TEMA SESI JANUARI 2010
YA UMMATI!!!
Usah risau jika kurang tidurmu
Kerana itulah tradisi orang yang berjuang
Tidurnya tak panjang
makannya tak banyak
orang berjuang kuat bekerja
semangat dan cinta
kasih pada ALLAH & RASUL
mekar berpanjangan
bagi mereka
masa yang singkat tika dinihari itu
digunakan untuk menjinakkan hati
dengan membaca AL-QURAN
dan banyak mengingati MATI
dari manakah tenaga itu diperolehi?
kudratnya dari aliran darah
yang telah dizikirkan dengan kalimah ALLAH
rindu dan kecintaan
kepada ALLAH
menyebabkan segala halangan itu
sudah lali bagi
sang PEJUANG