Become our Fan

Dec 30, 2010

Sakit hapuskan dosa



 DARIPADA Abdullah, katanya: “Aku datang mengunjungi Rasulullah SAW ketika Baginda sakit, lalu kusentuh Baginda seraya berkata: “Ya Rasulullah! Demam anda bertambah teruk.”

Jawab Baginda: “Memang demamku sama dengan demam dua orang kamu.”

Aku berkata: “Semoga anda mendapat pahala berganda pula.”

Balas Baginda: “Semoga!” Kemudian sabda Baginda pula: “Tidak ada seorang Muslim yang ditimpa cubaan berupa sakit dan sebagainya melainkan dihapuskan Allah dosanya, seperti pohon kayu menggugurkan daunnya.” (Hadis riwayat Muslim)

Segala bencana, penyakit, kesusahan atau kerunsingan yang menimpa tubuh badan atau akal fikiran seseorang mukmin menjadi ‘kaffarah’ (penghapus) kekotoran dosa dan kesalahan orang yang ditimpa bencana itu.

Anas berkata, Rasulullah bersabda: "Bahawa besarnya sesuatu balasan itu menurut besarnya sesuatu bencana ujian; dan bahawa Allah apabila mengasihi sesuatu kaum diuji mereka, kemudian sesiapa yang menerima ujian itu dengan reda, maka dia akan beroleh keredaan Allah, dan sesiapa yang bersikap keluh kesah serta benci menerima ujian itu, maka dia akan mendapat kemurkaan daripada Allah." (Hadis riwayat at-Tirmizi dan Ibn Majah).

Surat dari Iblis



( Surat ini akan membuat anda benar-
benar berfikir)

(Sebenarnya surat ini hampir membuatku
gila saat aku membacanya, tapi

aku harus forwardnya kerna catatan
kecil dibawahnya)

****************************************


SURAT DARI IBLIS UNTUK MU

Aku melihatmu kemarin, saat engkau
memulai aktiviti harianmu.

Kau bangun tanpa sujud mengerjakan
subuhmu

Bahkan kemudian, kau juga tidak
mengucapkan "Bismillah" sebelum memulai
santapanmu, juga tidak sempat
mengerjakan shalat Isha sebelum
berangkat ketempat tidurmu

Kau benar2 orang yang bersyukur, Aku
menyukainya

Aku tak dapat mengungkapkan betapa
senangnya aku melihatmu tidak merubah
cara hidupmu.

Hai Bodoh, Kamu millikku.

Ingat, kau dan aku sudah bertahun-tahun
bersama,

dan aku masih belum bisa benar2
mencintaimu .

Malah aku masih membencimu, karena aku
benci Allah.

Aku hanya menggunakanmu untuk membalas
dendamku kepada Allah.

Dia sudah mencampakkan aku dari surga,
dan aku akan tetap memanfaatkanmu
sepanjang masa untuk mebalaskannya

Kau lihat, ALLAH MENYAYANGIMU dan dia
masih memiliki rencana-rencana untukmu
dihari depan.

Tapi kau sudah menyerahkan hidupmu
padaku,

dan aku akan membuat kehidupanmu
seperti neraka.

Sehingga kita bisa bersama dua kali dan
ini akan menyakiti hati ALLAH

Aku benar-benar berterimakasih padamu,
karena aku sudah menunjukkan kepada NYA
siapa yang menjadi pengatur dalam
hidupmu dalam masa2 yang kita jalani

Kita nonton film 'porno' bersama,
memaki orang, mencuri, berbohong,
munafik, makan sekenyang-kenyangya,
bergosip, manghakimi orang, menghujam
orang dari belakang, tidak hormat pada
orang tua ,

Tidak menghargai Masjid, berperilaku
buruk.

TENTUNYA kau tak ingin meninggalkan ini
begitu saja.

Ayuhlah, Hai Bodoh, kita terbakar
bersama, selamanya.

Aku masih memiliki rencana2 hangat
untuk kita.

Ini hanya merupakansurat penghargaanku
untuk mu.

Aku ingin mengucapkan 'TERIMAKASIH'
kerana sudah mengizinkanku

memanfaatkan hampir semua masa hidupmu.

Kamu memang sangat mudah dibodohi, aku
menertawakanmu.

Saat kau tergoda berbuat dosa kamu
menghadiahkan tawa.

Dosa sudah mulai mewarnai hidupmu.

Kamu sudah 20 tahun lebih tua, dan
sekarang aku perlu darah muda.

Jadi, pergi dan lanjutkanlah
mengajarkan orang-orang muda bagaimana
berbuat dosa.

Yang perlu kau lakukan adalah merokok,
mabuk-mabukan, berbohong, berjudi,
bergosip, dan hiduplah se-egois
mungkin.

