.::Manisnya Ukhuwah::.


Bila berbicara tentang ukhuwah, ia bukanlah satu tajuk yang hanya cukup ditazkirahkan didalam usrah.atau disampaikan di dalam daurah, tamrin atau rehlah. Ia menuntut sesuatu yang lebih dari itu. Ia tidak cukup dgn hanya memberi tazkirah. Ia sesuatu yang dirasai kemanisannya. Dirindui dan dikenang2 bila kehilangannya. .dengan niat menghidupkan nya kembali…tidak betah seseorang itu begitu hebat bersyarah perihal ukhuwwah, andai dia sendiri belum pernah memberi 'tiket' ukhwah ataupun menerima 'tiket' ukhwah itu...
Apa itu ukhwah...

“Orang-orang beriman itu Ikhwah (adik beradik), maka baikilah hubungan diantara kamu dan bertaqwakan kepada Allah …” (Al-Quran).

Maka ukhwah itu adalah sisterhood.. ..
“Tidak beriman kamu sehingga Allah dan rasulnya lebih disayanginya dari selain kedua-duanya” (Hadis).
“Tidak beriman kamu sehingga dia menyayangi temannya sepertimana dia menyayangi dirinya sendiri” (Hadis)


HAB menterjemahkan ukhwah dalam bahasa yang cukup indah dan basah..(hanya 'basah' bagi mereka yang betul2 merasainya sahaja..)

Apa Yang Saya Maksudkan Dengan Persaudaraan;

Persaudaraan itu ialah hati-hati dan roh-roh dihubungkan dengan ikatan akidah. Akidah adalah hubungan yang paling ampuh dan berharga. Persaudaraan adalah saudara iman dan perpecahan adalah saudara kufur. Kekuatan yang pertama ialah kekuatan perpaduan. Perpaduan tidak akan wujud tanpa kasih sayang. Rasa kasih sayang yang paling rendah ialah berlapang dada (bersikap terbukar) dan paling tinggi ialah mengutamakan orang lain (itsar)..

Dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya. (Al-Hasyr: 9)

Saudara yang jujur akan merasakan saudara-saudaranya lebih utama dari dirinya sendiri kerana segala hidupnya bersama mereka. Sedangkan mereka, jika tidak bersamanya akan bersama dengan orang lain. Serigala akan hanya menerkam kambing yang bersendirian. Orang mukmin dengan orang mukmin yang lain umpama bangunan yang saling kuat memperkuat antara satu sama lain.

Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain. (Al-Taubah: 71)

Inilah yang sepatutnya kita lakukan.


Perihal ukhuwwah dalam memoriku...


Ana masih ingat lagi beberapa peristiwa yang membuatkan ana rasa cukup manisnya ukhuwwah..
Lebih manis dari indahnya jatuh cinta buat kali pertama...

Pada suatu ketika, dlm satu liqa'...seorang ukhti meluahkan perkara yang telah lama terbuku dihatinya... Terasa berat olehnya sehingga tidak mampu dibendungnya lagi... 'Meluahkan' bukanlah sesuatu yang mudah bagi ukhti... Kerana 'nature' nya pendiam, pemendam dan kebiasaannya dibibirnya, hanyalah senyuman yang tidak pernah lekang tersulam...
Lalu dia bersuara...

*-'Ya Ukhti, berat ana ingin lafazkan... Namun ana tak mahu ia terus bersarang di dada, takut ukhwah ini lemah kerananya... Iman ini larut dlm bisikan jahatnya..'
#-'Emm... Silakan ya Ukhti, ana sedia mendengar... .'
*-'Yang sebenarnya, waktu diprogram aritu... Ana amat terasa dengan ukhti...'
#-'Astaghfirullahal 'azim....., bila ya Ukhti? Ana minta maaf.. Ana x perasan....dimana salah ana ya ukhti?'
*-'Masa tu ana mmg x ckup tangan didapur... Rasa tak tertanggung lagi... Ana sendiri x yakin dpt uruskan makanan utk 500 + orang... Ade barang yang tiada... Ada nasi yang x ckup masak... Ada adik2 yang datang kelaparan, belum sempat terjamu lagi... Org lain didapur tiada yang tetap..keluar dan masuk...
- Masa tu ana mmg x tau nak buat apa... Buat sekadar yang terdaya... Ana memang sangat2 harapkan pada enti ... Sama2 uruskan hal2 dapur... Tp enti x putus2 risaukan adik2 enti yang didewan sana... Takut mereka tiada siapa yang follo up.. Kadang2 enti hilang ke dewan.. Di saat2 ana sgt perlukan enti...
# -' Astaghfirullah. .. Ana mmg x sedar ... Ana mmg risau betul dgn adik2 ana... Maafkan ana... Ana lupe org yang plg hampir dengan ana... Afwan ya ukhti...
*-'Mase tu ana mmg sedey sangat dgn enti...tp sebenarnya.. Silap ana juga... Mengapa ana harus mengharapkan kebergantugan pada manusia...sedangkan Allah kan Maha Kuat.. Silap ana juga ya ukhti.. Maafkan ana..
#-'Ana yang salah ... Maafkan ana... Ana mengejar yang jauh, sedang yang dikendong ini hampir keciciran... '
*-'Ana pun salah juga... Afwan.. Andai terlalu lama menyimpan dlm hati ya Ukhti...'

