Posts

Showing posts from May, 2010

Istikharah Petunjuk Arah

Image
“Ustaz, saya dan tunang saya sudah hampir ke tarikh pernikahan kami. Tetapi tunang saya telah secara mendadak memutuskan pertunangan kami. Beliau bermimpi melihat seorang perempuan lain dan setelah beristikharah, beliau yakin perempuan itu adalah pilihan sebenarnya kerana ia muncul dengan petunjuk Allah. Bagaimana pandangan ustaz? Saya dan keluarga saya serta keluarga tunang saya sangat terkilan. Apakah benar saya sudah dikeluarkan daripada petunjuk Allah? Di mana silap saya, ustaz?” Sepucuk emel dihantar kepada saya. Beristighfar dan mengurut dada. Percaya atau tidak, gejala ini semakin menjadi-jadi. Malah di kalangan pelajar universiti, Istikharah semakin popular di dalam trend yang tersendiri. Ia diamalkan bagi ‘memaksa’ Allah membuat pilihan untuk mereka. Berbekalkan kejadian persekitaran atau mimpi yang disangka petunjuk, kadang-kadang ‘pilihan Allah’ itu adalah tunang orang, suami orang, malah ada juga isteri orang. Bertindak atas nama ‘petunjuk Allah’, tercetus

Kebebasan Adalah Perhambaan. Perhambaan Adalah Kebebasan.

Salam ukhwah. Dalam zaman yang semakin moden dan kononnya membentuk pemikiran-pemikiran dan falsafah erti kehidupan baru, para orientalis, orang Islam yang berpemikiran liberal kerap berhujah tentang ketiadaan kebebasan dalam Islam. Digambarkan Islam itu adalah  penuh dengan peraturan dan paksaan. Penuh dengan undang-undang. Tekanan untuk menutup aurat yang mereka anggapkan sebagai paksaan. Sungguh pemikiran yang keliru. Tanpa mengkaji dengan penuh kefahaman terhadap Islam, senang sekali Islam ini dilabel mereka sebagai agama paksaan. Mereka meletakkan sepertinya Islam itu adalah agama perhambaan yang dimana ketinggian manusia direndahkan. Sungguh pelik idealisme ini. Sebahagian mereka yang kononnya berpemikiran moden, sewajarnya mereka kembali kepada definisi perhambaan dan kebebasan yang mereka sebutkan. Ingin saya katakan, perhambaan adalah kebebasan dan kebebasan adalah perhambaan bergantung pada sudut mana anda melihat. Adakah muslimah yang memakai hijab itu melakukan

Hakikat Ilmu Seorang Hamba

Image
Ramai yang tahu kepentingan mencari ilmu. Hatta, wahyu yang pertama diturunkan pada Rasulullah saw pun berbunyi 'IQRA' iaitu 'Bacalah!'. Tetapi, mengapa wahyu menyuruh Rasulullah saw membaca sedangkan baginda seorang yang ummi (tidak tahu membaca)? Hakikatnya, 'baca' di sini bukan bermaksud membaca apa yang bertulis, tetapi apa yang tidak bertulis. Perkara yang tidak bertulis i.e yang tersirat jauh lebih banyak, yang tidak semua manusia mampu 'membacanya' . Maka, ayat lengkap wahyu tersebut ialah " اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ " yang bermaksud: "Bacalah dengan nama Tuhanmu Yang menciptakan" . Jadi, ilmu yang kita ada semestinya perlu sampai kepada hakikat ketuhanan. Kalau belum, maka tidak sempurnalah ilmu itu. Rasulullah S.A.W. telah bersabda : العلم علمان : فعلم في القلب فذالك هو العلم النافع ؛ وعلم على السان فذالك حجة الله على ابن آدم "Ilmu itu ada dua jenis : Ilmu yang ada dalam hati (diser

Milikilah Sifat Malu

Image
Zaman mutaakhir telah menampakkan kita akan banyak kepincangan perilaku, merosotnya akhlaq dan tersebarnya kemaksiatan. Sebahagian manusia telah hilang rasa malunya kepada orang lain. Disebabkan hilangnya perasaan malu, pelbagai tingkah laku tidak senonoh telah ditonjolkan ke tengah-tengah masyarakat. Malu adalah sebahagian daripada iman . Sifat malu sangat penting untuk dimiliki oleh setiap muslim. Malah Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam sendiri merupakan insan yang sangat pemalu. Diriwayatkan oleh Bukhari bahawa Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam lebih malu sifatnya dari seorang gadis yang di dalam pingitannya. Pentingnya memiliki sifat malu. Kerana dengan perasaan malu yang terdapat pada diri, seseorang muslim akan mencegah dirinya dari membuat perkara yang dilarang. Dia akan malu untuk melakukan perkara tidak senonoh dan bermaksiat. Dia akan malu untuk pergi ke tempat yang tidak sepatutnya. Dia akan malu untuk cuba-cuba sesuatu yang mungkar. Dia a

