Kemerdekaan ke-53
MERDEKA!! MERDEKA!! MERDEKA!! Kini, sudah hampir 53 tahun berlalu. Kemerdekaan yang dicapai menghasilkan kemajuan kepada rakyat Malaysia. Namun, sebagai umat Islam, kita sewajarnya memikirkan sejenak, apakah selama 53 tahun sejak merdekanya bumi Malaysia daripada penjajahan, rakyatnya terutama umat Islam turut merdeka dari sudut tuntutan Islam? Sebagai seorang Muslim, adakah kita sudah merdeka dalam erti kata yang sebenarnya? Atau apakah kita masih terjajah lagi dengan ‘penjajahan bentuk moden’ iaitu penjajahan pemikiran barat yang merosakkan serta penjajahan budaya ‘hedonisme’(gaya hidup yang mengejar keseronokan semata-mata) yang menghancurkan? FIKIRKAN... “ MARI REFRESH DIRI KITA ” 1- Merdekakah kita dari cengkaman nafs u jahat dan hasutan syaitan ? 2- Merdekakah kita daripada sifat tercela ? 3- Merdekakah kita dari fahaman Islam yang songs...