Become our Fan

Jul 27, 2010

Hubaya-Hubayalah Dengan Solatmu.





“Wahai yang empunya diri ,sudahkan selesai mendirikan solat” 
“Sudah ,alhamdulillah.” 
“Apakah kamu telah berniat dan mengangkat takbir ketika memulakan solatmu?” 
“Ya”. 
“Apakah ketika kamu memasang niat dan mengangkat takbir itu ,kamu rasakan ia mungkin solatmu yang terakhir , kerana mati boleh menjemputmu bila-bila masa?” 
“Tidak” 
“Adakah ketika lidahmu menyebut Allahuakbar ,hatimu turut membesarkan Allah?” 
“Tidak….” 
“Kalau begitu ,kamu tidak benar-benar berniat dan mengangkat takbir .” 
“…” 
“Ketika lidahmu melafazkan doa iftitah , adakah hatimu mengiakan bahawa hidup dan matimu hanya untuk Allah yang Esa?” 
“Tidak” 
“Ketika surah al-fatihah kamu baca ,adakah hatimu bersyukur kepada Allah ,Tuhan yg kamu sembah dan tempat kamu meminta pertolongan , lantas kamu memohon di beri petunjuk ke jalan yang diredhai -Nya dan dijauhkan dari jalan yang sesaat lagi di murkaiNya?” 
“Tidak..” 
“Kalau begitu ,kamu sebenarnya tidak membaca apa-apaa dalam solatmu.” 
“…” 
“Adakah kamu menyempurnakan rukuk dan sujud serta menjga pergerakanmu agar tidak mendahului iman ?” 
“Ya” 
“Dan ketika rukuk dan sujud itu adakah hatimu tunduk dengan penuh rasa hina diri ke hadrat Allah dan benar-benar merasakan kebesaran-Nya dan kamu merasakan Allah itu melihatmu dan menilai solatmu yg sedang kamu kerjakan?” 
“Tidak” 
“Kalau begitu ,kamu sebenarnya tidak rukuk dan sujud .” 
“…” 
“Dalam solatmu ,adakah kamu berniat mendekatkan diri kepada Allah dengan mengerjakan suatu amal juga kebajikan yg paling utama?” 
“Tidak” 
“Dan ketika kamu akhiri solatmu dengan ucapan salam ,adakah hatimu merasa takut kalau-kalau solatmu yang baru kamu kerjakan itu tidak di terima oleh Allah lalu amalan itu di lemparkan kembali ke mukamu , di samping berharap agar Dia mahu menilaisolatmu sebagai pengabdian darimu?” 
“Tidak..” 
“Kalau begitu ,kamu sebenarnya tidak mendirikan solat -tidak mengingati dan mendekatkan dirimu dengan Allah melalui solatmu.Hubaya-hubayahlah kerana Allah telah berfirman : ‘Neraka wail bagi orang yang solat ,yang mereka lalai dalam solatnya.’(surah Al-Maun:4-5) 
“Astaghfirullahal azim…Ya Allah ,berikan aku kekuatan utk memperbaiki solatku dan menjadikannya wadah utk bertambah dekat dan hampir dengan-Mu.” 

Dipetik dari majalah anis julai 2002 (monolog) 
Rasulullah saw bersabda yang bermaksud, 
‘Berapa ramai orang yang mendirikan solat , tetapi yang di perolehinya hanya penat dan letih ,kerana mereka itu lalai dalam sembahyangnya’ 
Hadis tersebut menerangkan betapa banyak sembahyang yang di dirikan oleh seseorang itu tapi malangnya ia tidak memperolehi pahala melalui sembahyangnya itu .Sebaliknya oleh kerana lalai ketika sembahyang maka Allah swt menjanjikan balasan api neraka pula kepadanya. 
Firman Allah yang bermaksud 
“Maka kecelakaanlah bagi orang -orang solat, iaitu orang-orang yang lalai dari solatnya” 
wallahualam. 

