Salam..
Dunia Hari IniSemenjak mata dapat melihat, semenjak itulah saya banyak memerhatikan perkara-perkara yang berada di sekeliling alam ini. Bermacam-macam ragam, bermacam-macam jenis, bermacam-macam gaya. Ada yang suka, duka, sedih, hilai, tangis, lawak, pelik dan bermacam-macam lagi. Namum begitu, apa yang hendak saya kongsikan ialah perkara pelik yang saya saksikan. Saya melihat remja pada masa kini semakin menuju kearah suatu kerosakan yang akan membawa kepada kehancuran. Hancurnya remaja akan menunjukkan kehancuran negara pada masa akan datang. Saya melihat ia berpunca daripada masalah didikan yang tidak sempurna ataupun tidak betul dalam melahirkan generasi pada masa kini. Ia juga berpunca daripada dasar pendidikan negara dan ibubapa yang menekan didikan berkonsepkan keduniaan disamping mengambil sedikit pendidikan akhirat. Jika dilihat daripada tempat-tempat ataupun pusat-pusat pengajian Al-Quran, Qiraati ataupun mana-mana tempat pengajian Islam sentiasa mendapat perhatian ibubapa untuk menghantar anak-anak mereka. Jika dilihat pada keadaan ini menunjukkan ibubapa menitikberatkan pendidikan agama. Tapi jika diperhatikan, perkara ini sekadar di jadikan budaya sahaja. Saya mengambil contoh kelas pengajian Al-Quran yang dijalankan di masjid-masjid yang biasanya dijalankan selepas solat fardhu. Saya melihat tidak semua pelajar yang datang menunaikan solat. Sepatutnya ibubapa, imam, bilal dan orang yang sepatutnya yang mempunyai kuasa mengajak pelajar-pelajar menunaikan solat secara berjamaah. Namun begitu, ibabapa yang menghantar anak-anaknya juga tidak menunaikan solat secara berjemaah. Tambah memburukkan lagi ada yang datang menghantar anak-anak berseluar pendek jika yang lelakinya, baju berlengan pendek, ketat jika yang perempuannya. Macammana anak-anak akan berjaya dididik dengan baik jika perkara yang terjadi seperti ini. Apabila pulang ke rumah pula, beberapa guru yang bersedia untuk merosokkan remaja sedang menunggu. Mereka ialah TV1, TV2, TV3, ntv7, ASTRO, 8TV dan lain-lain dengan pelbagai rancangan hiburan yang ingin memeningkan kepala remaja. Dengan itu mereka akan lupa akan tanggungjawab mereka di dunia ini. Mereka akan lupa dengan Maha Pencipta yang mencipta mereka, dengan kematian yang pasti datang, dengan amalan yang masih belum cukup, dengan maksiat yang masih belum memohon taubat, dengan diri yang kekurangan ilmu. Mereka akan merasa hebat, megah dengan pencapaian yang tidak seberapa. Mereka akan lupa dengan hakihat kejadian manusia di dunia ini. Apa yang saya tulis ada yang tidak termampu untuk saya lakukan. Namum sebagai insan yang merasa mempunyai tanggungjawab terhadap agama Islam, anak-anak Islam, masa depan Islam, saya menulis. -ibnu ahmad- http://fakir-insani.blogspot.com/ Siapakah KitaPersoalan yang ingin saya ungkitkan ialah apakah kita mengenal akan diri kita sendiri. Apabila di tanya, siapakah awak, saya ialah saya, saya ialah manusia, saya ialah Syamsul, saya ialah Suhana bt Yaakob dan maca-macam lagi. MARAH, TEKANAN PERASAANManusia dibuat daripada tanah. Oleh itu untuk menghilangkan atau mengurangkan rasa marah, jika ia sedang berdiri, maka duduk lah. Jika dia sedang duduk, baringlah. Ini adalah untuk mendekatkan manusia dengan bahan yang menciptakan manusia. Agar tubuh badan ini menjadi lebih aman. Marah itu berpunca daripada syaitan. Syaitan itu pula berasal daripada api. Oleh itu, untuk meredakan kemarahan, kita di suruh untuk mengambil wudhuk. Jikalau masih belum hilang akan marahnya, cadangan saya ialah mandi terus. Lagi cepat padam api tersebut. Untuk menghilangkan tekanan, bacalah Al-Quran beserta tafsirnya. Ini adalah untuk kita memahami akan kandungan kitab suci itu. Ia akan mengubat jiwa kita dengan izin Allah. Membaca sirah nabi-nabi, sahabat-sahabat, para pejuang agama Allah. Ini dapat mengubati hati kita bahawa cabaran yang kita hadapi masih terlalu sedikit/kecil jika hendak di bandingkan dengan golongan-golongan tersebut. Apabila di landa musibah, renungkanlah apa dosa yang telah kita lakukan, apakah maksiat yang telah kita buat. Muhasabahkanlah akan diri. Jangan asyik menyalahkan orang lain. Allah menurunkan musibah kepada kita agar kita sedar apa yang telah kita buat. Sentiasalah menambah ilmu dengan menghadiri kuliah-kuliah, ceramah-ceramah, usrah dan lain-lain agar kita mendapat petunjuk daripada Allah. Sentiasalah berdamping dengan ulamak-ulamak sebelum mereka meninggalkan kita. Berkawanlah dengan sahabat-sahabat yang mampu menegur kita apabila kita buat kesalahan, menasihati kita apabila kita lalai. Saya mengalu-alukan sebarang perkongsian ilmu dengan para sahabat.KU TERMENUNGAPABILA TERASA DIRI DI AWASI TUHAN, MERASA BERDOSA SETIAP WAKTU, JIWA MENDERITA DENGAN DOSA, RASA SYUKUR DENGAN NIKMAT-NYA, RASA HINA DIRI DENGAN TUHAN, ITULAH TANDA KITA MEMILIKI SIFAT KEHAMBAAN |
Comments