Lakukan semua ini didepan anak-anak dan
mereka akan menirunya.

Begitulah anak-anak .

Baiklah, aku persilakan kau bergerak
sekarang.

Aku akan kembali beberapa detik lagi
untuk menggoda mu lagi.

Jika kau cukup cerdas, kau akan lari
sembunyi, dan bertaubat atas dosa-
dosamu.

Dan hidup untuk Allah dengan sisa
umurmu yang tinggal sedikit.

Memperingati orang bukan tabiatku, tapi
diusiamu sekarang dan tetap melakukan
dosa, sepertinya memang agak aneh.

Dec 23, 2010

Ibadah itu CINTA




“Azree, boleh kamu berikan maksud ibadah?” Soal ustazah saya.
“Erm.. Taat dan patuh kepada Allah, ustazah.” Itulah jawapan yang saya berikan semasa masih berada di bangku sekolah dahulu. Jawapan yang dihafal. Jawapan skema.
Pernah dulu saya dengar seorang penceramah mengatakan, “Kebanyakkan mualaf, iman mereka tetap kerana mereka cuba mencari maksud sebenar Islam itu. Sehinggalah mereka betul-betul yakin yang Islam itu benar. Tapi, berbeza dengan kita yang sedari lahir memang sudah Islam.”
Sewaktu mendengar kata-kata itu saya buat tidak kisah sahaja, mungkin kerana sudah terbiasa mendengarnya. Tetapi beberapa bulan lepas kata-kata itu seakan menyerang benak kepala.
Berdengung. Sehingga timbul pelbagai persoalan. Saya tertanya kenapa saya ini Islam? Kenapa saya kena melakukan ibadah itu ibadah ini? Tetapi saya senyapkan sahaja keadaan diri saya ketika itu.
Takut ada orang kata saya menghampiri murtad. Saya sendiri takut bila persoalan itu datang menyerang. Saya cuba membaca beberapa buah buku termasuk buku Fathi Yakan tetapi jawapannya tidak memuaskan hati saya.
Lantas saya buang soalan pertama itu dahulu. Takut benar kalau saya terlalu menumpu kepada soalan itu akan membuatkan saya murtad. Jadi, saya terus tumpu kepada persoalan kedua iaitu kenapa saya perlu beribadah.
 
Ibadah, taat dan patuh?
Orang kata ibadah itu taat dan patuh. Saya tiba-tiba mempersoalkannya. Kenapa perlu taat dan kenapa perlu patuh kalau tiada sebab? Apa sebabnya sampai saya kena solat, kena berdoa?
Bila saya tanyakan kepada orang lain jawapannya, “Ler.. Kau kena solat semua tu sebab perkara itu wajiblah.”
“Kenapa pula wajib?” Soal saya balik. Dan kawan itu terus terdiam.
“Dah ibadah wajib, jadi wajiblah!”
Dan yang pasti jawapan itu tidak memuaskan hati saya saat itu. Saya bukanlah jenis orang yang menerima jawapan daripada seseorang dan terus menghafal. Itu dinamakan penghafal dan bukannya pelajar.
Kita sering mengatakan ibadah itu adalah taat dan patuh tetapi tidak berapa mengendahkan apa itu taat dan apa itu patuh.
 
Ibadah adalah Cinta


Akhirnya saya terbaca satu petikan daripada tulisan Ibnu Qayyim. Maksud yang beliau berikan terlalu mudah. Ibadah itu adalah cinta. Berkasih-kasihan dengan Tuhan.
Membaca maksud ibadah yang diberikan oleh Ibnu Qayyim membuatkan saya berfikir panjang. Ibadah adalah cinta? Berkasih-kasihan dengan Tuhan?
Pernahkah terdetik dalam hati anda rasa cinta kepada orang lain? Bagi sesiapa yang pernah, mereka tentu faham bagaimana keadaannya.
Hurm. Sampaikan kita sanggup buat apa sahaja. Setiap saat asyik teringat tentang si dia. Apa yang dia larang, kita cuba sebaik mungkin untuk tidak melanggarinya. Dan apa yang dia pinta, selagi boleh kita cuba usahakan untuk dapatkannya.
Sehinggakan kalau ada orang lain cuba menunjukkan sedikit kemesraan kepada si dia, kita sudah berasa terlalu cemburu. Lantas kita cuba memberikan yang lebih baik lagi.
Jadi, itulah yang dimaksudkan oleh Ibnu Qayyim tentang maksud ibadah. Ibadah adalah cinta. Kalau cinta kepada manusia kita sudah menjadi terlalu gila seperti itu, sepatutnya cinta yang seperti itu kita sandarkan kepada Tuhan.
Apa yang membuatkan saya berfikir panjang ketika itu adalah kerana saat itu saya sedang mencintai seseorang. Membaca ayat-ayat Ibnu Qayyim membuatkan saya sedar kecintaan saya itu telah melebihi rasa cinta kepada Tuhan.
 
Cinta mana yang lebih utama
Memang ada orang kata rasa cinta sesama manusia itu tidak salah. Tetapi cuba kita tanya diri kita sendiri adakah rasa cinta kita itu melebihi rasa cinta kepada Tuhan.
Kalau rasakan diri sudah tidak terkawal lagi dan tidak tahu bagaiman ingin menurunkan rasa cinta itu, saranan saya hanya dua iaitu tinggalkan sahaja si dia atau kahwin terus. Apa salahnya, anda dengan dia masih lagi belum berkahwin.
Bagi yang rasa hendak kahwin lagi 2 tahun, tinggalkan dahulu si dia jika hati rasa perasaan cinta itu lebih banyak kepada si dia berbanding kepada Tuhan. Hurm. Sekarang yang mana satu menjadi keutamaan anda? Fikir-fikirkanlah.
Ibadah adalah cinta. Dan itulah yang pasti. Kalau anda lebih mencintai si dia melebihi rasa cinta kepada Tuhan, itu bermakna anda melakukan ibadah kepada sesuatu yang lain. Bukannya ibadah kepada Tuhan.
Erm. Kalau ibadah kita sudah terarah kepada sesuatu yang lain, apa maksudnya?
Saudaraku, anda berhak membangun puluhan istana di muka bumi. Asalkan anda tidak lupa memperkukuh mahligai cinta kepada yang paling berhak.
Saya letakkan sekali satu lirik lagu yang dinyanyikan oleh kumpulan nasyid Indonesia, Gradasi.
Di saat cinta menyemai rasa di jiwa
Menghiasi hidup indah kan masa

Luluhkan dengki menghapuskan benci

Kala cahaya-Nya

Membuka mata yang terlena

Sedarkan dari nafsu akan dunia

Rasa yang fana dan maya semata

Kan ku ungkap rasa yang terindah

Tentang berkembangnya cinta

Yang semerbak wangi dalam jiwa

Yang kekal abadi selamaya

Hanyalah untuk Allah
Kan kupersembahkan

Cinta tertinggi dan termurni

Yang tumbuh dalam nurani

Hanyalah untuk Alloh
Kan kusandarkan

Segala pengharapan dan doa

Beri daku cahaya-Mu

Hanya Pada Allah kusandarkan

Hanya Pada Allah kudoakan

Hanya Pada Allah kuharapkan
Dan tentang persoalan yang bermain di benak saya itu, saya masih lagi belum dapat menjawabnya hingga saat ini. Didiamkan tetapi muncul kembali beberapa minggu yang lepas. Menyerang-nyerang.
Tetapi bagi saya, teruskan diri mencari apa yang dirasakan benar. Jangan hanya asyik mendengar dan mengikut apa yang orang lain kata tanpa memahaminya.

Pesanan Buat kalian...



 بسم الله الرحمن الرحيم
            Segala puji bagi Allah SWT, Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Kaya dan Maha Pemberi Petunjuk bagi hamba-hambaNya. Tidak ada yang dapat memberi petunjuk selain Dia. Selawat dan salam bagi Nabi Muhammad SAW serta keluarga, sahabat dan umat beliau hingga ke akhir zaman.

Firman Allah SWT: “Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal soleh dan berkata: “Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri?”  (Fussilat: 33) 

            Pertama-tamanya setinggi-tinggi tahniah dan selamat datang saya ucapkan kepada mahasiswa baru Politeknik Ungku Omar. Tahniah, kerana anda terpilih untuk menyambung pengajian di Politeknik ini. Tiada lafaz yang selayaknya kita ucapkan melainkan kesyukuran yang sebanyak-banyaknya kepada Allah SWT di atas kurniaan ini. 

Selamat kembali ke kampus dan selamat meneruskan langkah yang lebih cemerlang buat para pelajar sekalian. Muhasabah di lembaran keputusan peperiksaan yang lalu adakah kita telah melakukan yang terbaik atau masih ada usaha-usaha lompang yang perlu kita perbaiki pada saki baki semester yang ada.

Warga PSSI yang dirahmati ALlah SWT,
            Persatuan Siswa Siswi Islam merupakan wadah bagi mendekatkan mahasiswa Islam PUO kepada program-program kerohanian, intelektual dan kejasmanian yang selari dengan syariat Islam. Justeru, saya menyeru seluruh warga PUO untuk sama-sama melibatkan diri dalam program-program yang disusun sepanjang semester oleh barisan kepimpinan PSSI bagi merealisasikan misi PSSI iaitu “Ke Arah Melahirkan Teknokrat Muslim Muttaqin”. 

