga ALLAH kasih..(: Nukilan daripada :  Nurul Hasanah Zahar

Sunnah Yang Utama

Image
Nukilan :  Mohd Misbahudin Ghazali

Sembahyang berjemaah lebih utama dari sembahyang sendirian

Image
Wahai PEJUANG!!!! BerILTIZAMLAH dan berazamlah untuk terus komited Solat berJEMAAH dan di awal waktunya... KEMENANGAN bukan hanya kerana kita selalu bekerja keras untuk memenangkan ISLAM,akan tetapi pergantungan kita yang kuat dengan Allah SWT itulah y ang meNATIJAHkan KEMENANGAN. عَنْ ابْنِ عُمَرَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ صَلَاةُ الْجَمَاعَةِ أَفْضَلُ مِنْ صَلَاةِ الْفَذِّ بِسَبْعٍ وَعِشْرِينَ دَرَجَةً Daripada Ibn ‘Umar bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sembahyang berjemaah lebih utama dari sembahyang sendirian 27 darjah. (al-Bukhari, no: 645, Muslim, no: 249 NUKILAN SAUDARA:  Akmal Aimanuddin Bin Kamal

Jumaat: Penghulu Segala Hari

Image
Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya: “ Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.) Riwayat Muslim) Ulasan Hadis: 1. “Pada Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada ALLAH melainkan akan dikabulkan permintaannya.” (Hadis riwayat Muslim). 2. Dalam hadis lain, Rasulullah bersabda yang bermaksud : “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat. .“Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba mukmin apabila meminta (berdoa) kepada ALLAH sesuatu kebaikan melainkan ALLAH memakbulkan doanya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan ALLAH melindunginya  daripada kejahatan.” (Hadis riwayat