Jul 22, 2010

ANTARA KEISTEMEWAAN DAN KELEBIHAN RAMADHAN


Firman Allah Taala bermaksud:
Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.
(Surah al-Baqarah: ayat 183).


Pintu Syurga Dibuka Dan Pintu Neraka Ditutup.
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Apabila datangnya Ramadhan maka dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka dan dirantaikan syaitan-syaitan.
(Riwayat Bukhari dan Muslim).

Hanya Orang Yang Berpuasa Dapat Memasuki Pintu Syurga ar-Rayyan.
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Sesungguhnya di dalam syurga ada satu pintu yang dinamakan ar-Rayyan. Orang-orang yang berpuasa sahaja memasukinya manakala orang-orang lain selain mereka tidak dibenarkan.
(Riwayat Bukhari dan Muslim).

Orang Berpuasa Bergembira Ketika Bertemu Allah Taala dan Berbuka.
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Bagi orang yang berpuasa itu merasai dua kegembiraan iaitu apabila berbuka puasa dia gembira dengan berbuka puasanya dan apabila dia bertemu dengan Tuhannya dia gembira dengan ibadat puasanya.
(Riwayat Bukhari dan Muslim).

Bau Mulut Orang Yang Berpuasa Lebih Wangi Dari Kasturi.
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Demi Allah yang Muhammad berada di dalam genggamannya bahawasanya bau mulut orang-orang yang berpuasa itu lebih harum baunya di sisi Allah daripada bauan kasturi.
(Riwayat Bukhari dan Muslim).

Diturunkan al-Quran al-Karim.
Firman Allah Taala bermaksud:
Bulan Ramadhan yang padanya diturunkan (permulaan) al-Quran sebagai petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan perbezaan (menjelaskan di antara yang benar dan yang salah).
(Surah al-Baqarah: ayat 185).

Amalan Puasa Dinisbahkan Khusus Kepada Allah Taala.
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Allah Taala berfirman: Setiap amalan anak Adam adalah untuknya melainkan puasa. Ia adalah untukKu dan Akulah yang akan membalasnya.
(Riwayat Bukhari dan Muslim).

Malam Lailatul Qadar.
Firman Allah Taala bermaksud:
Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam kemuliaan (Lailatul Qadar). Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar.
(Surah al-Qadr: ayat 1 hingga 5).

ANTARA PERISTIWA PADA BULAN RAMADHAN (BULAN KEMENANGAN)

Peperangan Badar al-Kubra.
Pererangan ini berlaku pada 17 Ramadhan tahun kedua Hijrah.

Pembukaan Makkah.
Berlaku pada 21 Ramadhan tahun kelapan Hijrah.

Peperangan al-Qadisiyah.
Berlaku pada tahun 14 Hijrah.

Pembukaan Andalusia.
Berlaku pada tahun 92 Hijrah.

Peperangan Hittin.
Berlaku pada tahun 583 Hijrah.

Kekalahan Tentera Tartar.
Berlaku pada 25 Ramadhan tahun 658 Hijrah.

Kekalahan Israel.
Berlaku pada 10 Ramadhan tahun 1393 Hijrah.
KEKUATAN RAMADHAN MENGHADAPI SYAITAN
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Apabila datangnya Ramadhan maka dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka dan dirantaikan syaitan-syaitan.
(Riwayat Bukhari dan Muslim).

Syaitan merupakan musuh tradisi kepada anak Adam. Permusuhan ini bermula sejak dari penciptaan Nabi Adam A.S. sehinggalah ke hari qiamat. Janganlah sesekali anak Adam tunduk mengabdikan diri kepada tuntutan syaitan yang akan terus-menerus menyesatkan manusia.

Firman Allah Taala bermaksud:
Bukankah Aku telah memerintahkan kepadamu hai anak Adam supaya kamu tidak menyembah syaitan? Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu. Dan hendaklah kamu menyembahKu inilah jalan yang lurus.
(Surah Yasin: ayat 60 dan 61).