PENUHI MASA MUDA UNTUK KEBAHAGIAAN MASA TUA 

Adik-adik yang dikasihi oleh ALlah SWT,
Sabda Nabi Muhammad SAW : “Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara, iaitu masa muda engkau sebelum datangnya hari tua, masa sihat engkau sebelum dilanda sakit, masa kaya engkau sebelum engkau jatuh papa, masa lapang engkau sebelum datangnya waktu sibuk, dan masa hidup engkau sebelum datang saat kematian.”

             Justeru, masa muda jangan dibiarkan berlalu sia-sia tanpa diisi dengan ibadah kepada ALlah SWT kerana masa muda itu penuh dengan kecerdasan fizikal dan mental. Manfaatkan masa muda dengan perkara yang selayaknya sebagai seorang mukmin sama ada di bidang ilmu mahupun amal. Kesungguhan melakukan ketaatan kepada ALlah SWT di usia muda ini akan menjadikan masa tua yang penuh dengan kesyukuran. Mensia-siakan usia muda yang sangat berharga bagaikan menempah untuk menanggung penyesalan di hari kemudian. Ambillah peluang dan kesempatan sepanjang keberadaan kalian di kampus PUO ini untuk mengutip sebanyak-banyaknya mutiara ilmu yang berada di sekeliling kita. Manfaat kuliah-kuliah dan pengajian yang dianjurkan di Masjid Sultan Azlan Shah, surau Taman Cempaka, Pusat Islam dan PSSI untuk menambah ilmu dan pengalaman sepanjang permukiman kalian di sini.

MEMUGAR BUDAYA ILMU DAN AKHLAK ISLAMIAH

Saya menyeru kepada seluruh warga PSSI agar sentiasa meletakkan matlamat kecemerlangan akademik dan sahsiah berada di tahap yang tertinggi. Kecemerlangan akademik merupakan syiar kepada kecemerlangan persatuan yang kita dokongi. Justeru, menjadi tanggungjawab kita bersama untuk memastikan ahli-ahli PSSI sentiasa mengungguli kecemerlangan dalam bidang akedemik. Pada masa yang sama, akhlak Islam hendaklah menjadi pakaian kita walau di mana kita berada kerana tidak lain dan tidak bukan, kita mencontohi kekasih kita, Nabi Muhammad SAW. Akhlaknya bukan disenangi oleh kawan, malah lawan turut mengakui kemuliaan akhlak Baginda. Teladanilah akhlak Nabi Muhammad SAW dengan menekuni sirah Baginda. 

Siapkanlah sebanyak-banyak bekalan untuk menuju ke suatu pengembaraan yang jauh, iaitu perjalanan menuju akhirat. Dunia hanyalah persinggahan untuk membuat persiapan, mencari bekalan bagi menghadapi penghidupan yang kekal abadi di akhirat kelak. Dunia adalah gelanggang melakukan amal dan segala gerak kerja manakala akhirat sebagai negara menerima balasan.

            Kepada seluruh barisan kepimpinan PSSI yang baru dilantik, takziah ustazah ucapkan. Pikullah amanah kepimpinan ini dengan penuh tanggungjawab dan selalulah bermunajat kepada ALlah SWT supaya diberikan pertolongan dalam setiap urusan dan diberikan rakan-rakan yang setia dalam mengendalikan organisasi PSSI.

Siiru `ala baarakatillah.

Ustazah Norhaslina binti Sulaiman
Penasihat
Persatuan Siswa Siswi Islam
Politeknik Ungku Omar.


Dec 16, 2010

Saudariku, pakailah apa yang sesuai denganmu



Islam adalah ajaran yang sangat sempurna, sampai cara berpakaian pun dibimbing oleh Allah, Zat yang Maha Mengetahui apa yang terbaik bagi diri kita. Boleh jadi sesuatu yang kita sukai, baik itu berupa pakaian atau perhiasan pada hakikatnya adalah jelek menurut Allah. Allah berfirman,
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal itu adalah baik bagimu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal sebenarnya itu buruk bagimu, Allah lah yang Maha Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui."
(Al Baqarah: 216).
Oleh kerana itu marilah kita ikuti bimbingan-Nya dalam segala perkara termasuk mengenai cara berpakaian.
 