10 Peringatan Bumi

Image
Untuk peringatan pada diri yang sering alpa dengan keindahan dunia yang hanya palsu belaka. Sedarlah bahawa bumi sentiasa berkata-kata dengan manusia namun masih ramai lagi manusia yang lalai dan leka. Berkata Anas Bin Malik r. a; Sesungguhnya setiap hari bumi menyeru kepada manusia dengan sepuluh perkara; 1. Wahai anak Adam! Berjalanlah di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimasukkan ke dalamnya kelak. 2. Engkau melakukan maksiat di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan diazab di dalam perutku. 3. Engkau ketawa di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan menangis di dalam perutku. 4. Engkau bergembira di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan kecewa di dalam perutku. 5. Engkau mengumpul harta di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan menyesal di dalam perutku. 6. Engkau makan benda yang haram di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimakan oleh ulat di dalam perutku. 7. Engkau angkuh di atas belakangku, tetapi ingatla

Cinta Daripada Pandangan Imam Al-Syafie

Image
Imam Al-Syafie banyak memberi pedoman dalam memilih kawan. Beliau juga mengakui sukar mencari sahabat sejati yang mahu berkongsi suka duka bersama. Ketika menilai sahabat sejati pada waktu susah, katanya: “Kawan yang tidak dapat dimanfaatkan ketika susah lebih mendekati musuh daripada sebagai kawan. Tidak ada yang abadi dan tidak ada kawan yang sejati kecuali yang menolong ketika susah. Sepanjang hidup aku berjuang bersungguh-sungguh mencari sahabat sejati hingga pencarianku melenakanku. Ku kunjungi seribu negara, namun tidak satu negara pun yang penduduknya berhati manusia". Imam Al-Syafie turut meminta kita berhati-hati memilih sahabat kerana sahabat yang baik akan membawa ke arah kebaikan dan begitu sebaliknya. Katanya: “Jika seseorang tidak dapat menjaga nama baiknya kecuali dalam keadaan terpaksa, tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan kepadanya. Banyak orang lain yang dapat menjadi penggantinya. Berpisah dengannya bererti istirehat. Dala

Tenanglah Hati

Image
Setiap hari kita ketawa. Setiap hari kita jumpa kawan. Setiap hari kita dapat apa yang kita nak. Tapi..kenapa hati kita tak gembira? Kita sembahyang setiap hari. Kita berdoa selalu pada Allah. Kita mintak sungguh-sungguh pada Allah. Tapi..kenapa susah sangat doa kita nak makbul? Sedangkan Allah ada berfirman. "Berdoalah pada Ku, nescaya akan Ku kabulkan...," Apa masalah kita? Hati kita tak gembira sebab kita tak pernah bersyukur dengan apa yang kita ada. Kita tak pernah nak menghargai setiap nikmat yang kita dapat. Kita asyik memikirkan benda yang kita tak ada, sampai kita lupa melihat nikmat sekeliling kita. Kita berdoa, tapi kenapa payah sangat doa kita Allah nak makbulkan? Sebab kita asyik meminta pada Allah, tapi kita tak pernah mintak ampun pada Allah, sedangkan dosa-dosa kita terlampau banyak pada Allah. Alangkah tidak malunya kita. Kita merintih, kita merayu agar Allah makbulkan doa kita. Tapi, lepas kita dapat kesenangan kita lupa p

Jangan Dipandang Remeh Dosa Kecil

Image
Ramai manusia tertipu oleh kata hatinya sendiri selepas diputar belit pengaruh syaitan. Syaitan berbisik ke dalam hati manusia: "Allah Maha Penyayang, rahmat-Nya meliputi segala sesuatu. Selepas kamu melakukan dosa kecil, mengapa Allah tidak juga menurunkan apa-apa bala ataupun azab disebabkan maksiat kamu itu? Bukankah dosa yang kamu lakukan itu ringan saja? Lepas buat bertaubatlah! Habis cerita. Jangan takut, amal baik kamu banyak lagi." Tidaklah semudah itu menanggalkan daki maksiat dalam jiwa raga kita. Jika dikiaskan maksiat seperti kotoran yang melekat pada kain, boleh dihilangkan dengan sekali cucian saja, alangkah mudahnya. Asalkan dicuci dengan taubat maka hilang serta-merta. Sedangkan kain yang selalu diberus untuk menghilang noda tidak akan bertahan lama. Pasti koyak rabak akhirnya. Inikan pula hati manusia. Jangan diremehkan dosa kecil. Semakin kerap ia dilakukan walaupun dengan diiringi taubat, ia akan merosakkan hati dan seterusnya memberi kesan ke

