Posts

Showing posts from March, 2010

ANAK DERHAKA

Image
Hairan saya melihat beberapa orang kampung berkumpul di kedai pada tengah hari itu. Serius mereka berbual hingga dahi berkerut-kerut. Lepas seorang bercerita yang lain menggeleng gelengkan kepala. Pasti ada sesuatu yang 'besar' sedang mereka bincangkan,kata saya di dalam hati . Setelah injin motosikal di matikan,saya berjalan ke arah mereka. "Bincang apa tu ? Serius aku tengok," saya menyapa. "Haaa? San, kau tak pergi tengok budak perempuan tak boleh keluar dari kubur emak dia?" kata Jaimi, kawan saya. "Budak perempuan ? Tak boleh keluar dari kubur ? Aku tak faham bah," jawab saya. Memang saya tak faham kerana lain benar apa yang mereka katakan itu. "Macam ni," kata Jaimi, lalu menyambung, "di kubur kat kampung Batu 10 tu, ada seorang budak perempuan tolong kebumikan emak dia, tapi lepas itu dia pula yang tak boleh keluar dari kubur tu. Sekarang ni orang tengah nak keluarkan dia?tapi belum boleh lagi". "Kena

PUTUS ASA - JADIKAN MUSUH UTAMA

Image
Jalan itu begitu sempit dan penuh dengan rintangannya, Peluh yang menitis terus membasahi seluruh tubuh, Kaki masih lagi mahu melangkah Walau gerakannya tidak sepantas mana, Jalan semakin berliku, Hendak digagahkan, Terasa kepayahan, Hendak dipatahkan sahaja semangat yang ada, Seakan tergambar kerugian.. Kegagalan seakan satu perkara yang telah sebati dengan kehidupan setiap insan. Namun, tiap kali kegagalan itu berlaku, ketabahan dan penerimaan masih tiada. Pasti akan disusuli dengan kekecewaan. Sedangkan ini adalah perkara lazim dalam kehidupan. Setiap kali kegagalan itu bertandang, terlalu sukar untuk diterima oleh hati. Ada saja persoalan yang ditimbulkan mempertikaikan kegagalan yang diperoleh. Kegagalan itu membawa kepada rasa putus asa dalam diri. Namun, ingin saya bertanya, adakah berputus asa itu satu perkara yang wajar dilakukan jika kita berhadapan dengan kegagalan? Sedangkan, kegagalan bukanlah penghujung kepada kehidupan dan 'jalan mati' kepada kejayaa

Apa Ertiku Menuntut Ilmu

Image
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang Al Mujahid As Syeikh Mustafa Masyur pernah menyebut ; "Tarbiyyah (pendidikan) bukan segalanya-galanya, tetapi segala-galanya hanya dapat diraih dengan Tarbiyyah." Kekadang kita mengeluh mengapa kita perlu belajar tinggi-tinggi, Kita hanya belajar untuk peperiksaan yang bakal tiba, Kita hanya belajar untuk memuaskan hati ibu bapa, Kita hanya belajar untuk dipandang tinggi oleh masyarakat, Satu pertanyaan diajukan oleh golongan wanita, Katanya buat apa belajar tinggi-tinggi, lepas kahwin jadi surirumah juga, Namun ada yang kata dunia hari ini berbeza, lelaki & wanita sama saja, Bila berumahtangga apa susah, masing-masing urus kerjaya sendiri, Bila datang cahaya mata, masing-masing tak nak mengalah, kerjaya masing-masing dipertahankan, anak yang dianugerahkan dianggap musibah, Akhirnya dengan sifat penyayang si ibu pasti mengalah, Akhirnya sama saja wanita tetap jadi surirumah, S

Rumah Ibadat Bukan Islam: Tidak Faham Atau Buat-Buat Tidak Faham

Image
Permasalahan rumah ibadah di Negara kita bukanlah isu berbentuk semasa sebagaimana masalah lain. Mungkin kejadian yang berlaku di Seksyen 23, Shah Alam itu boleh diselesaikan oleh pihak kerajaan negeri dalam beberapa masa sahaja. Namun ia bukanlah satu penyelesaian mutlak sehingga boleh menstabilkan Negara untuk jangka masa panjang. Tulisan ini bukan bertujuan membangkitkan mana-mana isu yang berlarutan sebelum ini, tetapi lebih rasional kearah melihat fakta dan penyelesaian berpanjangan. Jika kita merujuk didalam Al-Quran, tidak ada satu ayat pun yang menerangkan keperluan kita untuk menghalang orang bukan Islam membina serta mengamalkan ajaran agama mereka. Islam melarang kita menghina agama lain. Hal ini sangat mudah difahami dan tidak ada pertikaian. Kemudian apabila kita bercakap soal toleransi antara agama, Islamlah yang terbukti dalam sejarah sebagai agama yang paling toleransi dengan agama lain. Usahlah kita melihat kelakuan segelintir umat Islam yang jahil dan bertindak di

