Posts

Showing posts from March, 2008

PSSIPUO Rebranding

Image
Laman web PSSIPUO Rebranding!! Tahniah diucapkan kepada admin web pssipuo yang berusaha untuk mewujudkan semula web ini. Lawati sekarang!! pssipuo.com

Sekalung Tahniah.

Tahniah!! PSSIPUO ucapkan amnya kepada semua pelajar yang menerima pentauliahan di Konvokesyen PUO kali ke-37 khasnya kepada semua bekas AJK Kamsis dan PSSI. RUROL AZHAR BIN ARIFIN (JKP) IZWAN HAKIM BIN KAMARUZZAMAN (JTMK) NURUL HUDA BINTI ZAINAL ABIDIN (JTMK) RABIATUL ADAWIYAH BINTI ADNAN (JTMK) IZWAN BIN SHAWALDIN (JKM) HAFIZ BIN MD ESA (JKM) MUHAMAD SYAFIQ B IN SUHAIMI (JKM) MOHD FAZDIL BIN SHARANI (JKM) NUR AZHANI BINTI MD WAZIR (JKA) MUHAMAD ZAHIR BIN HALIM (JKA) NOOR AMINAH BINTI HASHIM (JKA) MARYAM JAMILAH BT HAIRAI (JKE) NOR HAFIZAH BINTI ABDUL RAHIM (JKE) RUZAIMI BIN ZAKARIA (JKE) ZAYYINAH BINTI GHAZALI (JP) SITI SAMSURI BINTI NORDIN (JP) Kejayaan antum Kebanggaan kami di PUO!!.

APA HALNYA PELAJAR PUO!!

Penuh sesak!!! Itulah suasana yang berlaku di Dewan Kuliah Awam semalam (26 Mac 08 ) apabila semua pelajar PUO yang tinggal di Taman Cempaka di panggil oleh pegawai HHP.. Pada awal peracangannya, perjumpaan itu hendak dibuat di Dewan Sri Kinta,tetapi disebabkan dewan tersebut digunakan oleh pelajar JP untuk peperiksaan, maka perjumpaan tersebut terpaksa di jalankan di Dewan Kuliah. Kenapa?? Apa halnya pelajar ini di panggil?? Memang terbukti majoriti pelajar PUO menetap di Tmn Cempaka atau lebih glamour dengan panggilan TC, mereka kebanyakkannya Sem 2- Sem 6 yang boleh digelar senior atau otai student PUO. Tapi perangai tidak menggambarkan seorang senior atau pelajar yang berintelektual. Atas dasar inilah pelajar yang tinggal di TC di panggil oleh pihak atasan PUO. Pihak pentadbiran sebenarnya sudah menerima banyak aduan berkaitan perilaku pelajar yang menyewa di luar. Bukan TC sahaja malahan di Pekan Razaki dan kawasan Ampang cuma TC memegang carta paling atas kerana setiap semester

FIKIR DULU SEBELUM MATI

Seperti biasa, setiap pagi Selasa dewan kuliah di ICT akan dipenuhi oleh semua pelajar sem6 yang hadir ke kelas projek. Seorang pensyarah berada di depan dewan membuat persiapan untuk menayangkan 'slide' kuliahnya kpd pelajar. Tajuknya berkaitan Multimedia. Di pendekkan cerita, di penghujung waktu kuliah , pensyarah tersebut memainkan satu video. FIKIR DULU SEBELUM MATI . Wah!! tajuk yang cukup menarik minat. Bagaimana critanya? Bermula dengan sepasang suami isteri (mungkinlah kot), sedang menaiki motosikal. Kiri dan kanan jalan ialah kawasan padi. Si suami menunggang dengan lajunya. Disebabkan tidak sabar, si suami memotong sebuah lori pick up. Tiba-tiba.. Muncul sebuah lori besar di hadapannya. Pasangan tersebut pun menjerit STOP!!!.. Semua menjadi pegun(tidak bergerak). Kini video itu hanya memaparkan pasangan tersebut sahaja yang bergerak. Pasangan tersebut pun turun dari motosikalnya. Si isteri mula bersuara dalam bahasa thailand. “Haa! Apa tunggu lagi, fikirkanlah macam
Image
Kami pihak PSSIPUO menyampaikan Salam Maulidur Rasul kepada semua pengunjung. Apakah dengan kedatangan maulid tahun ini memberikan impak pada diri kita? Atau masih hanya sekadar menjadi satu sambutan biasa yang disambut setiap tahun? Jangan jadikan ini sebagai satu budaya yang mana perlu disambut setiap tahun, merasa janggal pula jika tidak disambut. Renungkanlah ke dalam diri, ini bukan hanya sekadar satu sambutan perayaan!!

