Posts

Showing posts from April, 2009

Sedekah tidak jadikan kita miskin

UMUM mengetahui setiap kita akan mati. Lalu, segala harta yang dimiliki akan ditinggalkan, tidak akan dibawa bersama ke dalam kubur. Walaupun begitu, masih ramai di kalangan kita yang keberatan menghulur sedekah atau zakat Lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi yang kurang baik sebagaimana dialami sekarang. Malah, tidak kurang yang fobia akan jatuh miskin jika berzakat atau bersedekah ketika mana mereka diuji dengan kesempitan hidup. Sedangkan Allah SWT berfirman yang maksud-Nya: Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah ibarat sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai 100 biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah maha luas (kurnia-Nya) lagi maha mengetahui. (al-Baqarah: 261) Wartawan MOHD. RADZI MOHD. ZIN menemu bual Eksekutif Zakat Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Ahmad Husni Abdul Rahman bagi mengupas isu ini. MEGA: Apabila keadaan...

Azab berat menunggu insan putar belit hukum agama

Islam menetapkan perkara halal serta dilarang untuk elakkan kemudaratan kepada masyarakat HARI ini hidup manusia banyak dikuasai nafsu. Ada masanya nafsu itu dilihat bersifat lebih buruk daripada kelakuan binatang. Sedangkan manusia diberi akal untuk berfikir dan membezakannya dengan haiwan. Hidup kita ada peraturan dan batas perlu diikuti dan dipatuhi demi kesejahteraan serta keharmonian hidup. Tanpa peraturan, batasan dan undang-undang, maka dibimbangi hidup manusia akan jadi haru-biru serta kucar-kacir. Allah SWT menggariskan beberapa peraturan yang perlu dipatuhi semasa hidup. Menjadi kewajipan bagi setiap orang Islam yang mengaku beriman kepada Allah SWT untuk menjauhkan diri daripada perkara dilarang dan ditegah Allah SWT. Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: "Apa yang dihalalkan Allah di dalam Kitab-Nya adalah halal, dan apa yang diharamkan-Nya adalah haram, dan apa yang tidak dijelaskan-Nya adalah kemurahan ('afiah), maka terimalah daripada Allah kemurahan itu, s...

Selesema babi kian ancam nyawa penduduk dunia

Kebanyakan negara di seluruh dunia bertungkus lumus semalam untuk mengetatkan kawalan di pintu masuk negara masing-masing bagi mengekang penularan virus selesema babi yang sudah membunuh 81 orang di Mexico dan menjangkiti 12 orang di Amerika Syarikat. Dalam perkembangan terbaru, pihak berkuasa di New Zealand mengesahkan 10 pelajar negara itu yang baru pulang dari Mexico menghidap selesema babi dan sudah dikuarantin. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam meminta semua negara meningkatkan laporan dan pengawasan ke atas penyakit itu selain menyelaraskan tindak balas untuk mengekangnya. Kes baru selesema babi disahkan di Kansas dan California, selain Texas dan disyaki menular di New York. Namun pegawai berkata mereka tidak tahu sama ada kes di New York adalah daripada jenis yang merebak dari Mexico itu, Sementara itu, Presiden Mexico memperoleh kuasa tambahan semalam untuk mengasingkan penduduk yang dijangkiti virus selesema babi ketika pihak berkuasa berusaha keras mengekang penulara...

Warkah buat Teman Seperjuanganku..

Teman..... Dalam mengejar arus kedewasaan ini aku dengan seikhlas hatinya menabur debu segala jenis kasih sayang kearah jalinan persahabatan ini. Teman, Aku mengerti akan hakikat sebenar yang bakal kita lalui setelah hidup kita bakal diterangi cahaya masa depan iaitu hidup sebagai seorang dipertengahan usia tidak lagi pada masa sekarang iaitu zaman remaja.Bukan aku menaruh harapan supaya kita selalu berjumpa ,namun dihati ini terselit perasaan rindu yang amat mendalam. Teman, Sebagai mana baik budi mu terhadapku,setinggi gununglah cubaanku untuk meneruskan perjuanganku sebagai sahabatmu yang sentiasa periang dan ceria sewaktu dahulu.Selama aku mengenalmu inilah kali pertama aku ingin mengucapkan sesuatu yang mungkin berharga bagi dirimu. Teman, Jujur aku akui kaulah sahabatku yang paling istimewa walau hakikatnya kau dan aku sering bertegang leher lantaran sikap angkuh yang menguasai diri.Terima kasih kuucapkan atas segala pengorbanan kasih sayang yang engkau berikan.Maafkanlah aku and...

Pesanan Luqman kepada anaknya,

"Sepanjang hidupku, aku hanya memilih 8 kalimah dari pusaka para Nabi yang lalu iaitu :- a. Apabila engkau sedang solat kepada Allah s.w.t. maka jagalah baik-baik fikiran mu. b. Apabila engkau berada di rumah orang lain, maka jagailah pandangan mu. c. Apabila engkau berada di tengah-tengah majlis maka jagalah lidah mu. d. Apabila engkau hadir dalam jamuan makan maka jagalah perangai mu. e. Ingat kepada Allah s.w.t. f. Lupakan budi baik mu pada orang lain. g. Lupakan semua kesalahan orang lain terhadap mu. h. Ingat kepada mati.