Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya: “ Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.) Riwayat Muslim) Ulasan Hadis: 1. “Pada Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada ALLAH melainkan akan dikabulkan permintaannya.” (Hadis riwayat Muslim). 2. Dalam hadis lain, Rasulullah bersabda yang bermaksud : “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat. .“Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba mukmin apabila meminta (berdoa) kepada ALLAH sesuatu kebaikan melainkan ALLAH memakbulkan doanya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan ALLAH melindunginya daripada kejahatan.” (Hadis riw...