Posts

Showing posts from July, 2008

CCTV!!

Image
Teknologi Aqidah AWAS!!! Anda sedang diperhatikan melalui kamera litar tertutup " Saya sudah dapat menghafal tulisan ini setiap kali pintu lif di Desasiswa Restu terbuka. Liar mata saya mencari kedudukan kamera tersebut. Tetapi pandangan saya hanya seimbas sahaja. Dipandang lama-lama takut muka dicam oleh pengawal sehingga menimbulkan syak wasangka. Namun di sudut kecil hati saya timbul persoalan yang sangat membimbangkan tatkala kewujudan kamera litar tertutup (CCTV) ini yang semakin bertambah di sekitar kawasan terbuka mahupun tertutup. Percaya atau tidak , CCTV adalah simbol kejatuhan peradaban manusia yang paling hina pernah tercatat dalam sejarah dunia. CCTV dan Masyarakat Dalam kes pembunuhan Nurin Jazlin yang lepas, selepas polis melakukan penyiasatan secara besar-besaran di samping bantuan yang menyeluruh daripada semua golongan masyarakat, dalang di sebalik tragedi yang menyayat hati ini belum lagi ditangkap mahupun dikenalpasti. Malah, rakaman CCTV yang menunjukkan pembu

Salam..

Image
Dunia Hari Ini Semenjak mata dapat melihat, semenjak itulah saya banyak memerhatikan perkara-perkara yang berada di sekeliling alam ini. Bermacam-macam ragam, bermacam-macam jenis, bermacam-macam gaya. Ada yang suka, duka, sedih, hilai, tangis, lawak, pelik dan bermacam-macam lagi. Namum begitu, apa yang hendak saya kongsikan ialah perkara pelik yang saya saksikan. Saya melihat remja pada masa kini semakin menuju kearah suatu kerosakan yang akan membawa kepada kehancuran. Hancurnya remaja akan menunjukkan kehancuran negara pada masa akan datang. Saya melihat ia berpunca daripada masalah didikan yang tidak sempurna ataupun tidak betul dalam melahirkan generasi pada masa kini. Ia juga berpunca daripada dasar pendidikan negara dan ibubapa yang menekan didikan berkonsepkan keduniaan disamping mengambil sedikit pendidikan akhirat. Jika dilihat daripada tempat-tempat ataupun pusat-pusat pengajian Al-Quran, Qiraati ataupun mana-mana tempat pengajian Islam sentiasa mendapat perhatian ibubapa u

Ketenangan

Sesaat ku merenung Menginsafi diri Pernahkah beramal Sepanjang malam Demikian perbandingan Perbandingan yang diberi Pesanan nabi rasul pilihan Dituntut kita bersifat sederhana Sebarang langkah tingkah dan laku Fahaman seni jangan amalkan Jangan ikutkan buaian nafsu Berpesan-pesan kepada yang haq Berpesan-pesan kepada yang kesabaran Supaya kita tidak kemudian Sebagai hamba Allah yang beriman Ust Akhil Hayy

Sayyid Qutb rela mati membela tauhid

Image
Oleh Ibrahim Adullah SEORANG pejuang menegakkan kalimah tauhid, Sayyid Qutb, kembali ke rahmatullah 41 tahun lalu. Tokoh dilahirkan pada 9 Oktober itu adalah penulis kitab Fi Zilal Al-Quran, Ma'alim Fi Tariq dan Al-Mustaqbal li haza ad-Din.Tiga buku itu diterjemahkan ke bahasa Indonesia dan Malaysia, serta mendapat sambutan hebat di kalangan umat Islam seluruh dunia.Memang ada perbahasan mengenai metod Sayyid Qutb dalam tulisan yang tegas menyatakan kesesatan masyarakat moden berkaitan penghakiman yang tidak merujuk kepada Allah. Bagaimanapun sejarah Sayyid Qutb perlu diulas sebagai sebahagian daripada perjalanan seorang tokoh yang rela mengorbankan diri untuk membela tauhid yang diyakini kebenarannya. Sayyid Qutb gugur di tiang gantungan pada 20 Ogos 1966. Ia dikenali sebagai tokoh yang berjuang di jalan Allah, menyerahkan seluruh hidupnya untuk Allah. Seorang mukmin yang begitu kuat keyakinannya. Ia persembahkan nyawa yang murah kepada keyakinan dan akidahnya.Beliau melalui berta

Renungan Bersama

Suatu kisah...Kisah ini berlaku sewaktu aku di Madinah. Suatu hari aku berjalan melalui pasar. Sebaik saja muazzin melaungkan azan, aku terlihat seorang wanita. Wanita itu ganjil cantiknya. Dia berpaling kepadaku seolah-olah tahu bahawa aku merenungnya. Malah dia memberikanku anggukan kecil penuh bermakna sebelum wanita itu berpusing di satu sudut menuju ke lorong penjual sutera.Bagaikan terkena panahan halilintar, aku serta-merta tertarik, hatiku terpukau dengan wanita itu. Dalam kepayahan aku berdebat dengan hatiku, memberikan satu demi satu alasan untuk meneruskan langkahku ke masjid memandangkan masanya telah tiba untuk solat, namun perdebatan ternyata gagal. Aku memutuskan untuk mengikut wanita tersebut.Aku bergegas mengejar wanita itu, nafasku pantas dan mengah manakala wanita itu tanpa disangka mempercepatkan langkahnya. Dia telah berada jauh beberapa kedai di hadapan. Dia memaling wajahnya seketika padaku, terasa kudapat melihat cahaya senyuman nakal wanita itu dibalik purdah h

Kau Tidak Keseorangan.

Image
Rasanya masih tidak terlewat untuk mengucapkan Selamat Datang..Ahlan Wasahlan kepada pelajar baru PUO Sesi Julai 08. Perasaan takut, blur, sayu kerana rindukan keluarga dan sewaktu dengannya pasti menerjah ke dalam lubuk hati saudara/ri sekalian kerana suasana yang dihadapi kini bukan lagi selaku pelajar sekolah tetapi saudara/ri kini bergelar mahasiswa/siswi. Dalam suasana yang cukup berbeza pasti 1001 macam masalah dan dugaan datang. Disaat itu pemikiran selaku mahasiswa/siswi yang matang memainkan peranan penting dalam melakukan tindakan. Buatlah keputusan yang betul dan benar kerana saudara/ri ketika itu tidak didampingi oleh keluarga atau kawan2 yang boleh membantu. Namun ingat! Allah masih sentiasa bersama saudara/ri sekalian. Mintalah petunjuk dariNya, mintalah bantuan dariNya, mintalah perlindungan dariNya. Sesungguhnya Allah amat suka pada hamba yang meminta-minta dariNya..

'Ahlan Wasahlan ' Selamat Datang

Salam perkenalan buat mahasiswa dan siswi Politeknik Ungku Omar terutama kepada yang baru mendaftar bagi Sesi Julai 2008. Tahniah diucapkan kepada semua!!! Gunakan peluang ini dengan sebaik- baiknya. Kita semua hanya mampu merancang namun Allah yang menentukan namun kita jangan lekang daripada berusaha dan akhirnya tawakal kepada Allah. Kami daripada team Persatuan Siswa Siswi Islam (PSSI) mendoakan antum semua berjaya menjadi mahasiswa/siswi yang berjaya di dunia dan akhirat.