Syabab yang Hebat

Assalamualaikum sahabat..

Nama Fatih Seferagic mula meniti di bibir golongan remaja, tak kira di Malaysia atau Mesir. Alhamdulillah, imam muda ini berjaya menambat hati golongan muda kita untuk mengenal Al-Quran dan mendekati padanya.

Kita juga perlu begitu. Menjadi orang yang luar biasa supaya orang ramai mengikuti kita mengenali Allah. Usaha dan terus usaha, untuk menjadi orang luar biasa di mataNya dan di mata makhlukNya. Bukan mudah ana akui, tetapi bukankah Allah telah menjanjikan bahawa setiap usaha ke arahnya dicatat sebagai suatu ganjaran yang besar malah amat didambakanNYA?

Moga kita juga mampu menjadi syabab yang hebat sepertinya, dan bukan hanya mengharapkan dia seorang sahaja untuk menaikkan Islam.

Allahu Rabbi..
Moga ALLAH redha..Moga ALLAH kasih..(:


Nukilan daripada : Nurul Hasanah Zahar