Firman Allah Taala bermaksud:
Syaitan menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan sedangjan Allah menjanjikan untukmu keampunan daripadaNya dan kurnia. Dan Allah Maha Luas lagi Maha Mengetahui.
(Surah al-Baqarah: ayat 268).

Di antara peranan syaitan ke atas anak Adam ialah:
01. Berusaha mengkufurkan orang mukmin.
02. Bersifat gopoh.
03. Mengikut hawa nafsu.
04. Hasad dengki.
05. Takabbur.
06. Menghapuskan rasa takut dan ingatan manusia kepada Allah Taala.

Firman Allah Taala bermaksud:
Syaitan telah menguasai mereka lalu menjadikan mereka lupa mengingati Allah mereka itulah golongan syaitan. Ketahuilah bahawa sesungguhnya golongan syaitan itulah golongan yang merugikan.
(Surah al-Mujaadilah: ayat 19).

Amalan-amalan Sunat Di Bulan Syaaban


Hadith :
Dari Aisyah r.a katanya:”Rasulullah SAW sering berpuasa sehingga kami mengira bahawa baginda akan berpuasa seterusnya. Dan baginda sering berbuka sehingga kami mengira beliau akan berbuka terus. Dan aku tidak pernah melihat baginda berpuasa terus sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadhan. Dan aku juga tidak pernah melihat baginda berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak daripada puasanya di bulan Syaaban.”
 
(al-Bukhari)



        Syaaban ertinya berpecah atau bercerai-berai. Ia dinamakan demikian kerana orang-orang Arab pada bulan tersebut akan berhijrah ke mana-mana tempat untuk mencari air sehingga ke gua-gua dan sebagainya. Pendapat lain pula mengatakan, sebab diertikan demikian adalah sebagai tanda pemisah iaitu memisahkan di antara bulan Rejab dan Ramadhan.
       Dari berbagai keterangan ini, yang dapat disimpulkan bagi pengertian bulan Syaaban itu ialah bulan Syaaban adalah masa untuk manusia berebut-rebut mengejar kebajikan sebanyak mungkin sebagai latihan dan persediaan untuk memasuki bulan Ramadhan.
      Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam celaan dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.
      Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah :
i. Memperbanyakkan puasa sunat. Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : "Sesiapa yang berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."
ii. Memperbanyak doa, zikir dan membaca selawat kepada Rasulullah SAW. Sabda Rasulullah SAW : "Sesiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)
iii. Bertaubat
iv. Meraikan malam 15 Syaaban atau lebih dikenali sebagai malam Nisfu Syaaban di mana sunat ia dihidupkan dengan membaca zikir dan Al Quran kerana malam tersebut adalah malam yang amat mustajab dan penuh rahmat. 


  

Jul 10, 2010

UkhtiFillah


Ukhtifillah..

(Surat Terbuka Seorang Ikhwan untuk Seluruh
Akhwat di Dunia)


Ukhtifillah,

 
Mungkin aku memang tak romantis tapi siapa
peduli?
Karena itu kau tak mengenalku dan memang tak
perlu mengenalku.
Bagiku kau bunga, tak mampu aku samakanmu
dengan bunga terindah sekalipun.
Bagiku manusia adalah makhluk yang terindah,
tersempurna dan tertinggi.
Bagiku dirimu salah satu dari semua itu,
kerananya kau tak mempunyai persamaan.

Ukhtifillah,

Jangan biarkan aku menatapmu penuh,
kerana ianya akan membuatkanku mengingatimu.
Bererti memenuhi kepalaku dengan inginkanmu.
Mengimbas pada tersusunnya gambarmu dalam tiap
dinding khayalku.
Membuatkanku inginkanmu sepenuh hati, seluruh jiwa,
sesemangat mentari.
Kasihanilah dirimu jika harus hadir dalam khayalku
yang masih penuh Lumpur.
Karena sesungguhnya dirimu terlalu suci.

