Dari ruangan blog Mahasiswa Perak
Surat Pembaca : Kami Mahukan PRK yang Matang Pada Musim Depan
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang saya hormati sekalian. Saya mewakili suara cakna mahasiswa Politeknik Ungku Omar sangat tertarik untuk meluahkan isi hati yang terbuku lama dihati buat para pembaca untuk sama-sama renungkan dan bersimpati pada kami.
“Jawatankuasa Perwakilan Pelajar”,yang lebih mesra dengan panggilan JPP.Siapa yang tidak tahu dan tidak kenal dengan pertubuhan organisasi ini yang merupakan satu organisasi yang besar di dalam kampus Politeknik Premier Ungku Omar.Bukan hanya didalam kampus,bahkan diluar juga ia dikenali ramai oleh institusi-institusi pengajian yang lain.Demikianlah saudara dan saudari,bertapa hebatnya pertubuhan organisasi ini kepada Politeknik sendiri.Adakah kehebatannya menyeluruh kepada semua aspek atau ia hanya sekadar nama gah diperkatakan?
Saya merasa terkesan dan cemburu melihat IPTA-IPTA lain yang kelihatannya matang dalam mengadakan pilihanraya kampus. Sedangkan kami disini telah disistemkan oleh pihak pengurusan sehingga merasakan pilihanraya kami sangat hambar dan mengecewakan.
Tidak diberi peluang untuk memilih
Kami sebagai Pelajar tidak diberi peluang untuk memilih wakil yang diyakini.Hal ini demikian kerana tidak semua kerusi yang dapat bertanding .
Pengundi tidak mengenal calon
Bilamana tidak kenal,sudah tentu tidak tahu personalitinya.Jadi dari sudut apakah yang dilihat untuk mengundi? Saya yakin dan pasti ramai pelajar yang mengundi hanya sekadar memenuhi syarat sebagai pelajar yang berdaftar,bukannya mengundi atas dasar sebenar untuk memilih barisan pimpinan yang mempunyai ciri-ciri seorang pemimpin.Pemilihan hanya untuk memenuhi syarat sebagai mahasiswa POliteknik. Bila permulaannya dicorakkan sebegini rupa,maka pertengahan dan pengakhirannya sudah tentu mengecewakan juga.
Tidak tahu apakah prinsip yang menjadi teras kepada perlantikan dan penubuhan sesuatu jawatankuas
Lebih malang,pemohon tidak pasti tujuan dan matlamat dirinya bertanding. Ini sudah jelas menunjukkan permohonan calon itu bukan atas dasar kesedaran diri sendiri untuk memimpin dan menegakkan hak membela nasib pelajar tetapi untuk suka-suka mendapat populariti .Mereka hanya bertemu dan seragam dalam isu-isu semasa.
Dalam sudut kepimpinannya,adakah anda rasa dari kalangan mereka ini telah memimpin dengan cara yang sebenar?Siapakah mereka dan apakah peranan Sebenar yang patut mereka mainkan?? Golongan itu sudah pasti antara kita semua yang bergelar sebagai pelajar .
”Jawatankuasa Perwakilan Pelajar”,diterjemahkan dengan hanya membina falsafah yang muluk-muluk serta kata-kata yang indah –indah sahaja?
Jawapannya sudah pasti tidak.Sesungguhnya,perwakilan pelajar itu ialah jawatankuasa yang dijana berasaskan ciri-ciri ketrampilan diri.Mereka perlulah memiliki personaliti yang sempurna fizikal dan mentalnya,mempunyai sikap yang positif,berani,tegas,serta berprinsip keadilan dan kesaksamaan sejagat.Inilah wakil pelajar yang dinukilkan sebagai “Pemimpin harapan pelajar dan Pemimpin tonggak perantara”.Hal ini demikian JPP adalah orang tengah antara HEP dan pelajar serta wakil perantaraan pelajar bagi meluahkan masalah merangkap sebagai tempat rujukan pelajar.Untuk apa organisasi ini ditubuhkan sekiranya ia tidak dapat memberi khidmat dan membantu pelajar dan Untuk apa kita mengundi memilih barisan pimpinan ini sekiranya ia tiada fungsi dalam perkembangan dan kebajikan para pelajar?Siapakah gerangan yang sepatutnya menjawab persoalan-persoalan ini?Bukankah kita mengundi untuk memilih wakil daripada pelajar yang dapat sama-sama membantu menyuarakan pendapat,cadangan dan masalah sejurus mencari jalan penyelesaiannya.Sekadar mengadu dan tiada tindak balas serta penyelesaiannya tiada gunanya juga.Mari sama-sama kita berfikir sejenak.Ternyata JPP kurang mengadakan aktiviti kemasyarakatan dalam kampus dan jarang melibatkan diri dalam aktiviti persatuan-persatuan dan pertubuhan kelab yang ada dalam kampus itu sendiri.Apa yang saya dapat lihat ,kebanyakan aktiviti yang melibatkan organisasi ini adalah aktiviti dan program di luar.Janganlah terjadi seperti seloka “ayam menang kampong tergadai”. Pucuk pimpinan yang progresif dan berdedikasi kepada pertubuhan organisasi memikul tugas untuk merangka,merancang dan melaksanakan pelbagai dasar dan polisi untuk kemajuan para pelajar dan seiring pembangunan kampus.
Saya mengakhiri bingkisan ini dengan sebuah kata kata yang dipetik dari Imam Al-Ghazali “Apabila kamu hendak mengenal wajah, lihatlah pada cermin,tetapi apabila kamu hendak mengenal diri atau peribadi maka bercerminlah pada wajah”.
Kata-kata tersebut memberi gambaran betapa keperibadian dan akhlak yang mulia akan menjadi tali pengukur kepada setiap individu.Oleh itu,setiap pelajar perlulah menonjolkan sesuatu imej yang terpuji dan berakhlak mulia.Akhlak mulia merupakan inti sari kepada nilai-nilai murni yang sejagat dan amat dituntut sama ada dari sudut budaya,dan peradaban atau disisi agama.Nilai tersebut bermatlamat untuk membentuk insan yang seimbang dari aspek mental,emosi,intelek dan jasmani.Dengan terbentuknya nilai-nilai tersebut,maka akan lahirlah insan yang berhati mulia,bersopan santun,dan hormat-menghormati.Falsafah hidup yang bertunjangkan prinsip-prinsip akhlak seperti ini,sudah pasti dapat mencerminkan suasana kehidupan kampus yang harmoni dan seiring dapat melahirkan pemimpin yang berjiwa menyeluruh .
Sesungguhnya,tiada kejayaan tanpa keiltizam yang tinggi.Semangat dan keiltizam akan terlaksana apabila wujud permuafakatan dan permesyuaratan yang baik.Oleh hal yang demikian,amalkanlah kerjasama dan persefahaman “ibarat sejunjung bak sireh,dan serumpun bak serai” dalam usaha menyatupadukan idea dan usaha.Sebenarnya inilah landasan yang sesuai yang harus diguna pakai dalam pertubuhan organisasi JPP dalam meningkatkan lagi prestasi dan perkembangan kampus dan seluruh warganya. Terima kasih juga buat editor Web Gabungan Mahasiswa Bersatu kerana sudi menerbitkan artikel ini.
Seikian terima kasih.
daripada : http://siswaperak.com/