Posts

Showing posts from June, 2008

Gabungan mahasiswa dakwa UKM bukan lagi tempat selamat.

KUALA LUMPUR, 20 Jun (Hrkh) - Institusi Pengajian Tinggi Awam kini sudah tidak selamat? --> Begitulah ungkapan yang timbul apabila Kes keselamatan semakin menjadi-jadi di beberapa buah IPTA akhir-akhir ini. Kes terbaru berlaku semalam, 19 Jun, dalam satu kejadian rompakan di UKM. Menurut sumber, sekumpulan tujuh lelaki yang menyamar sebagai anggota polis merompak wang tunai RM350,000 dari mesin pengeluaran wang automatik (ATM) CIMB Bank. Ia seakan-akan mengimbau kembali peristiwa yang berlaku di Kompleks Perdana Siswa Universiti Malaya (UM) pada 28 Januari tahun lalu. Dalam kes tersebut, sekumpulan lelaki yang dikenali sebagai geng Deva mengaku bersalah merompak wang tunai bernilai RM2.19 juta daripada pengawal keselamatan kira-kira pukul 1.40 petang di Kompleks Perdana Siswa UM. Dalam satu kenyataan yang dihantar kepada Harakahdaily, sekumpulan mahasiswa yang menggelarkan diri mereka sebagai Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) melihat isu keselamatan di UKM perlu dipertingkatkan lagi. M...

Jemputan Walimah

Image
Syukur pada Allah yang menciptakan hambaNya secara berpasang-pasangan. Sesungguhnya Allah itu adalah tuhan yang amat kasih dan sayang kepada makhluk ciptannNya. Atas izinNya, akan bersatulah antara dua hati yang berkasih sayang antara satu sama lain atas matlamat mahu mencapai redha Allah. Semoga perkahwinan ini membawa seribu rahmat dan barokah. Diberikan rezeki yang melimpah ruah, terpelihara dari segala fitnah, dosa dan maksiat. Dan kurniakanlah kami zuriat yang soleh solehah pewaris umat Nabi Muhammad pejuang agama Allah di akhir zaman. Segala sukacitanya, ingin menjemput sekalian sahabat untuk hadir ke Majlis Walimatul Urus: MOHD SAFARI BIN SARODIN Bersama Pasangannya NOR JANNAH BINTI SAIP sepertimana ketetapan berikut: Majlis di Rumah pihak perempuan: Tarikh: - SABTU - 28hb JUN 2008 bersamaan 24 Jamadil Akhir 1429H Alamat: No 1, Jalan Universiti 18, Taman Universiti, 86400 Parit Raja, Batu Pahat, Johor. ------- Majlis di rumah Pihak Lelaki: Tarikh:- AHAD - 29hb JUN 2008 bersamaa...