Ukhtifillah,

Berdua menghabiskan waktu denganmu bagaikan
mimpi tak terhujung.
Ada ingin tapi tak ada henti.
Menyentuhmu merupakan nafsu diri, berkelebat
selalu, meski ujung penutupmu pun tak berani
kusentuh.
Jangan pernah kalah dengan mimpi dan inginku
kerana sucimu kau pertaruhkan.
Mungkin kau tak peduli
Tapi kau hanya menjadi wanita biasa di hadapanku
bila kau kalah.
Dan tak lebih dari wanita biasa.

Ukhtifillah,

Jangan pernah kau tatapku penuh
Bahkan tak perlu kau lirikkan matamu untuk
melihatku.
Bukan kerana aku terlalu indah, tapi kerana aku
seorang yang masih kotor.
Aku biasa memakai topeng keindahan pada wajah
burukku, mengenakan pakaian sutra emas.
Meniru laku para rahib, meski hatiku lebih kotor
dari Lumpur.
Kau memang suci, tapi masih sangat mungkin kau
dimanipulasi.
Kerana kau itu hanya manusia-hanya wanita.

Ukhtifillah,

Beri sepenuh diri pada dia sang lelaki suci yang
dengan sepenuh hati membawamu kehadapan
Tuhanmu.
Untuknya dirimu ada, itu kata otakku, terukir dalam
kitab suci, tak perlu dipikir lagi.
Tunggu sang lelaki itu menjemputmu, dalam
rangkaian khitbah dan akad yang indah.
Atau kejar sang lelaki suci itu, karena itu adalah
hakmu, seperti dicontohkan ibunda Khadijah.
Jangan ada ragu, jangan ada malu, semua terukir
dalam kitab suci.

Ukhtifillah,

Bariskan harapanmu pada istikharah sepenuh hati
ikhlas.
Relakan Allah pilihkan lelaki suci untukmu,
mungkin sekarang atau nanti, bahkan mungkin tak
ada sampai kau mati.
Mungkin itu bererti dirimu terlalu suci untuk semua
lelaki di fana saat ini.
Mungkin lelaki suci itu menanti di istana kekalmu,
yang kaubangun dengan segala kekhusyu'an
tangis do'amu.

Ukhtifillah,


Pilihan Allah tak selalu seindah inginmu, tapi itu
pilihan-Nya.
Tak ada yang lebih baik dari pilihan Allah.
Mungkin kebaikan itu bukan pada lelaki yang
terpilih itu, melainkan pada jalan yang kaupilih,
seperti kisah seorang wanita sudi di masa lalu
yang meminta ke-Islam-an sebagai mahar
pernikahannya.
Atau mungkin kebaikan itu terletak pada
keikhlasanmu menerima keputusan Sang Kekasih
Tertinggi.
Kekasih tempat kita memberi semua cinta dan
menerima cinta
dalam setiap denyut nadi kita.


Jul 7, 2010

Aku Malu. Tidakkah Kamu?

Rasa MALU.. Yang seharusnya ada pada setiap wanita..
Rasa MALU.. Yang seharusnya menjadi benteng maruah kita..
Rasa MALU.. Juga yang seharusnya menyedarkan kita akan siapa diri kita..
Jadinya.. Setiap langkahmu selama ini.. Tanpa rasa takut padaNya.. Tanpa rasa berdosa padaNya..
Apa masih tidak cukupkah rasa malu dalam dirimu?