KESEMPURNAAN DIRI MUSLIM

Daripada Sayyidina Khalid bin AI-Walid Radiallahu'anhu telah berkata : Telah datang seorang arab desa kepada Rasul­ullah S.A.W yang mana dia telah meny­atakan tujuannya : Wahai Rasulullah! Sesungguhnya kedatangan aku ini adalah untuk bertanya engkau mengenai apa yang akan menyempumakan diriku di dunia dan akhirat. Maka baginda S.A.W telah berkata kepadanya:Tanyalah apa yang engkau kehendaki : Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang alim. Baginda S.A.W menjawab : Takutlah kepada Allah maka engkau akan jadi orang yang alim. Dia berkata : Aku mahu menjadi orang paling kaya, Baginda S.A.W menjawab : Jadilah orang yang yakin pada diri maka engkau akan jadi orang paling kaya. Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang adil. Baginda S.A.W menjawab : Kasihanilah manusia yang lain sebagaimana engkau kasih pada diri sendiri maka jadilah en­gkau seadil-adil manusia. Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang paling baik. Baginda S.A.W menjawab : Jadilah orang yang berguna kepada masyara

MEMBINA UMAT CEMERLANG

Mempertingkatkan iman dan tagwa kepada Allah swt. di setiap waktu dengan melakukan suruhan dan meninggalkan segala laranganNya merupakan tuntutan yang mesti dijadikan rutin kehidupan setiap kita. Satu perkara yang dituntut oleh Islam ialah menjadi umat yang cemerlang dan terpuji dalam semua segi. Umat Islam yang cemerlang adalah mereka yang mengguna dan mengambil syariat Islam sepenuhnya, sentiasa meningkatkan kualiti akhlak, sentiasa berusaha meningkatkan keimanan dan bersungguh-sungguh untuk mencapai tahap gemilang dalam apa jua bidang. Setiap kali kita hendak mendirikan solat, kita diseru supaya mencapai kecemerlangan dunia dan akirat. Seruan itu terkandung di dalam kalimah azan yang bermaksud "Marilah menuju kejayaan atau kecemerlangan". Kecemerlangan di dunia bererti kita mendapat apa yang dicita-citakan. Mencapai taraf hidup yang selesa, bahagia dan aman. Cemerlang di akhirat pula ialah mendapat kebahagian di syurga dan terhindar dari

Buat Teman

Teman...dalam hidup ini, seketika lihat..renung...tengok.. seketika teliti...hayati...amali...nikmat... syukuri.. seketika pilih...kutip...himpun... seketika ambil...simpan...guna...manfaat. seketika bercahaya...seketika suram, seketika tiada seketika tak penah ada.... ketika buta , bahwa kita tak kan pernah melihat... ketika bodoh , bahwa kita tak kan pernah mengerti .... ketika terasing , bahwa kita tak kan pernah mengenal ... ketika terlena , bahwa kita tak kan pernah sadar .... bersyukurlah yang pernah melihat , yang pernah mengerti , yang pernah mengenal , yang pernah sadar ..... Hanya Allah jualah yang maha luas ampunannya.... bukankah tak sama antara yg berfikir dan yang tidak... semoga kita sama2 diberi hidayah oleh Allah... dilapangkan sgala urusan... tetap senyum slalu di hati dan dimata kerana takdirmu akan tersenyum... Di dalam kesulitan ada kemudahan...Di dalam kesedihan pasti ada kebahagiaan..... posted by : dizacute87@yahoo.com

I'M A MUSLIM FIRST

I'm a Muslim first I love peace Not am I an extremist What more a terrorist I’m a Muslim first I love my hijab I feel free wearing it on For certain I’m a liberate woman Muslim women love their hijab! I’m a Muslim first I do obsess with this deen I’m crazy about the only God My deen is Islam The One and only God is Allah I’m a Muslim first I was destined to choose Islam as my way of life (alhamdulillah) So will be my death (bi idznillah) I’ll do whatever God ask me to As I have craving for Allah’s love I’m a Muslim first Hard enough to the best of my ability Will I love and fulfill my responsibility Devoting more time spreading the word of Islam Carry out all my duties without fail (as I wish!) For I will not ashamed To declare myself as a practising Muslim Though I’ve made a lot of mistakes throughout my life Always give me another chance to make it right

RASULULLAH S.A.W. DAN PENGEMIS YAHUDI BUTA

Di sudut pasar Madinah Al-Munawarahseorang pengemis Yahudi buta hari demihari apabila ada orang yang mendekatinyaia selalu berkata "Wahai saudarakujangan dekati Muhammad, dia itu oranggila, dia itu pembohong, dia itu tukangsihir, apabila kalian mendekatinyakalian akan dipengaruhinya". Setiap pagiRasulullah SAW mendatanginya denganmembawa makanan, dan tanpa berkatasepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapimakanan yang dibawanya kepada pengemisitu walaupun pengemis itu selaluberpesan agar tidak mendekati orang yangbernama Muhammad. Rasulullah SAWmelakukannya hingga menjelang Beliau SAWwafat. Setelah kewafatan Rasulullahtidak ada lagi orang yang membawakanmakanan setiap pagi kepada pengemisYahudi buta itu. Suatu hari Abubakar r.a berkunjung kerumah anaknya Aisyah r.ha. Beliaubertanya kepada anaknya, "anakku adakahsunnah kekasihku yang belum akukerjakan", Aisyah r.ha menjawabpertanyaan ayahnya, "Wahai ayah engkauadalah seorang ahli sunnah hampir tidakada satu sunnah