Perintah dari Atas Langit
Allah Ta'ala memerintahkan kepada kaum muslimah untuk berjilbab sesuai syari'at. Allah berfirman,
"Wahai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu serta para wanita kaum beriman agar mereka mengulurkan jilbab-jilbab mereka ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu agar mereka mudah dikenali dan tidak diganggu orang. Allah Maha pengampun lagi Maha penyayang."
(Al Ahzab: 59)
 
Ketentuan Pakaian Menurut Syari'at
Berikut ini beberapa ketentuan pakaian syar'i ketika seorang muslimah berada di luar rumah atau berhadapan dengan lelaki yang bukan mahram (bukan 'muhrim') yang bersumber dari Al Qur'an dan As Sunnah yang sahih dengan contoh penyimpangannya, semoga Allah memudahkan kita untuk memahami kebenaran dan mengamalkannya serta memudahkan kita untuk meninggalkan busana yang melanggar ketentuan Robbul 'alamiin.

Pertama
Pakaian muslimah itu harus menutup seluruh badannya kecuali wajah dan kedua telapak tangan (lihat Al Ahzab: 59 dan An Nuur: 31). Selain keduanya seperti leher dan lain-lain, maka tidak boleh dinampakkan walaupun cuma sebesar syiling apalagi kita membukanya. Bahkan sebahagian ulama mewajibkan untuk ditutupi seluruhnya tanpa kecuali.
 
Kedua
Bukan busana perhiasan yang menarik perhatian seperti yang banyak dihiasi dengan corak bunga juga yang warna-warni, atau disertai gambar makhluk bernyawa, apalagi gambarnya lambang parti politik...ini bahkan boleh menimbulkan perpecahan diantara sesama muslimin. Sedarlah wahai kaum muslimin…

Ketiga
Longgar, tidak ketat, tidak nipis dan tidak sempit yang mengakibatkan lekuk-lekuk tubuhnya nampak atau transparent. Dari sini kita mampu menilai apakah baju yang tipis dan ketat yang banyak dikenakan para mahasiswi mahupun makcik-makcik di sekitar kita dan para artis itu sesuai syari'at atau tidak.

Keempat
Tidak memakai wangi-wangian atau perfume kerana dapat menaikkan syahwat lelaki yang mencium keharumannya. Nabi SAW bersabda,
"Jika salah seorang wanita diantara kalian hendak ke masjid, maka janganlah sekali-kali dia memakai wangi-wangian."
(HR. Muslim)

Kalau pergi ke masjid pun dilarang memakai perfume jadi bagaimana lagi para wanita yang pergi ke kampus, ke pasar-pasar bahkan bersesak-sesak dalam bas dengan perfume yang menusuk hidung?! Wallahul musta'an.

Kelima
Tidak menyerupai pakaian lelaki seperti memakai seluar panjang, t-shirt, kemeja dan macam-macam lagi. Rasulullah melaknat lelaki yang menyerupai perempuan dan perempuan yang menyerupai lelaki. (HR. Bukhari)

Keenam
Tidak menyerupai pakaian orang-orang kafir. Nabi sentiasa memerintahkan kita untuk tidak menerima mereka diantaranya dalam masalah pakaian yang menjadi ciri mereka.

Ketujuh
Bukan untuk mencari populariti atau lebih dikenali dengan nama publisiti murahan. Untuk apa antunna mencari populariti wahai saudariku? Apakah antunna ingin terjerumus ke dalam neraka hanya demi populariti? Lihatlah isteri Nabi yang cantik Ibunda 'Aisyah ra yang dengan patuh menutup dirinya dengan jilbab syar'i, bukankah kecerdasannya amat masyhur di kalangan ummat ini? Wallohul muwaffiq.

karya Syaikh Al Albani)


Untuk renungan bersama ...