"Sesungguhnya wanita itu aurat. Dan seorang wanita benar-benar keluar dari rumahnya tanpa ada halangan atasnya, lalu syaitan mengangkat pandangan kepadanya seraya berkata, 'Sesungguhnya engkau tidak melewati seseorang melainkan engkau menjadikannya tertarik kepadamu....'" - (HR Thabrani)

Takutlah wahai diriku dan dirimu yang bergelar wanita.. Sesungguhnya engkau umpama bunga.. Yang mungkin baru berputik menunjukkan warna.. Merah, biru, kuning, apa sahaja..
Tapi awas! Kuntuman yang sedang mekar.. Turut bersamanya haruman yang tersebar.. mungkin saja dirimu tidak sedar..
Engkau tidak bersendirian.. Sebenarnya engkau diperhatikan.. Dek kumbang yang berpergian.. Mencari tempat persinggahan..
Lebih ku khuatiri.. Dirimu dihampiri..
Engkau kemudiannya lupa membina bentengmu.. Yakni rasa MALU dengan sang kumbang yang menghampirimu..
Juga ku khuatiri.. Pabila dirimu dihampiri.. Kau semakin lupakan diri.. Membiarkan dirimu disinggahi..
Wahai diriku dan dirimu yang bergelar wanita.. Sedarlah.. Dirimu di dalam pengawasanNya.. Engkau bukan Khadijah wanita mulia.. Engkau juga bukan Aisya Humaira.. Apatah lagi rabiah kekasihNya..
Engkau hanya insan biasa.. Umpama bunga.. Mudah saja dipetik kelopaknya.. Seandainya tak dipagari malu, Kan mudah juga layu..
Wahai saudariku.. Aku malu.. Pada diriku.. Pada dirimu..
Ya Allah.. Aku juga rasa malu.. Malu kerna aku lupa untuk malu,
Malu yang seharusnya hanya padaMu..

Tahukah kamu Rasulullah s.a.w pernah bersabda.. "Wanita itu aurat yang tertutup.."
Maka..
Wahai diriku dan dirimu yang ku kasihi keranaNya.. Tutuplah dirimu dengan pakaian malumu.. Bentengilah dirimu dengan rasa malu.. Lebihkan rasa malumu Lebih lagi di hadapan Penciptamu..
Saudariku.. Ayuh. Takut padaNya.. Sungguh, kebanyakan 'kayu api' di neraka adalah golongan kita.. Ini satu peringatan.. Buat diriku dan kita semua..



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Bismillahirrahmanirrahim..
Ya Allah.. Peliharalah aku..
Janganlah Kau menghukumku pabila aku tidak melakukan

apa yang ku katakan..

Ya Allah.. Peliharalah aku..

Sungguh Kau Maha Mengetahui akan apa yang ku usahakan..

Sesungguhnya Engkau mengetahui bahwa

telah ku usahakan apa yang ku katakan..

Kerna Kau juga menyaksikan

Betapa aku bersungguh mengusahakan apa yang aku katakan..

Maka dengan itu..

Ampunilah aku atas segala kekhilafan..

Amin ya Rabbal 'alamin..

Kematian Suatu Kepastian

Tanpa kita sedari, masa berlalu dengan begitu pantas sekali. Namun, kita terus terleka dengan pelbagai perkara yang melalaikan sehingga kita terlupa tujuan sebenar kita berada di muka bumi ini. Beruntunglah bagi mereka yang terus berpegang dengan kemudi keimanan, dan rugilah bagi mereka yang terus hanyut tanpa pedoman.

Sahabat-sahabatku,
Mungkin ada yang tertanya-tanya, mengapakah kita perlu berbicara tentang kematian? Sedangkan kita masih muda, perjalanan kita masih jauh. Kita hampir terlupa tentang hakikat sebuah kematian yang terus mengejar kita. Kematian itu PASTI. Tiada siapa dapat mengelak atau melambatkannya walaupun hanya beberapa detik. Malaikat Izrael tidak pernah alpa dalam menjalankan tugasnya. Hatta, setiap makhluk di muka bumi ini ada janji kematian tersandar ke atasnya. Marilah kita sama-sama merenungi firman Allah dalam surah Al-Anbiya ayat 34 dan 35 yang bermaksud :
“Dan Kami tidak menjadikan seseorang manusia sebelummu dapat hidup kekal (di dunia ini). Maka kalau engkau meninggal dunia (wahai Muhammad),  adakah mereka akan hidup selama-lamanya? Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.”

