APA HALNYA PELAJAR PUO!!
Penuh sesak!!! Itulah suasana yang berlaku di Dewan Kuliah Awam semalam (26 Mac 08 ) apabila semua pelajar PUO yang tinggal di Taman Cempaka di panggil oleh pegawai HHP.. Pada awal peracangannya, perjumpaan itu hendak dibuat di Dewan Sri Kinta,tetapi disebabkan dewan tersebut digunakan oleh pelajar JP untuk peperiksaan, maka perjumpaan tersebut terpaksa di jalankan di Dewan Kuliah. Kenapa?? Apa halnya pelajar ini di panggil?? Memang terbukti majoriti pelajar PUO menetap di Tmn Cempaka atau lebih glamour dengan panggilan TC, mereka kebanyakkannya Sem 2- Sem 6 yang boleh digelar senior atau otai student PUO. Tapi perangai tidak menggambarkan seorang senior atau pelajar yang berintelektual. Atas dasar inilah pelajar yang tinggal di TC di panggil oleh pihak atasan PUO. Pihak pentadbiran sebenarnya sudah menerima banyak aduan berkaitan perilaku pelajar yang menyewa di luar. Bukan TC sahaja malahan di Pekan Razaki dan kawasan Ampang cuma TC memegang carta paling atas kerana setiap semester...