Posts

Showing posts from May, 2009

Gejala sosial dikira ancaman jahiliah era moden

Kerajaan perlu menambah baik sistem pendidikan untuk bentuk sahsiah generasi muda BENARKAH jahiliah masih membelenggu pemikiran dan pengalaman umat Islam masa kini? Apakah kita faham pengertian jahiliah dalam erti kata sebenarnya? Jahiliah adalah perkara penting untuk kita fahami kerana ia musuh Islam sepanjang masa. Pastinya orang yang hidup dalam zaman moden dan serba canggih hari ini mengakui dirinya Islam tetapi secara tiada sedar masih melakukan amalan jahiliah disebabkan tidak mengenal konsep dan ciri jahiliah sebenarnya baik melalui al-Quran, hadis atau bahan sejarah. Saidina Umar al-Khatab pernah menjelaskan: "Sesungguhnya ikatan Islam yang kukuh akan terungkai satu demi satu apabila di kalangan umat Islam tidak mengenal apa itu jahiliah." Jahiliah bererti bodoh, sesat, biadap, dungu, tidak mengetahui, tidak berilmu, keliru atau melakukan sesuatu tanpa pengertian dan pengetahuan. Tanggapan umum pula, jahiliah ialah keadaan yang berlaku sebelum kedatangan Islam atau di...

Strategi tangani isu mat rempit

Oleh MOHD. FARID MD. ALIAS "MAT Rempit' bukan hanya melibatkan pemanduan motosikal tetapi dilihat juga melibatkan aktiviti jenayah yang lain seperti dadah, ragut dan sebagainya. PELBAGAI kejadian jenayah baru-baru ini yang dikaitkan dengan mereka yang dikatakan 'Mat Rempit' telah menyebabkan pihak berkuasa menggandakan usaha menangani gejala mat rempit ini. Gejala tersebut, berdasarkan tangkapan yang dibuat, melibatkan ramai remaja Melayu lelaki yang beragama Islam. Adalah amat sedih apabila mengetahui situasi ini yang menggambarkan realiti sebenar permasalahan generasi muda Muslim kita. Gejala mat rempit kini bukan sekadar aksi tunggangan ekstrem di jalanan tetapi turut mengalami evolusi budaya yang turut merangkumi aspek penampilan seperti cara berpakaian, pertuturan serta pergaulan dan juga aspek dalaman yakni idealisme, kecenderungan serta nilai hidup. Aktiviti mat rempit juga bukan sekadar dikaitkan dengan kesalahan trafik malahan kesalahan jenayah umpamanya penya...
Image

Soal Jawab 'Jangan politikkan hukum agama'

Pandangan pakar perundangan Islam perlu diutama supaya ketetapan sesuai nas al-Quran DATUK NOOH GADUT Secara umumnya, bagaimana Datuk melihat kesan pelaksanaan peraturan baru ini terhadap umat Islam di Malaysia. Keputusan ini perlu disemak kembali sebab ia jelas bercanggah dengan hukum. Kita perlu merujuk kepada nas al-Quran berdasarkan Ayat 36, Surah al-Ahzab yang bermaksud: "Tidaklah harus bagi orang beriman lelaki dan perempuan apabila Allah dan Rasul-Nya menetapkan keputusan bagi sesuatu perkara mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata." Sudah pasti perkara ini (ketetapan baru) menimbulkan kesan dan secara dalamannya, sudah wujud rasa gelisah dan tidak puas hati umat Islam terutama ulama. Dari sudut pandangan negara luar, terutama di kalangan negara Islam, sudah tentu mereka akan melihat perkara ini dengan negatif. Keputusa...