Posts

Showing posts from March, 2009

Pembangunan Islam dibina berasaskan tasawwur

SESUATU pembangunan yang muncul sudah tentu dibina berasaskan kepada acuannya tersendiri. Begitu juga pembangunan berteraskan Islam, dibina berasaskan acuan tasawwur atau perspektif Islam tulen. Tasawwur Islam yang tulen adalah gambaran bentuk Islam hakiki. Ia menjelaskan secara keseluruhan prinsip asas Islam secara benar dan lengkap, sehingga sebati dalam diri orang yang memahaminya. Umumnya, al-Quran sudah menggambarkan adanya tiga pokok utama tasawwur Islam iaitu Allah sebagai Pencipta, manusia sebagai makhluk dan alam semesta sebagai makhluk. Oleh itu, setiap orang mendapat gambaran bentuk Islam hakiki dan memahami secara keseluruhan prinsip asas Islam terkandung dalam al-Quran serta beramal dengannya, mampu membawa kepada kemurnian peribadi Islam serta kecemerlangan hidup masyarakat Islam di dunia dan akhirat. Jika dilihat pembangunan berteraskan Islam, tasawwur Islam dijadikan asas atau acuan dalam pembentukan pembangunan tulen. Ia pada asasnya adalah tapak bagi setiap aspek kehi

KaSih IBu..

Engkau yang aku rindu Engkau bertakhta di hatiku Segalanya hanya tinggal kenangan Pergi seorang insan yang amatku sayang Limpahan kasih sayangmu selautan rinduku Yang pasti kau takkan kembali Ya Tuhanku Tabahkanlah menghadapi dugaan-Mu Rahmatilah…Oh ibu Seharum semerbak kasturi Sedingin air di kali Curahan kasih suci yang kau beri Selamatlah ibu di sana mengadap Allah Yang Esa Doaku agar engkau bahagia Engkaulah permata hati Mendidik mengasuh kami Bertarung nyawa demi kasih suci Sungguh murni hati ibu Menempuh onak berliku Peritmu tiada siapa yang tahu -Far East-

PEDOMAN SABDA JUNJUNGAN MENGENAI AKHIR ZAMAN

Daripada Ibnu 'Umar radhiallahu 'anhuma berkata: Rasulullah Sallallahu 'alaihi Wasallam berhadap kepada kami (pada suatu hari) lalu beliau bersabda: "Wahai kaum Muhajirin, 5 perkara jika kamu telah ditimpakan bala dengannya (jika kamu telah mengerjakannya), maka tiadalah kebaikan lagi bagi kamu. Dan aku berlindung dengan Allah Ta'ala, semoga kamu tidak menemui masa itu. Perkara-perkata itu ialah: - Tidak nampak perzinaan pada suatu kaum sehingga mereka berani melakukannya secara terang-terangan, kecuali mereka akan ditimpa penyakit taun yang cepat merebak di kalangan mereka, dan mereka akan ditimpa penyakit-penyakit yang belum pernah menimpa umat-umat yang telah lalu. Lihat la shbt/shbiah kini kite ble lihat merata-rata org buat perkare xsenonoh dg selumber mereka jerk... lgsg xde perasaan malu kat manusia sekeliling… apatah lagi nak malu pd Allah, Tuhan mereka yg menjadikan mereka.. utk ape kite dijadikan sbnarnye??? Pernahkah kite berfikir sejenak knape kite djad

Umat Islam mesti jadikan akhlak, ajaran Nabi Muhammad SAW contoh ikutan terbaik..

AKU kesayangan Allah (dan tidak bongkak). Aku membawa panji 'Pujian' pada hari kiamat, di bawahnya Adam dan yang sesudahnya (dan tidak bongkak). Aku yang pertama pemberi syafaat dan yang diterima syafaatnya pada hari kiamat (dan tidak bongkak). Aku yang pertama menggerakkan pintu syurga dan Allah membukanya untukku dan aku dimasukkan-Nya bersama-sama orang beriman yang fakir (dan tidak bongkak). Dan Akulah paling mulia dari kalangan terdahulu dan terkebelakang di sisi Allah (dan tidak bongkak)," maksud sabda Baginda SAW yang diriwayatkan Tirmizi. Allah berfirman bermaksud: "Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu contoh teladan yang baik untuk kamu." (Surah al-Ahzab ayat 21) Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah bermaksud, "Adalah akhlaknya (Rasulullah SAW) sebagai akhlak al-Quran." (Hadis riwayat Muslim) Ia menunjukkan akhlak Baginda SAW adalah sempurna kerana Baginda mengamalkan segala ajaran dalam al-Quran. Inilah salah satu se

Empat musuh cinta ILAHI..

Syaitan, ego, dunia, dan hasrat untuk menonjolkan diri, adalah empat musuh Cinta Ilahi... Jika tidak terkawal, mereka mampu mengerikan. Jika kalian dapat mengawalnya, mereka akan memberikan manfaat yang tidak terhingga kepada kalian sendiri, seperti halnya elektrik, jika tidak di tebat dengan kabel pelindung, dia akan sangat berbahaya, dan mampu mematikan. Jika dapat mengawal keempatnya, mereka akan sangat berguna bagi kalian, kalian boleh mengendarainya ke syurga. Allah tidak pernah menciptakan sesuatu tanpa manfaat…