Become our Fan

Feb 23, 2011

Dari ruangan blog Mahasiswa Perak

Surat Pembaca : Kami Mahukan PRK yang Matang Pada Musim Depan

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang saya hormati sekalian. Saya mewakili suara cakna mahasiswa Politeknik Ungku Omar  sangat tertarik untuk meluahkan isi hati yang terbuku lama dihati buat para pembaca untuk sama-sama  renungkan dan bersimpati pada kami.
“Jawatankuasa Perwakilan Pelajar”,yang lebih mesra dengan panggilan JPP.Siapa yang tidak tahu dan  tidak kenal dengan pertubuhan organisasi ini yang merupakan satu organisasi yang besar di dalam kampus Politeknik Premier Ungku Omar.Bukan hanya didalam kampus,bahkan diluar juga ia dikenali ramai oleh institusi-institusi pengajian yang lain.Demikianlah saudara dan saudari,bertapa hebatnya pertubuhan organisasi ini kepada Politeknik sendiri.Adakah kehebatannya menyeluruh kepada semua aspek atau ia hanya sekadar nama gah diperkatakan?

Feb 22, 2011

MOH LA KITA


Jabatan Pengajian Awam mengadakan Program Mahrajan Maulidur Rasul.Berikut adalah maklumat berkaitan program tersebut :

Tarikh : 22 Februari 2011
Tempat : Dewan Jubli Perak PUO
Anjuran : Unit Agama & Moral JPA
Aktiviti :
              Seminar Maulidur Rasul
              Masa : 8.00 pagi
              Tempat : Dewan Jubli Perak

Feb 8, 2011

Valentine's Day

Posted Image

Tarikh 14hb Februari merupakan hari yang dianggap keramat oleh pasangan-pasangan yang sedang berkasih. Hari yang dikenali sebagai Valentine's Day atau Hari Memperingati Kekasih dianggap sebagai satu masa untuk mengisytiharkan ketulusan cinta kepada pasangan masing-masing. Maka pada 14hb Februari pasangan-pasangan kekasih ini akan memakai pakaian-pakaian yang terbaik dan sebaiknya hendaklah ia berwarna merah, bertukar-tukar hadiah dan seeloknya adalah bunga ros berwarna merah. Pasangan-pasangan kekasih ini juga akan bercanda di merata-rata tempat sehingga terjadilah adengan-adengan maksiat yang bertentangan dengan syarak demi untuk membuktikan kasih dan sayang mereka yang tidak ternilai harganya. Saban tahun juga para ulamak mengingatkan kepada umat Islam agar menghindari menyambut Hari Valentine ini namun ianya seperti menuang air ke daun keladi. Oleh itu penulis melihat begitu pentingnya untuk mengupas sejarah sambutan Hari Valentine ini agar ianya dapat menyedarkan muda-mudi kita yang hanyut di lautan cinta bahawa ianya adalah sambutan yang berkaitan dengan agama Rom Kuno dan juga Kristian. Hari Valentine tidak ada kena-mengena dengan umat Islam malah hukum menyambutnya adalah haram.

Feb 7, 2011

Rahsia yang perlu dijaga...


Malam pasangannya siang,
Jaga pasangannya tidur,
Rajin pasangannya malas,
Dan lelaki pasangannya perempuan

Kerana perempuan adalah
pasangan kepada lelaki,
maka Allah telah menciptakan bentuk
badan wanita
itu dapat memikat hati lelaki.
Bila berkata tentang terpikat,
maka ia ada hubung kait dengan nafsu.
Jika ia ada hubungkait dengan nafsu,
ianya ada hubungan pula dengan
bisikan syaitan.