Selama hampir sembilan tahun menetap di Mekah dan membantu ayah saya menguruskan jemaah haji dan umrah, saya telah melalui pelbagai pengalaman menarik dan pelik. Bagaimanapun, dalam banyak-banyak peristiwa itu, ada satu kejadian yang pasti tidak akan saya lupakan sampai bila-bila.
Ianya berlaku kepada seorang wa nita yang berusia di pertengahan 30-an.Kejadian itu berlaku pada pertengahan 1980-an semasa saya menguruskan satu rombongan haji. Ketika itu umur saya 20 tahun dan masih menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah. Kebetulan ketika itu saya balik ke Mekah sekejap untuk menghabiskan cuti semester.
Saya menetap di Mekah mulai 1981 selepas menamatkan pengajian di Sekolah Agama Gunung Semanggol, Perak. Keluarga saya memang semuanya di Mekah, cuma saya seorang saja tinggaldengan nenek saya di Perak. Walaupun masih muda, saya ditugaskan oleh bapa saya, Haji Nasron untuk menguruskan jemaah haji dan umrah memandangkan saya adalah anak sulung dalam keluarga..
Berbalik kepada cerita tadi, ketibaan wa nita tersebut dan rombongan haji di Lapangan Terbang Jeddah kami sambut dengan sebuah bas. Semuanya nampak riang sebab itulah kali pertama mereka mengerjakan haji.
Sebaik sampai, saya membawa mereka menaiki bas dan dari situ, kami menuju ke Madinah. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar hinggalah kami sampai di Madinah. Tiba di Madinah, semua orang turun dari bas berkenaan. Turunlah mereka seorang demi seorang sehingga tiba kepada giliran wa nita terbabit..
Tapi tanpa apa-apa sebab, sebaik sahaja kakinya mencecahkan bumi Madinah, tiba-tiba wa nita itu tumbang tidak sedarkan diri. Sebagai orang yang dipertanggungjawabk an mengurus jemaahitu, saya pun bergegas menuju ke arah wa nita berkenaan. "Kakak ni sakit," kata saya pada jemaah-jemaah yang lain. Suasana yang tadinya tenang serta merta bertukar menjadi cemas.Semua jemaah nampak panik dengan apa yang sedang berlaku.
"Badan dia panas dan menggigil. Kakak ni tak sedarkan diri, cepat tolong saya...kita bawa dia kehospital," kata saya.Tanpa membuang masa, kami mengangkat wa nita tersebut dan membawanya ke hospital Madinah yang terletak tidak jauh dari situ. Sementara itu, jemaah yang lain dihantar ke tempat penginapan masing-masing.
Sampai di hospital Madinah, wa nita itu masih belum sedarkan diri. Berbagai-bagai usaha dilakukan oleh doktor untuk memulihkannya, namun semuanya gagal. Sehinggalah ke petang,wa nita itu masih lagi koma. Sementara itu, tugas mengendalikan jemaah perlu saya teruskan. Saya terpaksa meninggalkan wa nita tersebut terlantar di hospital berkenaan. Namun dalam kesibukan menguruskan jemaah, saya menghubungi hospital Madinah untuk mengetahui perkembangan wa nita tersebut.
Bagaimanapun, saya diberitahu dia masih tidak sedarkan diri. Selepas dua hari, wa nita itu masih juga tidak sedarkan diri. Saya makin cemas, maklumlah, itu adalah pengalaman pertama saya berhadapan dengan situasi seperti itu. Memandangkan usaha untuk memulihkannya semuanya gagal, maka wa nita itu dihantar ke Hospital Abdul Aziz Jeddah untuk mendapatkan rawatanlanjut sebab pada masa itu hospital di Jeddah lebih lengkap kemudahannya berbanding hospital madinah. Namun usaha untuk memulihkannya masih tidak berhasil.
Jadual haji mesti diteruskan. Kami bertolak pula ke Mekah untuk mengerjakan ibadat haji. Selesai haji, sekali lagi saya pergi ke Jeddah. M alan gnya, bila sampai di Hospital King Abdul Aziz, saya diberitahu oleh doktor bahawa wa nita tersebut masih koma. Bagaimanapun, katadoktor, keadaannya stabil. Melihat keadaannya itu, saya ambil keputusan untuk menunggunya di hospital.
Selepas dua hari menunggu, akhirnya wa nita itu membuka matanya. Dari sudut matanya yang terbuka sedikit itu, dia memandang ke arah saya. Tapi sebaik saja terpandang wajah saya, wa nita tersebut terus memeluk saya dengan erat sambil menangis teresak- esak. Sudah tentu saya terkejut sebab saya ni bukan muhrimnya. Tambahan pula kenapa saja dia tiba-tiba menangis??
Saya bertanya kepada wa nita tersebut, "Kenapa kakak menangis?" "Mazlan... kakak taubat dahLan. Kakak menyesal, kakak takkan buat lagi benda-benda yang tak baik. Kakak bertaubat, betul-betul taubat."