Jelaslah pada kita bahawa kehidupan manusia bukan abadi, kematian pasti akan dirasakan bagi setiap yang bernyawa, dan bagi yang tinggal ia adalah ujian untuk menghadapinya.
Sahabat-sahabatku,

Apakah kepentingan untuk kita mengingati kematian?
1) Kematian merupakan peringatan yang terbaik. Allah tidak menyatakan bahawa kematian hanya pada orang yang lanjut usia atau yang menderita kesakitan. Hakikatnya, kematian tidak mengira usia, jantina, pangkat dan sebagainya.
2) Menjadi pemangkin untuk terus melakukan kebaikan. Hakikatnya, kita sering melakukan dosa sama ada disedari atau tidak. Andai kita mengira kita telah menggantikannya dengan amal kebaikan, persoalannya adakah amalan kita diterima-Nya? Adakah amalan itu disertai dengan keikhlasan?
3) Mengingatkan diri tentang matlamat utama kehidupan iaitu mardhatillah (keredhaan Allah). Amalan di dunia ini menjadi bekalan di akhirat. Seharusnya kita menyedari bahawa syurga itu mahal dan payah, tetapi mampu untuk dicapai. Berbekal kesedaran ini, kita mampu bergerak dan bertindak ke arah mencapai matlamat itu.
4) Pernah saya mendengar bahawa untuk ke syurga tidak cukup dengan amal kebajikan. Hakikatnya terlalu jauh amalan kita jika hendak dibandingkan dengan para Anbiya' dan sollehin yang terdahulu. Perkara utama yang membantu kita ialah rahmat iaitu kasih sayang Allah kepada kita. Jadi, ingat mati membawa kepada amal baik yang InsyaAllah dipandang Allah sebagai amal soleh.
5) Setiap kematian yang kita dengari dan lihat sebenarnya boleh membantu kita memperbaiki diri. Memanglah tidak seharusnya kita berbicara tentang hal keburukan si mati tetapi pada kejadian itu ada pengajaran yang boleh diambil. Bagaimana orang-orang soleh dimudahkan hal kematiannya, pergi dengan tenang dan mudah diuruskan jenazahnya. Ambillah ia sebagai pengajaran, kerana kematian adalah ilmu yang bermakna buat yang hidup.
Sahabat-sahabat sekalian,
Suka untuk saya mengingatkan diri agar bersedia menghadapi kematian dan berdepan dengan kematian orang sekeliling. Memang mudah untuk menasihatkan orang lain supaya bersabar menghadapi kematian, namun hakikatnya payah untuk merelakan permergian orang tersayang. Jadi marilah sama-sama kita pasakkan dalam diri bahawa kematian itu pasti. Ia menjadi misteri yang hanya Allah yang tahu, namun kita sudah diberi peringatan dan jalan untuk menghadapinya, iaitu dengan melakukan amal soleh secara berterusan. Marilah kita tanamkan keazaman untuk berubah dari hari ke hari ke arah kebaikan. InsyaAllah moga jalan kita diluruskan Allah dan kekal dalam kasih-sayang-Nya.
Wallahua'lam
wahai diri..ingati mati! Mati itu pasti!

Nur Tuhan

Apabila hati itu sedang menangis, merintih seribu kesedihan. Entah kenapa hati itu sedih pada hari ini. Segala di hadapannya tidak menjanjikan sebuah senyuman kepadanya hanya kesedihan. Dia mula bosan dengan apa yang terpantul di matanya. Dia mulai bosan. Mengapa di sekelilingnya semuanya bagai cukup lengkap namun masih ada cahaya yang tertinggal. Walhal lampu yang terang benderang dengan harga yang beratus-ratus tidak dapat menembusi hatinya yang gelisah. Mengapa ? Mengapa masih ada kurang ?

