Soal Jawab 'Jangan politikkan hukum agama'
Pandangan pakar perundangan Islam perlu diutama supaya ketetapan sesuai nas al-Quran
DATUK NOOH GADUT
Secara umumnya, bagaimana Datuk melihat kesan pelaksanaan peraturan baru ini terhadap umat Islam di Malaysia.
Keputusan ini perlu disemak kembali sebab ia jelas bercanggah dengan hukum. Kita perlu merujuk kepada nas al-Quran berdasarkan Ayat 36, Surah al-Ahzab yang bermaksud: "Tidaklah harus bagi orang beriman lelaki dan perempuan apabila Allah dan Rasul-Nya menetapkan keputusan bagi sesuatu perkara mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata." Sudah pasti perkara ini (ketetapan baru) menimbulkan kesan dan secara dalamannya, sudah wujud rasa gelisah dan tidak puas hati umat Islam terutama ulama. Dari sudut pandangan negara luar, terutama di kalangan negara Islam, sudah tentu mereka akan melihat perkara ini dengan negatif.
Keputusan Kabinet itu dilihat sebagai satu ketetapan yang dicapai tanpa mendapatkan pandangan pakar dalam perundangan Islam termasuk Majlis Mufti, Persatuan Ulama Malaysia dan Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim). Adakah mereka itu dipanggil memberi pendapat.
Sewajarnya sebelum diputuskan, perlu dilihat (merujuk) kepada satu kajian yang terperinci, profesional dan penuh tanggungjawab. Bincanglah dulu dengan golongan ulama terutama institusi agama yang mempunyai kuasa seperti Jakim, Majlis Fatwa dan Majlis Agama Islam setiap negeri. Sudah tentu kita akan mendapat banyak input yang membantu mencapai satu keputusan wajar dalam melaksanakan ketetapan berkait hukum syarak. Perkara ini wajar dibawa ke dalam perbincangan bermula di peringkat awal termasuk Majlis Raja-Raja Melayu kerana ia perkara besar. Adalah lebih manis dan harmoni sekiranya soal berkaitan agama diputuskan oleh golongan agama, dapatkan pandangan mereka, bukannya boleh digunakan di pentas politik semata-mata. Sudah tentu apabila dibincangkan, ia akan memakan masa lama, tetapi hasilnya merangkumi semua aspek dan keperluan.
Ada yang mengatakan ketetapan baru itu sebenarnya dicapai dalam situasi 'sama-sama menang' bagi penganut semua agama di Malaysia. Apa komen Datuk.
Bagi saya, secara zahirnya, konsep sama sama menang tidak nampak secara jelas untuk kepentingan semua pihak. Apabila sesuatu isu bercanggah dengan agama, ia perlu diharmonikan, kaji status agamanya, adakah anak itu sudah baligh atau belum. Jika sudah baligh, beliau berhak memilih agamanya tetapi dalam kes seperti ini (perceraian dan tukar agama), tentulah status agama bapa yang perlu diutamakan. Cuma, masih ada beberapa ruang (kelemahan) yang perlu diperbaiki, misalnya statusnya pergi (ikut) bapa tetapi hubungan dengan ibu tidak akan putus.
Mungkin di sinilah silapnya kita dan situasi ini mendorong wujudnya keperluan supaya diadakan satu prosedur, perjanjian dan disiplin bersama iaitu ibu kanak-kanak tetap berhak memberikan kasih sayang dan apa juga yang berkaitan semata-mata demi kebaikan zuriatnya. Jika rasa harmoni tadi tidak wujud, ia sebenarnya berpunca daripada masalah manusia sendiri, bukan masalah hukum kerana pengurusan manusia itu yang tidak betul. Di Johor, jika ada yang menemui saya untuk memeluk agama Islam, saya katakan kepada mereka bahawa mereka sebenarnya bukan masuk Melayu, bukan masuk Arab kerana adat mereka, pakaian mereka, makanan mereka boleh diteruskan selagi ia halal dan tidak melanggar hukum. Persepsi ini yang perlu diperbetulkan.
