Posts

Showing posts from August, 2010

Kemerdekaan ke-53

Image
     MERDEKA!! MERDEKA!! MERDEKA!! Kini, sudah hampir 53 tahun berlalu. Kemerdekaan yang dicapai menghasilkan kemajuan kepada rakyat Malaysia. Namun, sebagai umat Islam, kita sewajarnya memikirkan sejenak, apakah selama 53 tahun sejak merdekanya bumi Malaysia daripada penjajahan, rakyatnya terutama umat Islam turut merdeka dari sudut tuntutan Islam? Sebagai seorang Muslim, adakah kita sudah merdeka dalam erti kata yang sebenarnya? Atau apakah kita masih terjajah lagi dengan ‘penjajahan bentuk moden’ iaitu penjajahan pemikiran barat yang merosakkan serta penjajahan budaya ‘hedonisme’(gaya hidup yang mengejar keseronokan semata-mata) yang menghancurkan? FIKIRKAN... “ MARI REFRESH DIRI KITA ” 1-        Merdekakah kita dari cengkaman nafs u jahat dan hasutan syaitan ? 2-        Merdekakah kita daripada sifat tercela ? 3-        Merdekakah kita dari fahaman Islam yang songsang ? 4-        Merdekakah kita daripada dunia dan harta benda ? 5-        Merdekakah kita dari kezaliman ?

KOSMO-Pelajar diculik lelaki bertelekung

Image
Oleh AHMAD SYAKIR SAZILI syakir.sazili@kosmo.com.my Inilah rumah sewa pelajar perempuan di Taman Chempaka, Ipoh yang diceroboh lelaki bertelekung putih semalam. IPOH – Seorang pelajar sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) semalam trauma selepas menjadi mangsa culik selama sejam oleh seorang lelaki bertelekung putih dalam satu kejadian di Taman Chempaka di sini. Dalam kejadian pada pukul 7.10 pagi itu, mangsa yang berusia 19 tahun dikatakan terpaksa mengikut kehendak lelaki terbabit selepas rumah teres dua tingkat yang didiaminya bersama tujuh rakan perempuan diceroboh oleh lelaki bertelekung itu. Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Supritendan Ibrahim Abu Bakar berkata, sebelum kejadian tersebut tiga pelajar berada di tingkat bawah mengulangkaji pelajaran manakala lima lagi pelajar berada di dua bilik lain di tingkat atas. “Tiba-tiba lelaki berseluar dan bertelekung putih yang hanya nampak mata masuk ke ruang tamu lalu mengambil sebilah pisau di dapur. “Lelaki itu ke

Nuzul Quran

Image
Salam Nuzul Quran dari Kami  Barisan Kepimpinan PSSI Julai 2010 Nuzul Quran Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga  seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘ Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah.  ‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’ . Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah: Dan tidak seekor pu

Bazar Ramadhan Di Sekolah Agama Izzudin

Image
Jom beli buku adik2..tingkatkan ilmu dgn bacaan ilmiah Lihatlah kepakaran muslimat memasak (~,^) Alhamdulillah..jualan mendapat sambutan Sabar ye dik..semua akan dapat tempahan masing2 =) Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu makan (gunakan) harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu, dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu”.  (Surah an-Nisa’ : 29) Sape2 yg ingin berniaga..peganglah pada kata2 ni  Kalau antum nak berniaga, antum mesti dapatkan ilmunya, dan berguru dari orangnya. Tapi kalau sekadar nak menjual, juallah apa sahaja yang antum boleh jual.  Dan bukanlah satu kejutan, kalau bisnes antum tak berkembang maju. Kerana, walaupun produknya sama, tapi berbeza pada ILMUNYA...jangan kecewa,jatuh naiknya dalam perniagaan mengajar kita erti perjuangan,inilah ujian dariNya..bawalah

Renungan Ramadhan

Assalamualaikum Wbt.. Renungan untuk sahabat2, Ramadhan Al-Mubarak! Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan..... Do’a Malaikat Jibril: “Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut: 1) Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada); 2) Tidak bermaafan terlebih dahulu antara suami isteri; 3) Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya. Maka Rasulullah pun mengatakan amin sebanyak 3 kali.  Dapat kita bayangkan, yang berdoa adalah Malaikat dan yang mengaminkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat. Tanpa Disedari 11 bulan banyak kata sudah diucapkan dan dilontarkan tak semua menyejukkan, 11 bulan banyak perilaku yang sudah dibuat dan diciptakan tak semua menyenangkan, 11 bulan banyak keluhan, kebencian, kebohongan menjadi sebahagian dari diri, saatnya istirehat dalam “perjalanan dunia” saatnya membersihkan jiwa

RAMADHAN BERTANDANG LAGI...

Image
SILA KLIK UNTUK BESARKAN   UNTUK PAPARAN LEBIH JELAS SILA KLIK Ate apa tunggu lagi,.Mohlah kita pakat-pakat buat amal jariah banyak-banyak ('',)

Hari bersatu Hati Meriah!!

Image
  Bergambar kenangan sebelum pulang bersama ustazah Haslina(penasihat pssi) Ukhuwah itu indah jika semuanya kerana ALLAH ~Jawatankuasa Persatuan Siswa siswi ISLAM PoU~ kami penyambung rantai-rantai perjuangan Rasul saw Firman ALLAH swt :                                 "Sesungguhnya setiap orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka perbaikilah hubungan sesama saudara kamu"                                   "...dan hendaklah kamu semua berpegang kepada tali ALLAH dan janganlah kamu berpecah belah" Sabda Rasullah saw :                                  "Seorang bagi mukmin lain seperti bangunan yang sebahagiannya memperkuatkan sebahagian yang lain"                                  "Orang muslim itu adalah bersaudara bagi muslim yang lain, ia tidak menzaliminya dan tidak menyukainya dan tidak juga menbiarkan"                                  "Perbandingan orang-orang beriman dan kasih sayang mereka, belas kasihan sesama mereka d

Akademi Ramadhan

Image
  ▂ ▃ ▅ ▆ █ AYUH TINGKATKAN IMAN !! (^,^) █ ▆ ▅ ▃ ▂