Jernihkan Minda, Menuju Khilafah

Image
“Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi Allah daripada mukmin yang lemah….” Kata-kata motivasi di atas merupakan sebahagian daripada pesanan Nabi S.A.W kepada umat Islam. Sebuah ucapan perangsang bernilai tinggi dalam menggerakkan umat yang lena dan sentiasa alpa. Himpunan kalimat yang meluncur jujur keluar dari bibir baginda S.A.W yang mulia. Siapakah mukmin yang kuat? Apakah ciri-cirinya? Mungkin ini antara persoalan yang timbul apabila hadis ini dikemukakan. Apa tidaknya, perkataan ‘al qawiyyu’ yang bermaksud lemah boleh diwakili dengan bermacam-macam makna. Antara pandangan ulama berhubung tafsiran ‘al quwwah’ tersebut ialah; 1) Mukmin yang mempunyai fizikal dan tubuh badan yang kuat dan mantap. 2) Mukmin yang mempunyai keimanan yang teguh. 3) Mukmin yang kuat mengerjakan amal yang soleh. 4) Mukmin yang mempunyai kekuatan akal dan kemahuan (cita-cita) yang tinggi. Dan banyak lagi. (sila rujuk pandangan-pandangan ulama tradisionalis dan kontemporari

Manfaat Bersangka Baik

Image
Hubungan yang baik antara satu dengan lain dan khususnya antara muslim yang satu dengan muslim lainnya merupakan sesuatu yang harus dijalin dengan sebaik-baiknya. Ini kerana Allah telah menggariskan bahawa mukmin itu bersaudara. Itulah sebabnya, segala bentuk sikap dan sifat yang akan memperkukuh dan memantapkan persaudaraan harus ditumbuhkan dan dipelihara, sedangkan segala bentuk sikap dan sifat yang dapat merosak ukhuwah harus dihilangkan. Agar hubungan ukhuwah islamiyah itu tetap terjalin dengan baik, salah satu sifat positif yang harus dipenuhi adalah husnuzh zhan (berbaik sangka). Oleh kerana itu, apabila kita mendapatkan informasi negatif tentang sesuatu yang terkait dengan peribadi seseorang apalagi seorang muslim, maka kita harus melakukan tabayyun (penyelidikan) terlebih dahulu sebelum mempercayainya apalagi meresponnya secara negatif, Allah berfirman yang ertinya: "Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, m

Duhai Mujahid Bergelar Hamba

Image
Duhai insan bergelar hamba, Ketahuilah hidup ini tidak selalu tenang, Hidup ini tidak selalu senang... Adakalanya, Hidup ini sering bergolak, Hidup ini sering dilambung ombak... Duhai insan bergelar hamba, Ketahuilah, hidup ini telah ditentukan, Hidup ini dirancang Tuhan... DIA maha mengetahui segalanya, DIA arif tentang ciptaanNya... Duhai insan bergelar hamba, Usah dipertikai segala ketentuan, Usah dipersoal segala takdir Tuhan, Usah dirungut segala perancangan... Tempuhilah kehidupan dengan redha, Hadapilah segala fitnah manusia, Harungilah segala fitrah dunia, Laluilah segala dugaan dariNya... Gagahi diri dengan keimanan, Perkasakan diri dengan ketaqwaan, Kuatkan diri dengan Al-Quran, Yakinkan diri dengan janji Tuhan... Duhai mujahid, Yang impikan mardhatillah, Usah gentar, Usah gusar, Usah sedih, Usah menangis, Usah kecewa, Usah terkesima... Berjalanlah di bumi ini, Dengan keyakinan yang mantap. Bergeraklah di bumi ini, Dengan keimanan ya

Mata oh Mata, Kenapa Engkau Liar?

Image
Babak 1 Sop : Kau tahu tak, Zetty tu dulu free hair.. Tiba-tiba je datang kesedaran nak pakai tudung. Meon : Ye ke??!! macam tak percaya je.. Sop : Ha ah.. ok gak la.. dalam majalah sekolah ada lagi gambar dia.. kau nak tengok? Babak 2 Pada suatu hari Sop dan Meon sedang berjalan-jalan di kotaraya London. Tiba-tiba mereka terlihat kelibat seorang wanita bertudung labuh ala-ala KCB.  Sop : eh, ada gadis mcam dalam KCB la... Meon : Mana? Mana? Mana? Sop : tuuu...tengah jalan ramai2 depan Madame Tusod.. Meon : ooooooo..... macam kenal, yang pakai tudung kaler merah jambu tu ke? Babak 3 Sop dan Meon menyambung kembara cuti Easter mereka di bandaraya Dublin. Cuaca semakin panas. Sop : astaghfirullahal azim, singkatnya skirt minah saleh tu...tak solehah langsung...! ! Meon : eh ye ke? yang mana satu?  Yang skirt oren tu ke? Sop : tak, yang kaler biru , blouse biru muda tu.. Meon : Ha ah la..betul lah cakap kau... Ada