Dia mengambil keputusan untuk melarikan diri sebentar dari suasana mewah itu. Dia ingin sekali hatinya girang sekali lagi dengan nikmat yang tidak kekal ini. Dia sudah bersiap sedia walau dia tahu dia akan merasai lelah namun dia rela agar hatinya kembali ceria. Dia mulakan langkah. Dia tempuhi danau dan bukit-bukau. Mencari yang apa tercicir dalam dirinya. Hatta lautan seluas mana pun dia sanggup untuk redah biar bahaya di hadapannya. Dilihatnya terik mentari dan peluh mula mengalir. Dia teruskan lagi perjuangan yang belum tentu dapat menghadiahkan kegembiraan.

Suatu hari dia terjumpa sebuah pondok usang dan kecil. Namun dia hairan mengapa pondok itu seakan-akan miliki cahaya yang dapat menembusi hatinya. Kalah lampu-lampu mahalnya ! Dia bagai terpanggil untuk mendekati pondok buruk itu. Kakinya membawa dirinya semakin hampir kepada pondok tersebut. Di dinding pondok itu terdapat sebuah lubang dan dia mengintai dari lubang itu kerana begitu ingin tahu ada apa pada pondok itu. Dia melihat seorang lelaki sedang khusyuk bertafakur. Sesekali ternampak air matanya mengalir sambil mengalunkan zikir. Lelaki itu berhenti lalu bangun. Dilihat wajah lelaki itu penuh tenang dan bercahaya.
Lalu, dia mengambil keputusan untuk menumpang sebentar di rumah lelaki, entah dia sendiri hairan mengapa ingin sekali dia ingin kenali lelaki itu. Dia memberi salam dan salamnya dijawab. Diperkenalkan dirinya sebagai musafir dan ingin mohon izin untuk menumpangi di pondok tersebut. Lelaki itu tersenyum dan menyambutnya dengan gembira walau dalam keadaan sederhana.

Setelah beberapa hari di sana, dia begitu tertarik untuk mengetahui rahsia lelaki itu. Mengapa kamu tenang ? Mengapa kamu bahagia ? Mengapa kamu sentiasa menampakkan muka redha walhal hanya berhartakan sebuah pondok usang ? Mengapa ?

Tiada yang dapat memberikan aku bahagia melainkan izinNya hatta andai hartaku tinggi menggunung dan kekayaanku tiada tandingannya, aku tak boleh menikmati bahagia sekiranya Tuhan tidak mengizinkannya. Andai aku cari juga namun tidak kembali kepadaNya, apa yang kutemukan hanyalah kebahagiaan sementara. Bukan kebahagiaan abadi. Rahsianya ialah sentiasalah berusaha untuk dekat padaNya. Andai lautan gelora datang pun tidakkan ku takuti kerana aku ada Tuhan untukku sandarkan diri setelah aku berusaha dan bertawakkal. Andai hujan badai berturut-turut menimpa diri takkan ku gentar kerana Dia mengajarku tentang sebaik-baik tempat kembali iaitu syurgaNya. Apa yang penting…..aku ada Dia.

Terkedu dia mendengar kata-kata lelaki itu. Tertunduk malu pada lelaki itu malah lebih malu pada dirinya sendiri ! Itulah jawapan kepada soalan kegelisahannya. Dia tidak pernah menikmati hidup bertuhankan Dia sehingga dia berhambakan dunia. Air matanya menitis jua akhirnya dan lelaki itu menggosok-gosok badannya.

Semoga nur Tuhan melimpahi kita semua…..

Jul 4, 2010

AGM PSSI 2010




ASSALAMUALAIKUM WBT..
DIJEMPUT HADIR KE MAJLIS PENGENALAN 
DAN PERLANTIKAN AJK BARU PSSI SESI JULAI 2010..
KAMI MENGALU-ALUKAN KEHADIRAN ANTUM BAGI MEMERIAHKAN MAJLIS INI..