"Kenapa pulak ni kak tiba-tiba saja nak bertaubat?" tanya saya masih terpinga-pinga. Wa nita itu terus menangis teresak-esak tanpa menjawab pertanyaan saya itu. Seketika kemudian dia bersuara, menceritakan kepada saya mengapa dia berkelakuan demikian, cerita yang bagi saya perlu diambil iktibar oleh kita semua. Katanya, "Mazlan, kakak ni sudah berumah tangga, kahwin dengan lelaki orang putih. Tapi kakak silap. Kakak ini cuma Islam pada nama dan keturunan saja. Ibadat satu apa pun kakak tak buat. Kakak tak sembahyang, tak puasa, semua am alan ibadat kakak dan suami kakak tak buat.
Rumah kakak penuh dengan botol arak. Suami kakak tu kakak sepak terajang, kakak pukul-pukul saja," katanya tersedu-sedan.
"Habis yang kakak pergi haji ini?"
"Yalah...kakak tengok orang lain pergi haji, kakak pun teringin juga nak pergi."
"Jadi apa sebab yang kakak menangis sampai macam ni sekali. Ada sesuatu ke yang kakak alami semasa sakit?" tanya saya lagi.
Dengan suara tersekat-sekat, wa nita itu menceritakan, "Mazlan...Allah itu Maha Besar, MahaAgung, Maha Kaya. Semasa koma tu, kakak telah diazab dengan seksaan yang benar-benar pedih atas segala kesilapan yang telah kakak buat selama ini.
"Betul ke kak?" tanya saya, terkejut.
"Betul Mazlan. Semasa koma itu kakak telah ditunjukkan oleh Allah tentang balasan yang Allah beri kepada kakak. Balasan azab Lan, bukan balasan syurga. Kakak rasa seperti diazab di neraka. Kakak ni seumur hidup tak pernah pakai tudung. Sebagai balasan, rambut kakak ditarikdengan bara api. Sakitnya tak boleh nak kakak ceritakan macam mana pedihnya. Menjerit-jerit kakak minta ampun minta maaf kepada Allah."
"Bukan itu saja, buah dada kakak pula diikat dan disepit dengan penyepit yang dibuat daripada bara api, kemudian ditarik ke sana-sini... putus, jatuh ke dalam api neraka. Buah dada kakak rentung terbakar, panasnya bukan main. Kakak menjerit, menangis kesakitan.. Kakak masukkan tangan ke dalam api itu dan kakak ambil buah dada tu balik." tanpa mempedulikan pesakit lain dan jururawat memerhatikannya wa nita itu terus bercerita.
Menurutnya lagi, setiap hari dia diseksa, tanpa henti, 24 jam sehari. Dia tidak diberi peluang langsung untuk berehat atau dilepaskan daripada hukuman sepanjang masa koma itu dilaluinya dengan azab yang amat pedih.
Dengan suara tersekat-sekat, dengan air mata yang makin banyak bercucuran, wanita itu meneruskan ceritanya, "Hari-hari kakak diseksa. Bila rambut kakak ditarik dengan bara api, sakitnya terasa seperti nak tercabut kulit kepala.. Panasnya pula menyebabkan otak kakak terasaseperti menggelegak. Azab itu cukup pedih...pedih yang amat sangat...tak boleh nak diceritakan. "sambil bercerita, wa nita itu terus meraung, menangis teresak-esak. Nyata dia betul-betul menyesal dengan kesilapannya dahulu.
Saya pula terpegun, kaget dan menggigil mendengar ceritanya. Begitu sekali balasan Allah kepada umatnya yang ingkar. "Mazlan...kakak ni nama saja Islam, tapi kakak minum arak, kakak main judidan segala macam dosa besar.
Kerana kakak suka makan dan minum apa yang diharamkan Allah, semasa tidak sedarkan diri itu kakak telah diberi makan buah-buahan yang berduri tajam. Tak ada isi pada buah itu melainkan duri-duri saja. tapi kakak perlu makan buah-buah itu sebab kakak betul-betul lapar. "Bila ditelan saja buah-buah itu, duri-durinya menikam kerongkong kakak dan bila sampai ke perut, ia menikam pula perut kakak.
Sedangkan jari yang tercucuk jarum pun terasa sakitnya, inikan pula duri-duri besar menyucuk kerongkong dan perut kita. Habis saja buah-buah itu kakak makan, kakak diberi pula makan bara-bara api. Bila kakak masukkan saja bara api itu ke dalam mulut, seluruh badan kakak rasa seperti terbakar hangus.
Panasnya cuma Allah saja yang tahu. Api yang ada di dunia ini tidak akan sama dengan kepanasannya. Selepas habis bara api, kakak minta minuman, tapi...kakak dihidangkan puladengan minuman yang dibuat dari nanah. Baunya cukup busuk. Tapi kakak terpaksa minum sebab kakak sangat dahaga.Semua terpaksa kakak lalui...azabnya tak pernah rasa, tak pernah kakak alami sepanjang kakak hidup di dunia ini."