Tatkala ukhuwwah ini diuji Allah, walau hanya sedikit... Dua jiwa atau roh yang tertaut atas jlnnya yang merasa, merana dan terkesan olehnya.. Selagi ia tidak diuji, manakan kita tahu sejauh mana kuatnya tautan keduanya.. Kebergantungan seorang ukht kepada seorang ukht yang lain utk mengemudi jalan dakwah ini tandanya perpaduan..dan tidak mungkin perpaduan akn wujud tanpa kasih sayang... Seperti yg HAB nyatakan...

'Kekuatan yang pertama ialah kekuatan perpaduan. Perpaduan tidak akan wujud tanpa kasih sayang. Rasa kasih sayang yang paling rendah ialah berlapang dada (bersikap terbuka) dan paling tinggi ialah mengutamakan orang lain.'

Nah, kasihilah akhawat sekalian, sebagaimana antum kasihkan mad'u2 antum...
Lebihkanlah akhawat sekalian, sebagaimana antum lebih2kan masa2 antum, wang ringgit antum buat yang lain...
Kerana tanpa kasih sayang, lekanglah perpaduan dan ukhuwwah...
Dan paling sedih, sehingga tergadainya dakwah...
Pabila ada akhawat yang seorang demi seorang futur dalam perjuangan menuju Allah ini...

Pada suatu ketika, setelah tamat program..lalu ana bersalaman dengan seorang ukht ni... Erat sungguh genggaman tangannya.. Hangat dan kemas pelukannya pada tubuh ana...lama ..senyap..tiada sebarang ucapan mahupun suara... Seolah - olah ingin menyampaikan segala yang tersimpan didlm hatinya.. Akhirnya dia berkata..

'Ya Ukhti, KITA belum mampu kehilangan.. . Walaupun seorang ukhti....'

Berjujuran air mata ana... Begitu tinggi pengharapan ukhti ini pada ana... Ana tahu, bukan pada ana seorang, namun semua akhawat yang hadir ketika itu...pada antunna semua...
Saat ini dakwah KITA masih goyah... Ukhuwwah kita masih lesu... Taat kita masih boleh dipersoalkan. .. Tadhiyah kita masih minimun... Thiqah kita masih belum sempurna...
Namun ana pasti.. Setiap dari kita berusaha untuk yang terbaik.. Membentuk diri menjadi individu muslimah yang terbaik...

Dalam satu situasi yang lain, seorang ukht menjadi mas'ulah dalam sesuatu tugasan yg diberi dlm keadaan ad-hoc..dan dan tu je 'terpaksa' menjadi mas'ulah...
Pening ukhti ini memikirkan siapa yang ada berdekatan utk membantunya menguruskan tugasan yang diberi...bukan yang berdekatan saja, ttp dm fikirannya.. . 'Siapakah yang ada, yang apabila ukht ni meminta bantuan, dia tiada kata dua, melainkan menyahut dengan jawapan...'Baik! Insyaallah ana dtg sekarang juga...'
Ditilik-tilik setiap no. telefon yang ada... Namun, akhirnya no. yang dipilih adalah ukht A, Ukht B, Ukth C... Dan betul gerakan hati ukht ini... Ukht A,B, & C hadir memberi bantuan tanpa ada alasan alasan yang memenatkan.. . Sesungguhnya ukhti ini tahu siapa yang dpt dia hidup bersama... Dia tahu jika dia tidak bersama mereka, maka dia tidak akan bersama dengan selain mereka... Sedangkan jika org lain (org biasa), jika tidak bersama kita ... Pasti mereka akan bersama dgn selain dari kita...

Saudara yang jujur akan merasakan saudara-saudaranya lebih utama dari dirinya sendiri kerana segala hidupnya bersama mereka. Sedangkan mereka, jika tidak bersamanya akan bersama dengan orang lain. Serigala akan hanya menerkam kambing yang bersendirian. Orang mukmin dengan orang mukmin yang lain umpama bangunan yang saling kuat memperkuat antara satu sama lain. (HAB)

Nah, mari kita refleksi diri, muhasabah sanubari, berkatalah dari hati....
Andai antunna tidak bersama akhawat disini, adakah antunna betah hidup sendiri?...


Tidak bagi ana ...ana tidak bisa hidup sendiri tanpa akhawat disisi... Walau berat hati ini ingin berpisah, berat lagi jiwa ini yang menanggung.. .. (apetah lagi bila ingin meluahkan... .)
Namun, ana sedar....ukhuwwah itu ruh ruh & jiwa jiwa yang diikat dgn ikatan aqidah...ikatan yang suci...
Walau jasad ini terpisah puluhan ribuan kilometer dari antunna semua, namun ruh & jiwa kita yang sentiasa membara akan sentiasa bersama2 tertaut di atas Jalan Ini...
Mohon pada Allah, yang terbaik darinya, Robbul 'Alamin... 


Popular posts from this blog

Tanda-tanda Iman Lemah dan Cara-cara Mengatasinya

'IKHWAN' - UMAT YANG DIRINDUI OLEH NABI