Mualaf tak semestinya memakai jubah, tidak wajib menyimpan janggut semata-mata kerana mereka sudah menganut Islam dan hakikat itu perlu diperjelaskan. Mereka tetap perlu menunaikan tanggungjawab menjaga ibu mereka yang bukan Islam, mesti ziarah, bagi kasih sayang kepada ibu bapa sebab Islam tak pernah memutuskan hubungan ibu dan anak, begitu juga hubungan adik beradik. Jika ia berlaku, itu kesilapan manusia. Demi kebaikan bersama, demi kebaikan anak dan keluarga yang terbabit, saya sarankan supaya ditubuhkan satu badan khas yang memantau anak kecil ini. Jawatankuasa pemantau itu boleh terdiri daripada ibu atau bapa, bagi yang sudah masuk Islam, mereka perlu pantau apa yang boleh dan apa yang tak boleh dilakukan anak. Ini soal amanah dan integriti.
Apa akan terjadi kepada anak-anak yang dibela oleh ibu atau bapa yang berlainan agama. Bagaimana anak-anak itu mampu mengembangkan atau melaksanakan ajaran agama asal mereka tanpa bimbingan ibu bapa yang sudah bertukar agama.
Ini perlu diputuskan dalam kaedah menyeluruh kerana hakikatnya hubungan itu tidak pernah putus. Mahkamah perlu putuskan hak penjagaan dan di sinilah peranan jawatankuasa pemantau bertujuan supaya akidah anaknya terjaga dan terpelihara. Mereka perlu melihat dan memantau sepanjang proses anak-anak membesar. Ia termasuk soal kebajikan, keperluan makan, minum, hak pelajaran dan kasih sayang. Pihak berkuasa perlu mencari kaedah bagaimana nak selesaikan. Sebab itu saya katakan tadi perlu ada kajian dan perbincangan terperinci. Jika berlaku sesuatu masalah sepanjang tempoh berkenaan, kita sudah ada cara dan jalan penyelesaiannya mengikut kaedah ditetapkan kerana semua perkara berbangkit dan jangkaan seperti itu sudah diambil kira, termaktub dalam ketetapan ketika membuat sesuatu keputusan. Hasil perbincangan itu boleh dibuat satu peraturan lengkap, profesional dan semua pihak mesti menerima keputusan ditetapkan.
Keputusan melaksanakan peraturan baru ini dilihat tidak melalui proses perbincangan terperinci termasuk dibawa ke Dewan Rakyat untuk dibahaskan. Adakah hal seperti ini perlu dibincangkan secara terbuka.
Lebih wajar jika dibincangkan dan platform pertama perbincangan mesti diputuskan pada peringkat ulama. Pada peringkat awal, perlu ada kajian membabitkan semua aspek dan dan perlu dilakukan segera kerana daripada situlah ia akan mewujudkan situasi 'sama-sama menang'. Jika keputusan dibuat secara tergesa-gesa dan melulu, ia akan membawa kepada perkara yang tidak baik serta jelas merugikan kita. Perkara seperti ini perlu menjadi pengajaran akan datang kepada semua pihak kerana isu agama sangat sensitif yang boleh membawa kepada rusuhan perkauman. Sedangkan kita sering berbangga dengan keadaan aman yang dinikmati sekarang dan perkara itu perlu dijaga, diperhalusi supaya keharmonian dapat dikekalkan. Perbincangan dan kajian sangat penting, bukan setakat membuat andaian dan penilaian apa akan terjadi kalau buat itu, buat ini kerana kita bercakap soal hukum.
Keputusan sudah pun diumumkan, adakah sudah terlewat untuk diperbaiki dan diperhalusi agar satu pendekatan baru boleh diambil bagi mengatasi kelemahan sedia ada.
Ini adalah undang-undang manusia, memang tidak ada masalah jika kita bersungguh-sungguh mahu perbaiki. Kita sudah lihat dan belajar daripada banyak perubahan yang berlaku dalam negara, ada yang sensitif sebab itu perlu ambil kira pengalaman bersama bagaimana menjaga hak beragama. Itu semua perlu difikirkan bersama. Saya mencadangkan Muzakarah Fatwa Kebangsaan perlu membuat satu keputusan segera mengenai perkara ini.
sumber dari_berita harian_3/5/09