Saya terus mendengar cerita wa nita itu dengan tekun.. Terasa sungguh kebesaran Allah. "Masa diazab itu, kakak merayu mohon kepada Allah supaya berilah kakak nyawa sekali lagi, berilah kakak peluang untuk hidup sekali lagi. Tak berhenti-henti kakak memohon. Kakak kata kakakakan buktikan bahawa kakak tak akan ulangi lagi kesilapan dahulu. Kakak berjanji tak akan ingkar perintah allah akan jadi umat yg soleh. Kakak berjanji kalau kakak dihidupkan semula, kakak akan tampung segala kekurangan dan kesilapan kakak dahulu, kakak akan mengaji,akan sembahyang, akan puasa yang selama ini kakak tinggalkan.. "
Saya termenung mendengar cerita wa nita itu. Benarlah, Allah itu Maha Agung dan Maha Berkuasa.. Kita manusia ini tak akan terlepas daripada balasannya. Kalau baik am alan kita maka baiklah balasan yang akan kita terima, kalau buruk am alan kita, maka azablah kita di akhiratkelak. Alhamdulillah, wa nita itu telah menyaksikan sendiri kebenaran Allah..
"Ini bukan mimpi Mazlan. Kalau mimpi azabnya takkan sampai pedih macam tu sekali. Kakak bertaubat Mazlan, kakak tak akan ulangi lagi kesilapan kakak dahulu. Kakak bertaubat... kakak taubat nasuha," katanya sambil menangis-nangis.
Sejak itu wa nita berkenaan benar-benar berubah. Bila saya membawanya ke Mekah, dia menjadi jemaah yang paling warak. Amal ibadahnya tak henti-henti. Contohnya, kalau wa nita itu pergi ke masjid pada waktu maghrib, dia cuma akan balik ke biliknya semula selepas sembahyang subuh.
"Kakak...yang kakak sembahyang teruk-teruk ni kenapa. Kakak kena jaga juga kesihatan diri kakak. Lepas sembahyang Isyak tu kakak baliklah, makan nasi ke, berehat ke..." tegur saya.
"Tak apalah Mazlan. Kakak ada bawa buah kurma. Bolehlah kakak makan semasa kakak lapar." menurut wa nita itu, sepanjang berada di dalam Masjidil Haram, dia mengqadakan semulasembahyang yang ditinggalkannya dahulu.
Selain itu dia berdoa, mohon kepada Allah supaya mengampunkan dosanya. Saya kasihan melihatkan keadaan wa nita itu, takut kerana ibadah dan tekanan perasaan yang keterlaluan dia akan jatuh sakit pula. Jadi saya menasihatkan supaya tidak beribadat keterlaluan hingga mengabaikan kesihatannya.
"Tak boleh Mazlan.. Kakak takut...kakak dah merasai pedihnya azab tuhan. Mazlan tak rasa, Mazlan tak tau. Kalau Mazlan dah merasai azab itu, Mazlan juga akan jadi macam kakak.Kakak betul- betul bertaubat."
Wa nita itu juga berpesan kepada saya, katanya, "Mazlan, kalau ada perempuan Islam yang tak pakai tudung, Mazlan ingatkanlah pada mereka, pakailah tudung. Cukuplah kakak seorang saja yang merasai seksaan itu, kakak tak mau wanita lain pula jadi macam kakak. Semasa diazab, kakak tengok undang-undang yang Allah beri ialah setiap sehelai rambut wanita Islam yang sengaja diperlihatkan kepada orang lelaki yang bukan muhrimnya, maka dia diberikan satu dosa. Kalau 10 orang lelaki bukan muhrim tengok sehelai rambut kakak ini, bermakna kakak mendapat 10 dosa."
"Tapi Mazlan, rambut kakak ini banyak jumlahnya, beribu-ribu. Kalau seorang tengok rambut kakak, ini bermakna beribu-ribu dosa yang kakak dapat. Kalau 10 orang tengok, macam mana? Kalau 100 orang tengok? Itu sehari, kalau hari-hari kita tak pakai tudung macam kakak ni??? Allah..."
"Kakak ber azam , balik saja dari haji ini, kakak akan minta tolong dari ustaz supaya ajar suami akak sembahyang, puasa, mengaji, buat ibadat. Kakak nak ajak suami pergi haji. Seperti mana kakak, suami kakak tu Islam pada nama saja. Tapi itu semua kesilapan kakak. Kakak sudahbawa dia masuk Islam, tapi kakak tak bimbing dia. Bukan itu saja, kakak pula yang jadi seperti orang bukan Islam."
Sejak balik dari haji itu, saya tak dengar lagi apa-apa cerita tentang wa nita tersebut. Bagaimanapun, saya percaya dia sudah menjadi wa nita yang benar-benar solehah. Adakah diaberbohong kepada saya tentang ceritanya diazab semasa koma? Tidak. Saya percaya dia bercakap benar. Jika dia berbohong, kenapa dia berubah dan bertaubat nasuha?
Satu lagi, cubalah bandingkan azab yang diterimanya itu dengan azab yang digambarkan oleh Allah dan Nabi dalam Al-Quran dan hadis. Adakah ia bercanggah? Benar, apa yang berlaku itu memang kita tidak dapat membuktikannya secara saintifik, tapi bukankah soal dosa dan pahala,syurga dan neraka itu perkara ghaib? Janganlah bila kita sudah meninggal dunia, bila kita sudahdiazab barulah kita mahu percaya bahawa "Oh... memang betul apa yang Allah dan Rasul katakan. Aku menyesal.... . " itu dah terlambat.