Posts

Showing posts from January, 2009

Manusia perlu menghayati hikmah fenomena alam...

SEKALI lagi, baru-baru ini kita diperlihatkan dengan kuasa Allah yang Maha Agung iaitu kejadian gerhana matahari. Matahari yang bercahaya di siang hari penuh purnama secara tiba-tiba hilang cahayanya sedikit demi sedikit sehinggalah tiada lagi cahaya kelihatan. Begitulah kehebatan kekuasaan Allah yang mampu mengubah segala-galanya di langit dan bumi pada bila-bila masa dan tidak ada satu kuasa lain yang dapat menyekat qada dan qadar-Nya. Allah berfirman dalam al-Quran menjelaskan bahawa perubahan yang berlaku terhadap matahari dan bulan itu adalah di bawah tadbir-Nya. Oleh itu sujudlah kepada Allah yang mengawal selia dan menyelenggara terbit dan terbenam matahari serta bulan. Firman-Nya yang bermaksud: "Dan di antara tanda kekuasaan-Nya ialah malam, siang, matahari dan bulan. Janganlah kamu sujud kepada matahari, tidak juga bulan dan sujudlah kepada Allah yang menciptakannya, kalau betullah kamu hanya beribadat kepada Allah." (Surah al-Fussilat, ayat 37) Setiap perubahan yan...

Erdogan pulang disanjung

ISTANBUL: Perdana Menteri Turki, Tayyip Erdogan semalam disambut sebagai wira sekembalinya ke Istanbul selepas menempelak Presiden Israel, Shimon Peres dan bertindak keluar dari Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos ketika ia sedang hangat berdebat mengenai serangan Israel ke atas Gaza. Ribuan orang berkumpul di lapangan terbang Ataturk Istanbul bagi menyambut kepulangan Erdogan, sambil melambaikan bendera Turki dan Palestin serta melaungkan namanya. Selepas bertikam lidah dengan Peres, Erdogan berkata, beliau mungkin tidak akan menghadiri lagi perjumpaan tahunan negara kaya dan berkuasa itu yang berlangsung di pusat peranginan Switzerland. Ketika berdebat mengenai Asia Barat, Peres mempertahankan serangan negaranya ke atas Gaza sejak bulan lalu dan dengan suara yang tinggi dan menuding jarinya, bertanya kepada Erdogan apa yang akan dilakukannya jika roket dibedil ke Istanbul setiap malam. "Saya tidak fikir saya akan kembali ke Davos sebab anda tidak membenarkan saya bercakap," ...
Assalammualaikum w.b.t....Ahlan Wahsalan kepada semua pengunjung blog pssi ini... moga antum dan antuna sentiasa di rahmati oleh Maha Pencipta yang Tinggi lagi Agung... Ana mengharapkan antum sudi kiranya untuk meluangkan sedikit masa dan idea2 bernas yang dapat dikongsikan bersama serta dapat membuka minda kita semua.... Jutaan terima kasih terhadap sokongan yang antum berikan terhadap blog ini, teruskan dengan pandangan serta kritikan bagi memantapkan lagi blog ini... Sebelum terlambat, ana ingin mengucapkan selamat menyambut tahun baru dan Maal Hijrah 1430M....moga kiranya tahun ini,impian dan harapan yang tidak tercapai pada tahun-tahun lepas tercapai seperti mengapai awan mencapai bintang.... Serta ana mengucapkan Selamat Datang kepada semester baru Sesi Januari 2009..... Tidak dilupakan jua ana mengucapkan Selamat menjalani Latihan Industri kepada sahabat dan sahabiat yang akan menjalani "Latihan Iman" (LI) pada 12 haribulan Januari ini.... Semoga kita semua terus thabi...