Gabungan mahasiswa dakwa UKM bukan lagi tempat selamat.

KUALA LUMPUR, 20 Jun (Hrkh) - Institusi Pengajian Tinggi Awam kini sudah tidak selamat? -->
Begitulah ungkapan yang timbul apabila Kes keselamatan semakin menjadi-jadi di beberapa buah IPTA akhir-akhir ini.
Kes terbaru berlaku semalam, 19 Jun, dalam satu kejadian rompakan di UKM.
Menurut sumber, sekumpulan tujuh lelaki yang menyamar sebagai anggota polis merompak wang tunai RM350,000 dari mesin pengeluaran wang automatik (ATM) CIMB Bank.
Ia seakan-akan mengimbau kembali peristiwa yang berlaku di Kompleks Perdana Siswa Universiti Malaya (UM) pada 28 Januari tahun lalu.
Dalam kes tersebut, sekumpulan lelaki yang dikenali sebagai geng Deva mengaku bersalah merompak wang tunai bernilai RM2.19 juta daripada pengawal keselamatan kira-kira pukul 1.40 petang di Kompleks Perdana Siswa UM.
Dalam satu kenyataan yang dihantar kepada Harakahdaily, sekumpulan mahasiswa yang menggelarkan diri mereka sebagai Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) melihat isu keselamatan di UKM perlu dipertingkatkan lagi.
Menurut jurucakapnya, Ahmad Ali Abdullah, kes-kes tersebut adalah merupakan antara kes-kes lain yang berlaku di UKM sejak kebelakangan ini, selain kes samun, orang minyak dan curi motorsikal yang kerap kali berlaku di UKM.
"Kami masih ingat kes yang melibatkan dua mahasiswi Fakulti Undang-Undang berbangsa Cina yang dilarikan oleh seorang lelaki untuk dijadikan pelacur pada 28 Julai tahun lalu.
"Dalam kes tersebut, mangsa telah ditanggalkan pakaian dan diugut dengan pisau serta sebungkus serbuk kari ikan.
"Walau bagaimanapun, mereka bernasib baik apabila kejadian tersebut disedari seorang penunggang motorsikal yang ternampak mangsa dalam keadaan berdiri di atas kerusi bas sambil melambaikan tangan kepada pengguna lebuh raya untuk menarik perhatian meraka.
"Apa yang ingin ditimbulkan di sini ialah pihak keselamatan gagal mengawal keselamatan dengan semaksimum mungkin," tegasnya.
Menurut kenyataan bekas Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Rosli Mohd Nizam dalam kes menculik iu, beliau melahirkan kekesalan dengan sikap pihak keselamatan UKM yang membenarkan bas itu masuk ke kampus begitu mudah tanpa sebarang pemeriksaan.
Ahmad Ali mendakwa, pihak keselamatan yang diketuai Ketua Pegawai sehingga pegawai bawahan lebih mengutamakan kes politik daripada kes-kes jenayah.
Jelasnya, hal tersebut terbukti pada 4 Mac lalu, apabila Ketua Wisma Aman iaitu Mejar (B) Housaini telah menumbuk beliau di rahang kiri Arif Misrol, mahasiswa Fakulti Sains dan Teknologi atas tuduhan mengedar risalah politik semasa pilihan raya umum lalu tetapi sehingga kini, kes tersebut masih belum lagi diputuskan oleh pihak pentadbiran.
"Malah, pegawai keselamatan terus bertindak dengan zalim dan tidak profesional dengan merampas komputer riba milik rakan sebiliknya, Ammar Khalis sedangkan komputer tersebut berada di atas meja rakannya itu, bukannya meja mahasiswa terbabit," katanya.
Dua laporan polis bertarikh 5 Mac dan juga 17 April lalu telah dibuat.
Menurut sumber, Pegawai Keselamatan Wisma Aman yang dipercayai turut terkenal dengan tangkapan rambang serta kurungan salah ke atas pelajar UKM itu, telah bertindak mengurung seorang mahasiswa pada 3 Mac lalu selama 10 jam iaitu daripada pukul 6.00 pagi hingga 5.00 petang.
Tegas Ahmad Ali, pihak keselamatan UKM ternyata lebih suka bermain politik dan mengampu Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UKM sendiri daripada menjaga keselamatan pelajar UKM.
"Secara realitinya, tahap keselamatan mahasiswa semakin membimbangkan akibat hilangnya perasaan ?sense of security? di kalangan yang menyebabkan negara kita tidak mampu mengeluarkan graduan bermutu tinggi," ujarnya.
Justeru katanya, GMUKM menggesa agar pihak keselamatan yang dikenali sebagai wisma aman agar meningkatkan lagi tahap profesional mereka dalam menanangi isu ini.
"Janganlah bila timbul satu kes, maka akan adalah tahap pengawasan keselamatan yang ketat dilaksanakan, seperti mengadakan pemeriksaan kenderaan," ujarnya lagi.
Selain itu, beliau juga mencadangkan agar UKM mewujudkan pos polis di dalam kampus tersebut.
Pada masa sama, ia dapat memberikan keyakinan keselamatan kepada mahasiswa, seterusnya membolehkan kadet SUKSIS, yang dianggotai oleh mahasiswa pelatih pasukan polis untuk membuat latihan praktikal, katanya.
"Jangan nanti ada pandangan sinis menyatakan bahawa akronim UKM sebagai Universiti Kuat Mencuri," katanya lagi.
Beliau juga harap kejadian ini tidak berulang lagi pada masa akan datang. - mns_


*p/s : Harap PUO tak ada kejadian mcm tu..
Sumber : HarakahDaily.

Popular posts from this blog

Tanda-tanda Iman Lemah dan Cara-cara Mengatasinya

'IKHWAN' - UMAT YANG DIRINDUI OLEH NABI