FITNA !!


Pasti ramai sahabat/ah di luar sana sudah pun mengetahui cerita berkaitan tajuk di atas, rasanya tidak terlewat untuk penulis coretkannya di sini. Video FITNA sudah tersebar luas di internet. Ia dihasilkan oleh Geert Wilders, seorang ahli Parlimen dari Belanda. Filem ini telah memberikan satu tamparan hebat pada dunia Islam dan pelbagai reaksi telah dilemparkan.
Ada diantaranya telah mengambil tindakan dengan memboikot barangan dari Belanda. Namun, untuk melihat keberhasilan serangan balas ini, memetik kata bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, memerlukan komitmen semua pihak dalam jangka masa yang panjang.Ada juga yang menyarankan, mengapa tidak kita adakan sahaja demonstrasi dan memorandum kepada pihak berkenaan di samping boikot. Biar nampak umat Islam tegas berprinsip dan mempunyai daya sensitiviti agama yang tinggi. Langkah yang dilakukan di atas ada juga kebenarannya agar puak-puak musuh Islam ini tahu bahawa masih ada golongan yang membela Islam dengan sepenuh jiwanya.

Apa rasionalnya jika memboikot dan berdemo? Ini kerana, jika dilihat pada tayangan pendek filem berkenaan, sememangnya tidak masuk akal malah terang-terangan menghina Rasulullah. Ia juga menyeru secara tidak langsung pada umat Islam, agar, tinggalkan sebahagian isi Al-Quran dan ambil sahaja yang bersesuaian dengan konteks semasa. Bagi cerdik pandai ataupun yang sudah memahami sedikit sebanyak intipati sebenar Al-Quran, perkara ini tidak mengapa. Akan tetapi, persoalannya, bagaimana pula kita hendak menyedarkan penipuan propaganda yahudi ini pada mereka yang masih mencari keindahan Islam dan masih keliru,tidak mempunyai kefahaman yang sebaiknya? Penulis amat yakin, di mana-mana ceramah, ustaz-ustaz pastinya akan menyentuh isu ini untuk memberikan penjelasan kepada umum agar tiada pihak yang terkeliru dan terpengaruh dengan propaganda yang disebarkan. Moga masyarakat umum tidak dipengaruhi oleh propaganda tersebut. amin..

Itu melibatkan orang bukan Islam yang menghina Islam, kita pantas menggariskan hukuman yang patut dilakukan. Tetapi!!..bagaimana pula orang Islam sendiri yang menghina Islam?? Apakah hukuman yang kita hendak jatuhkan? Inilah yang sering mengelirukan. Bukan maksud untuk menidakkan tindakan memboikot atau berdemo, tetapi ingin menyedarkan bahawa kita selaku yang bergelar Islam juga tidak terlepas dari melakukan penghinaan terhadap agama kita sendiri jika batas-batas dan hukum-hukum yang di tuntut agama tidak dilaksanakan dengan sempurna. Bagaimana pakaian umat Islam di Malaysia? Apakah memdedah aurat tidak menghina Islam? Apakah minum arak, berjudi, menipu, riba dan sebagainya itu tidak menunjukkan kita juga menghina Islam?? Fikirkanlah!! Jika musuh Islam menghina Islam tidaklah dihairankan kerana mereka sememangnya musuh yang ingin menjatuhkan Islam, tetapi kita yang mengaku Islam menghina! Islam, amat-amat memalukan dan menyedihkan.

Renung-renungkanlah, mungkin ada pihak yang marah dengan coretan ini. Cubalah kita berlapang dada, kenang keterlanjuran yang kita telah lakukan dan cepat-cepat kita insafinya. Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk hambanya yang benar-benar mahu kembali ke jalan yang diredhaiNya. Terutamanya kepada pelajar, marilah kita mencari kefahaman Islam yang sebenar, musuh-musuh Islam sentiasa cuba memesongkan aqidah dan fahaman umat Islam. Tanpa ilmu dan kefahaman yang kukuh kita mungkin akan terpengaruh. Belum terlambat untuk kita berubah namun 'masa tidak akan berhenti'.

Comments

Popular posts from this blog

Tanda-tanda Iman Lemah dan Cara-cara Mengatasinya

'IKHWAN' - UMAT YANG DIRINDUI OLEH NABI