Kemerdekaan ke-53


     MERDEKA!! MERDEKA!! MERDEKA!!



Kini, sudah hampir 53 tahun berlalu. Kemerdekaan yang dicapai menghasilkan kemajuan kepada rakyat Malaysia. Namun, sebagai umat Islam, kita sewajarnya memikirkan sejenak, apakah selama 53 tahun sejak merdekanya bumi Malaysia daripada penjajahan, rakyatnya terutama umat Islam turut merdeka dari sudut tuntutan Islam? Sebagai seorang Muslim, adakah kita sudah merdeka dalam erti kata yang sebenarnya? Atau apakah kita masih terjajah lagi dengan ‘penjajahan bentuk moden’ iaitu penjajahan pemikiran barat yang merosakkan serta penjajahan budaya ‘hedonisme’(gaya hidup yang mengejar keseronokan semata-mata) yang menghancurkan? FIKIRKAN...

“ MARI REFRESH DIRI KITA ”
1-       Merdekakah kita dari cengkaman nafsu jahat dan hasutan syaitan ?
2-       Merdekakah kita daripada sifat tercela ?
3-       Merdekakah kita dari fahaman Islam yang songsang ?
4-       Merdekakah kita daripada dunia dan harta benda ?
5-       Merdekakah kita dari kezaliman ?

CINTA DAN JUGA MERDEKA...

 

Manusia dalam mempertahankan hakikat kemuliaan ini akan berhadapan dengan tentangan dalam dirinya. Allah SWT menceritakan dalam surah An Nazi’at tentangan ini berupa:
        (a)   cinta dunia
        (b)   tunduk kepada nafsu
Siapa yang menang atas kedua tentangan ini ia merdeka. Namun, siapa yang masih di dalam belenggu keduanya, ia tidak akan merdeka. Merdeka ertinya terbebas dari belenggu cinta dunia dan nafsu. Bukan merdeka seseorang yang dipermainkan nafsunya dan begelumang dalam gemerlapan dunia. Tetapi sayang, makna ini sekarang terbalik. Di sana-sini terdengar teriak kemerdekaan dengan bersenang-senang dalam nafsu dan dunia. Sungguh ini suatu kenyataan yang sangat menyedihkan. Tidak akan merdeka penduduk sebuah negeri yang tunduk kepada nafsu dan cinta dunia. Mengapa?  

1)       Nafsu akan membawa manusia kepada dosa-dosa dan kezaliman. Bila kezaliman  terus berleluasa, Allah SWT akan mencabut keberkahan. Bila keberkahan tidak ada, maka penderitaan akan terus menimpa penghuni sebuah negeri.

2)       Nafsu akan mengheret manusia kepada kerakusan. Kerakusan melahirkan kekejaman terhadap kemanusiaan. 

3)       Nafsu menjadikan manusia seperti binatang.


Dengan cinta dunia manusia menjadi hambanya. Bila manusia menjadi hambanya maka ia akan sibuk dengannya, siang dan malam melebihi kesukaannya kepada Allah SWT.

Cinta dunia mematikan hati nurani. Seringkali hati menjadi keras kerana mengagungkan dunia. Sebab dengan mengagungkan dunia, ia akan lupa kepada akhirat.




” Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke-53, moga nikmat kemerdekaan ini berpanjangan dan menjadikan kita manusia yang bersyukur kepada-Nya ”