Become our Fan

Mar 18, 2010

Nasihat Ibn Qayyum


basmallah

Salam'alaykum, salam mahabbah, salam penuh kecintaan dan kasih sayang buat saudara-saudara se-muslim yang dikasihi sekalian, moga sentiasa dalam rahmatNya dan terus didalam hidayahNya.
Afwan, masih tidak cekap dalam menguruskan masa untuk menupdate blog. Jadi, kepada yang baru masuk blog ni, bolehlah korek isi-isi blog ni yang lama bagi menambah ilmu, serta melihat link-link di pautan kembara ilmu sebelah kanan blog ini bagi mengisi masa lapang antum.

Sebelum mengundur diri, ana hanya ingin berkongsi sedikit nasihat ibn Qayyum, terimalah...

Berkata Ibnu Qayyum:



Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah swt.

Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan Allah swt.

Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah swt.
Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa dengan Nya.

Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan larangan Nya serta qadha' dan qadar Nya serta kesenantiasa sabar sehingga menemui Nya.

Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepada Nya dan bermohon kepada Nya.

Andai dunia dan isinya diberikan kepada manusia masih tidak lagi dapat membendung hajat hati si hamba itu.

Moga kalian dalam redhaNya sentiasa..

Wallahu Ta'ala 'Alam..