Posts

Showing posts from April, 2008

Promosi : Fiesta Sukan Rakyat

Image
Mari baca! mari baca!. Jabatan Perdagangan akan menganjurkan program seperti di atas pada: HARI : SABTU TARIKH : 3 MEI 2008 TEMPAT : JABATAN PERDAGANGAN (KAMPUS B) Mari bersama-sama memeriahkan program ini.

Artikel : Kenapa perlu kepada ilmu, terutamanya ilmu-ilmu agama?

Image
Menurut tokoh ulamak kontemporari, Syeikh Prof Dr Yusuf al-Qaradawi, ilmu-ilmu agama merupakan alat bagi kita untuk menyelesaikan banyak perkara, sebagai contoh, jika sesuatu mesin industri rosak, jurutekniknya memiliki alat-alat berkaitan dengan pembaikannya, maka tugasnya menjadi mudah kerana dia memiliki alat untuk mengendalikan proses pembaik-pulih mesin berkenaan. Begitulah juga dengan masalah agama, kebanyakan manusia bernama Islam hari ini semakin longgar ikatan mereka dengan Islam, ada yang tidak sembahyang, puasa, mengucap, memakan riba, rasuah, membunuh orang tanpa sebab yang dibenarkan dan lain-lain, akibat tidak memperdalami ataupun duduk dalam majlis-majlis ilmu agama. Merekalah sasaran kita, bagaimana mungkin kita mampu untuk memperkata sesuatu mengenai agama bagi menasihatkan mereka jika kita sedniri tidak menguasai ilmu-ilmu alat. Malah yang bukan Islam juga semakin menunjukkan minat untuk tahu, apakah sebenarnya Islam, adakah ia satu agama yang menyuruh penganutnya sup

Akhbar : Caj khidmat PTPTN dikaji semula

MELAKA 23 April – Caj perkhidmatan sebanyak tiga peratus yang dikenakan ke atas para pelajar yang membuat pinjaman dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) akan dikaji semula bagi memberikan keselesaan kepada peminjamnya. Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Idris Haron berkata, caj perkhidmatan itu bukan faedah pinjaman seperti yang dikenakan institusi kewangan komersial. “Ia hanyalah caj untuk pengurusan. Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin ada menyuarakan cadangan untuk mengkaji semula caj sebanyak tiga peratus ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Forum Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia Dengan Industri di sini hari ini. Idris enggan mengulas sama ada caj tersebut akan dikurangkan atau dinaikkan. Bagaimanapun, beliau percaya sebarang keputusan kerajaan berhubung isu itu akan memberi keselesaan kepada peminjam PTPTN. Bilangan peminjam PTPTN di seluruh Malaysia berjumlah 1.2 juta manakala dana yang terkumpul pada masa ini ia

Kursus Untuk Pelajar PUO

Image
Mari baca! mari baca!.. Jabatan Pengajian Am PUO akan menganjurkan program (seperti diatas.) buat pelajar Islam PUO. Antara pengisian program -CERAMAH -BENGKEL/LDK -SUKAN -SOLAT BERJEMAAH -QIAMULLAIL -LAMAN NURANI. Kepada yang berminat sila dapatkan borang pendaftaran pada Fadilah Bt Yacoob (JTMK) atau hubungi Ustazah NurHaslina (013-5151252), Ustaz Ahmad Firdaus (019-4442209). "Perut kita sudah penuh dengan pelbagai juadah... Bagaimana pula dengan rohani kita??". Jadi jangan tunggu lagi. Daftarlah sekarang.

Pemergian Mu

Image
Kau masih tersenyum mengubat lara Selindung derita yang kau rasa Senyuman yang mententeramkan Setiap insan yang kebimbangan Hakikatnya tak tertanggung lagi derita Dipangkuan isterimu Humairah Menunggu saat ketikanya Di angkat rohmu bertemu yang Esa Tangan dicelup dibejana air Kau sapu dimuka Mengurangkan pedih Beralun zikir menutur kasih Pada umat dan akhirnya Dan tibalah waktu ajal bertamu Penuh ketenangan jiwa mu berlalu Linangan air mata syahdu Iringi pemergianmu Oh sukarnya Untuk umat menerima Bahkan payah Untuk Umar mempercaya Tetapi iman merelakan jua Bahawa manusia kan mati akhirnya Tak terlafaz kata Mengukap hiba Gerhanalah seluruh semestar Walaupun kau telah tiada Bersemarak cintamu selamanya Ya Rasulullah Kau tinggalkan kami Warisan yang abadi Dan persaksikanlah Sesungguhnya kami merinduimu

FITNA !!

Image
Pasti ramai sahabat/ah di luar sana sudah pun mengetahui cerita berkaitan tajuk di atas, rasanya tidak terlewat untuk penulis coretkannya di sini. Video FITNA sudah tersebar luas di internet. Ia dihasilkan oleh Geert Wilders, seorang ahli Parlimen dari Belanda. Filem ini telah memberikan satu tamparan hebat pada dunia Islam dan pelbagai reaksi telah dilemparkan. Ada diantaranya telah mengambil tindakan dengan memboikot barangan dari Belanda. Namun, untuk melihat keberhasilan serangan balas ini, memetik kata bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, memerlukan komitmen semua pihak dalam jangka masa yang panjang.Ada juga yang menyarankan, mengapa tidak kita adakan sahaja demonstrasi dan memorandum kepada pihak berkenaan di samping boikot. Biar nampak umat Islam tegas berprinsip dan mempunyai daya sensitiviti agama yang tinggi. Langkah yang dilakukan di atas ada juga kebenarannya agar puak-puak musuh Islam ini tahu bahawa masih ada golongan yang membela Islam dengan sepenuh

TUDUNG WANITA MASA KINI !!

Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki. Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita, Kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak. Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia. Menyentuh berkenaan pakaian wanita, alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita saksikan di

Majlis Ramah Mesra

Image
Ajk-ajk yang hadir mendengar ucapan Ucapan dari mantan Presiden PSSI, saudara Rurol Azhar. 1 April 2008, PUO – Pihak Ajk PSSI dan Kamsis PUO telah mengadakan satu Majlis Ramah Mesra Bersama Mantan AJK PSSI dan Kamsis bertempat di Pusat Islam PUO. Program tersebut bermula pada jam 6.30 petang dengan menunggu kehadiran semua ajk. Atucara bermula dengan solat Maghrib berjemaah, bacaan doa selamat, solat Isyak berjemaah, ucapan dari wakil alumni dan diikuti dengan ta’aruf. Tujuan utama program ini adalah untuk meraikan mantan ajk-ajk yang menerima penganugerahan diploma/sijil pada Konvokesyen PUO Ke-37 yang kini sedang berlangsung. Antara objektif lain bertujuan untuk lebih mengeratkan ukhuwah antara mantan ajk-ajk dengan ajk-ajk yang dilantik pada sesi pengajian sekarang. Program sebegini juga seharusnya di ambil sepenuhnya oleh ajk-ajk yang ada kerana pengalaman dan kelebihan yang ada pada mantan ajk-ajk boleh dijadikan role model dan penguat semangat untuk kita terus menjalankan tanggu