Perjalanan Dunia Destinasi Akhirat

Image
Kehidupan dunia adalah sementara yang merupakan persinggahan yang pasti dilalui. Dunia ibarat lapangan peperiksaan kita selepas menempuh satu pengajian yang lama ketika berada di alam roh dan rahim. Peperiksaan ini harus ditempuhi sama ada kita bersedia atau sebaliknya. Bagi mereka yang peka dan tahu apa yang harus dilakukan, semestinya telah membuat persediaan rapi dari awalnya lagi, agar setiap jawapan yang dicoret akan menghasilkan nilai yang tinggi, dan seterusnya mendapat tempat di menara gading iaitu Syurga. Aturlah kehidupan dari sekarang, jangan terlopong kekosongan antara liang-liang usia meninggalkan bekas kekotoran akibat perbuatan tangan sendiri. Degil kekotoran sukar dibasuh, apatah lagi menanggalkan jejaknya. Kadang-kadang terasa lemah, dan rasa tidak bermakna untuk menyampai dan mengajak kepada kebaikan, kerana dirasakan kita tidak mampu mengubah apa-apa, sedangkan perubahan tersebut bukannya sekejap, tapi kadang-kadang memakan masa bertahun-tahun. Manusia yang bert

Siapa di Sebalik Al-Quran itu

Image
“Quran ini, Quran itu, Quran bla bla bla…”, tidak habis-habis orang memperkatakan tentang al-Quran. Terkini, seorang ahli politik berhaluan kanan Belanda, Geert Wilders pun bercakap tentang al-Quran. Percakapannya menjadi fitnah kepada dunia, sesuai dengan tajuk filemnya itu sendiri, Fitna. Ramai pihak yang mahu mengkritik, menghentam, membela atau mempertahankan al-Quran, terlepas satu proses yang penting. Proses yang disepakati oleh sesiapa sahaja yang bercakap dengan rasional dan berakal waras, tanpa mengira agama. Proses yang saya maksudkan itu adalah proses menganalisa kesahihan al-Quran. Di dalam disiplin sejarah sebagai cabang sains sosial, sebelum satu-satu bahan mahu dijadikan rujukan kajian, proses menganalisa ketulenan bahan tersebut harus dilakukan terlebih dahulu. Apakah benar duit syiling yang ditemui itu, merupakan syiling asli, atau syiling palsu. Apakah benar teks tulisan seorang tokoh itu, benar-benar ditulis oleh beliau, dan teks itu merupakan te

Jejak (Mars Korsad)

Menapaki langkah-langkah berduri Menyusuri rawa lembah dan hutan Berjalan di antara tebing curam Semua dilalui demi perjuangan Letih tubuh di dalam perjalanan Saat hujan dan badai merasuk di badan Namun jiwa harus terus berjalan Karna perjalanan masih panjang Kami adalah tentara Allah Siap melangkah menuju ke medan juang Walau tertatih kaki ini berjalan Jiwa perindu syahid tak akan tergoyahkan Wahai tentara Allah bertahanlah Jangan menangis walau jasadmu terluka Sebelum engkau bergelar syuhada Tetaplah bertahan dan BERSIAP SIAGALAH !  ~Bestkan lagu nih.. Lagu yang mampu membakar semangat Jihad.. Teruskan berjuang duhai sahabt2ku~ -Taufik@PUO- http://penjagaiman.blogspot.com

BIDADARI SYURGA

B idadari merupakan salah satu anugerah Allah kepada seorang lelaki yang memasuki syurga. Bagi seorang wanita yang solehah maka bidadari bagi suaminya adalah dikalangan bidadari2 kurniaan Allah dan dia (isteri solehah merupakan ketua akan segala bidadari-bidadari tsb). Berjihad pada agama Allah merupakan satu amalan yang menjadi kesukaan Allah swt dan ini merupakan sunnah besar nabi SAW dan kalangan sahabat-sahabat. Setiap manusia yang mati walaupun berapa umurnya maka akan ditanya dimanakah masa mudanya dihabiskan. Kisah...... 'Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari-bidadari yang lain. Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika nabi memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk berjihad pada agama Allah) katanya siapa-siapa yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia shahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari2 syurga. Mendengar berita i