AL-BANNA KEDUA

Oleh : IBNU ISMAIL Rencana khas sempena ulangtahun ke 53 pemergian As Syahid Hasan Al Banna (12/2/2002) Tanggal 12 Februari 1949 telah meninggalkan sejarah hitam bagi gerakan Islam seluruhnya. Dunia kehilangan seorang ulama' ulung yang mempelopori gerkn mengemblikan Islam ke puncak kegemilangannya. As Syahid Hassan Al Banna belum sempat melihat Islam didaulatkan kembali setelah kejatuhan khilafah Othmaniyyah, tetapi beliau telah menang dalam pertarungan mendapatkan syahid. Pemergian beliau bukan secara kebetulan, tetapi ia merupakan pembunuhan kejam yang terhasil daripada perancangan musuh-musuh Islam yang berselindung di belakang Raja Faroq. Dua bulan sebelum kejadian, gerakan Islam yang diasaskan oleh As Syahid Hasan Al Banna telah diharamkan oleh kerajaan Mesir. Kesemua cawangannya di sana yang berjumlah lebih daripada 3,000 diarahkan supaya dibubarkan dan sekiranya masih beroperasi akan dikira sebagai pertubuhan haram, pelampau dan pengganas. Bukanlah suatu yang baharu bagi pem

Bisikan Malam

Bisikan Malam Bila ku didatangi malam Gelora perasaan mencengkam dijiwa Masihkah ada lagi Dayaku menghindar dari kealpaan Diterjah berbagai persoalan Dihujani air mata penyesalan Bisakah terhapus semua Segala dosa noda yang bertakhta Terangi jalan hidupku Dengan cahaya kasih Mu Pimpinlah daku dengan hidayah Mu Tuhanku.. Dimalam syahdu ku merayu Ampunilah segala dosaku yang lalu Sujud ku mendambakan keredhaan Mu Tempatkan daku di dalam rahmat Mu Tuhanku.. Usah Kau biarkan diri ku Hanyut terleka, di jiwa dunia membelenggu Dan aku sesungguhnya pasrah pada Mu Hidup matiku hanyalah untuk Mu Ya Allah tunjukkan jalan kebenaran Suburkan jiwa ku dengan keimanan Hanya pada Mu Oh Tuhan Ku sandarkan harapan

Remaja

"Jika ingin melihat kekuatan sesebuah Negara, lihatlah keadaan remajanya sekarang.". Inilah kata-kata Agung Saidina Umar AL-Khatab. So? Macam mana dengan keadaan remaja islam di Negara kita, Malaysia?? Sekarang kalau kita keluar ke masyarakat..kita dapat lihat bermacam-macam gejala sosial dan maksiat yang berlaku. Yang lebih teruk..rata-ratanya berlaku di kalangan umat Islam kita ini sendiri. Maksiat dilakukan terang-terangan,tanpa segan silu, malah sebahagiannya berbangga dengan apa yang mereka lakukan. Langsung tidak berasa salah dengan apa yang dilakukan. Sekarang maksiat berleluasa. Sana-sini terdapat lelaki perempuan yang berkepit, berjalan-jalan di kompleks membeli-belah laksana suami isteri bahkan lebih dari itu. Yang berzina juga tidak kurangnya. Kelahiran anak luar nikah semakin banyak dan tidak terkawal. Kebanyakkan Umat Islam rata-ratanya bukan tidak tahu tentang pahala dan dosa. Mereka tahu tetapi buat-buat tak tahu kerana ingin melakukan apa yang disukai oleh haw

Pesona Dunia

Indah dunia yang mempersona Bagai dian terang menyala Hingga terlupakan padam akhirnya Dunia ini hanya pinjaman Untuk menguji keimanan Akhirat nanti yang menentukan Balasan syurga ataupun neraka Mengapakah dunia yang dikejari Sedangkan ia kan ditinggal pergi Apalah gunanya harta disisi Tika jasad terkubur terkaku mati Bayangkanlah jika di dunia ini Bekalan terhenti mudah dicari Bagaimana pula di sana nanti Tanpa bekal pahala kita yang rugi Bersyukurlah sentiasa Dengan apa yang ada Adakala harta dunia Belum tentu membantu kita Jadi bebanan dan menyusahkan Bersyukur sentiasa dengan apa yang ada Kump: Inteam /*Hayatilah tiap bait kata2 dari lagu ini..dunia hanya sebagai jmbtan mghubungkan kita ke dunia abadi ..so, jgn kita mudh tleka dgn semua yg kta miliki..

Salam Perkenalan

Blog ini di 'create' untuk menggantikan laman web Komuniti PSSIPUO yang mempunyai sedikit masalah. Diharap sahabat/h,rakan2 dan pengunjung setia kepada laman web PSSIPUO masih memberikan sokongan kepada blog ini..