Posts

Showing posts from February, 2010

Cintakah Kita Pada Rasulullah?

Nabi Muhammad saw meskipun sama kejadiannya dengan manusia lain di muka bumi ini, namun bentuk lahiriah dan rohaniahnya tidak sama. Baginda mempunyai keistimewaan yang sama sekali tidak terdapat pada manusia-manusia biasa.  Allah mengharamkan penggambaran potret Baginda oleh sesiapa saja. Sungguhpun begitu sifat-sifat kecantikan baginda masih boleh diillusikan melalui pertuturan dan riwayat para sahabat dan tabi'in.  Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda. Ulama Yahudi berkenaan terpukau dengan raut paras dan akhlak baginda yang sudah tentunya milik seorang Rasul Agung di muka bumi ini.  Para sahabat yang sentiasa bersamanya sentiasa meneliti bentuk tubuh tokoh kesayangannya secara terperinci. Di antara kata-kata appresiasi mereka yang pernah melihat baginda saw:   Aku belum pernah melihat lelaki

Indah Tercipta

Image
Ketika Aku menciptakan seorang wanita , ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menampung dunia. Namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan. Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya. Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh. Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya. Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya. Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu. Aku

Seminar Dinamika Dakwah

Image
Assalammualaikum dan Salam Perjuangan buat sahabat2 semua.. Moga2 kita sentiasa berada di dalam rahmat dan kasih sayang Allah sepanjang masa... Pada 24 Januari yang lepas telah berlangsungnya satu seminar berkaitan dakwah dikalangan non muslim di Universiti teknologi Petronas(UTP). Seminar ini menampilkan 2 orang penceramah jemputan yang cukup hebat dan bertenaga. Antaranya Bro Lim Jooi Soon yang mempunyai latar belakang agama budha dan kristien sebelum memeluk Islam dan juga Ust Amin Yaakob daripada PERKIM.. Seminar ini mengupas isu-isu yang berkaitan agama lain dan juga persoalan2 yang sering ditanya oleh non muslim tentang islam. Seminar ini juga membincangkan tentang baible, ajaran2 didalam agama kristien, bagaimana mahu membezakan ajaran kristien dan sebagainya.. PSSI telah menghantar 8 orang wakil untuk mengahadiri seminar ini.. Insyaallah sedikit sebanyak ilmu yang diperolehi  daripada program dapat dikongsi bersama...  Wakil PSSI muslimat PSSI muslimin Bersama pen

MManjalisme

Image
Manjalisme’ adalah virus yang menyerang sesetengah Daie masa kini, masa lalu dan akan datang. Sikap atau virus merbahaya ini akan menyerang mana-mana para aktivis dakwah yang tidak mahu mencegahnya. Apa yang nyata, Daie sebagai manusia tidak dapat lari dari kelemahan. Iman senantiasa turun dan naik. Kadangkala semangat memuncak, kadangkala merudum. Ketika ini syaitan mula memainkan peranan mereka. Antara tanda-tanda daie yg terkena virus ‘manjalisme’ Tidak tahan ujian -Cepat putus asa -Banyak mengeluh -Tidak percaya kebolehan diri -Mengharapkan suasana lapangan tarbiyyah yang selalu selesa -Tidak mahu dirinya ditegur dan diperbetul,mudah sensitif atas teguran -Tidak melawan rasa malas yang membelenggu diri -Memberi 1001 alasan atas amanah yang diberikan -Tidak melaksanakan amanah atas alasan tidak mampu -Tidak biasa meletakan diri dalam suasana kekangan dan tekanan dari segi mental dan fizikal -Terlalu mengharapkan bantuan orang l