ADAB-ADAB IKHTILAF

Islam telah meletakkan sendi-sendi adab yang tinggi bagi seorang muslim yang berjalan diatas manhaj Sunnah, dalam pergaulannya bersama saudara-saudaranya ketika berselisih faham dengan mereka dalam masalah-masalah ijtihadiyah. Cukuplah kiranya, sabda Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam, pembawa rahmat dan petunjuk. "Artinya : Sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan akhlaq-akhlaq yang mulia". [Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dalam 'Adabul Mufrad' dan Imam Ahmad. Lihat 'Silsilah Ash-shahihah 15'] Di antara adab-adab itu ialah : [1]. Lapang dada menerima kritik yang sampai kepada anda untuk membetulkan kesalahan, dan hendaklah anda ketahui bahwa ini adalah nasehat yang dihadiahkan oleh saudara seiman anda. Ketahuilah ! Bahwa penolakan anda terhadap kebenaran dan kemarahan anda karena pembelaan terhadap diri adalah kesombongan -A'aadzanallah. Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam telah bersabda. "Artinya : Sombong adalah menolak kebenaran dan mere

100 LANGKAH MENUJU KESEMPURNAAN IMAN

01. Bersyukur apabila mendapat nikmat; 02. Sabar apabila mendapat kesulitan; 03. Tawakal apabila mempunyai rencana/program; 04. Ikhlas dalam segala amal perbuatan; 05. Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan; 06. Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan; 07. Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan; 08. Jangan cemburu dengan kekayaan orang; 09. Jangan hasad dan iri atas kejayaan orang; 10. Jangan sombong setelah memperoleh kejayaan; 11. Jangan tamak kepada harta; 12. Jangan terlalu ambitious akan sesuatu kedudukan; 13. Jangan hancur kerana kezaliman; 14. Jangan goyah kerana fitnah; 15. Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri. 16. Jangan campuri harta dengan harta yang haram; 17. Jangan sakiti hati ayah dan ibu; 18. Jangan usir orang yang meminta-minta; 19. Jangan sakiti anak-anak yatim; 20. Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar; 21. Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa ke

Tips Hindari Sifat Takabbur

Image
1. Merasakan diri lebih hina daripada orang tua kerana mereka hidup lebih lama dimuka bumi Allah ini dan sudah tentunya amal ibadatnya juga lebih banyak daripada kita. 2. Merasakan diri lebih kerdil daripada kanak-kanak kerana mereka masih suci bersih daripada dosa sedangkan kita sudah dicemari tompok-tompok noda dan dosa. 3. Merasakan diri lebih kecil dari orang alim kerana ilmu mereka terlalu banyak daripada kita. 4. Merasakn diri lebih keji daripada orang jahil kerana mereka melakukan dosa kerana kejahilannya sedangkan kita tahu tapi masih melakukan dosa. 5. Merasakan diri lebih jijik berbanding orang miskin kerana mereka tidak bersedekah kerana ketidakmampuannya tetapi kita tidak bersedekah walaupun mampu. 6. Merasakan diri lebih rugi daripada orang kaya kerana mereka sudah tentu mempunyai harta yang lebih banyak untuk bersedekah dan membuat amal kebaikan.

Janji Seorang Sufi

Image
Adalah diceritakan, ada seorang soleh yang pandangannya hanya kepada akhirat dan keindahan syurga, sehingga dia berjanji kepada Allah untuk tidak akan melihat lagi keindahan duniawi agar tidak merasa tertarik padanya. Pada suatu hari, ketika dalam satu perjalanan, dia lalu di sebuah pasar, tempat membeli belah dan secara tidak sengaja terlihat sebuah tali pinggang yang tergantung di sebuah kedai. Mungkin tali pinggang itu sangat cantik sehingga terlupa akan janjinya kepada Allah, maka dia memandangnya dengan agak lama. Dia terlalai. Tuan punya kedai mengetahui bahawa ada seorang lelaki melihat barang jualannya, tetapi tidak mahu membelinya. Lalu dia menoleh pada barangan jualannya, ternyata dengan takdir Allah, tali pinggang ghaib pada pandangannya. Maka tiada siapapun yang dicurigai di situ melainkan seorang sufi yang berada di tempat itu. Dia segera melompat dan memegang tangan orang sufi itu kuat - kuat, menengking dan menuduhnya sebagai pencuri. "Hai saudara! Kau