Posts

Showing posts from January, 2010

.::Manisnya Ukhuwah::.

Image
Bila berbicara tentang ukhuwah, ia bukanlah satu tajuk yang hanya cukup ditazkirahkan didalam usrah.atau disampaikan di dalam daurah, tamrin atau rehlah. Ia menuntut sesuatu yang lebih dari itu. Ia tidak cukup dgn hanya memberi tazkirah. Ia sesuatu yang dirasai kemanisannya. Dirindui dan dikenang2 bila kehilangannya. .dengan niat menghidupkan nya kembali…tidak betah seseorang itu begitu hebat bersyarah perihal ukhuwwah, andai dia sendiri belum pernah memberi 'tiket' ukhwah ataupun menerima 'tiket' ukhwah itu... Apa itu ukhwah... “Orang-orang beriman itu Ikhwah (adik beradik), maka baikilah hubungan diantara kamu dan bertaqwakan kepada Allah …” (Al-Quran). Maka ukhwah itu adalah sisterhood.. .. “Tidak beriman kamu sehingga Allah dan rasulnya lebih disayanginya dari selain kedua-duanya” (Hadis). “Tidak beriman kamu sehingga dia menyayangi temannya sepertimana dia menyayangi dirinya sendiri” (Hadis) HAB menterjemahkan ukhwah dalam bahasa yang cukup indah dan basah..(...

Kenapa?!

Image
KENAPA AKU DIUJI?  "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3   KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?  "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." -Surah Al-Baqarah ayat 216 KENAPA UJIAN SEBERAT INI?  "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." -Surah Al-Baqarah ayat 286   RASA FRUST?  "Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman." - Surah Al-I...

Ahlan Wa Sahlan

Image
ASSALAMUALAIKUM... KAMI MENGALU-ALUKAN KEDATANGAN KALIAN UNTUK SAMA-SAMA MEMERIAHKAN  MAJLIS PADA HARI TERSEBUT MoH p reramai deh, juMpe di sana... (~0^)

Ahlan Wa Sahlan

Image
  Assalamualaikum... Bismillahirahmanirrahim... Syukur Alhamdulilah... kita masih diberi nikmat iman dan islam... pada 11 Januari 2010 - 17 Januari 2010 MINGGU SUAI KENAL(MSK) bagi sesi JANUARI 2010 Kamsis Politeknik Ungku Omar Sehubungan dengan itu, nahnu ingin menjemput mantan-mantan eXco & mantan-mantan pSSi   bagi sama-sama hadir dalam menjayakan MSK Januari 2010 Diharapkan dengan kehadiran antum dapat membantu mengeratkan lagi ukhuwah antara kita serta dapat berkongsi idea dengan BARISAN JPK kamsis & BARISAN Pssi PuO sesi JANUARI 2010...

TEMA SESI JANUARI 2010

Image
YA UMMATI!!! Usah risau jika kurang tidurmu Kerana itulah tradisi orang yang berjuang Tidurnya tak panjang makannya tak banyak orang berjuang kuat bekerja semangat dan cinta  kasih pada ALLAH & RASUL  mekar berpanjangan bagi mereka masa yang singkat tika dinihari itu  digunakan untuk menjinakkan hati  dengan membaca AL-QURAN dan banyak mengingati MATI dari manakah tenaga itu diperolehi? kudratnya dari aliran darah  yang telah dizikirkan dengan kalimah ALLAH rindu dan kecintaan kepada ALLAH menyebabkan segala halangan itu  sudah lali bagi  sang PEJUANG

Ahlan Wasahlan 2010

Image
Di Manakah Kita Tahun Baru ni???   SETIAP kali tiba 1 Januari, soalan apakah sikap kita sebagai umat Islam dalam menyambutnya sering ditanya dan selalunya, ia akan dijawab dengan beberapa jawapan atau maklum balas segera yang biasa didengar selama ini. Antaranya ialah haram menyambut kedatangan tahun baru Masihi yang bukan tahun Islam . Tulisan ini sama sekali tidak bertujuan membincang atau mempertikaikan maklum balas berkenaan tetapi sekadar mengajak pembaca bermuhasabah mengenai hal yang berlegar di sekitar kita seharian. Bukanlah menjadi suatu kesalahan sekiranya kita memperingati kedatangan 1 Januari daripada sudut pergerakan dan peredaran masa. Tuntutan supaya mengambil berat mengenai masa jelas disebut dalam al- Quran sehingga salah satu surah dinamakan al-Asr yang bererti masa. Firman Allah yang bermaksud: “Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; kecuali orang yang beriman dan beramal soleh serta mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpes...