Man Jadda Wa Jada

Man Jadda Wa Jada ialah sebuah pepatah Arab yang maksudnya dalam Bahasa Melayu ialah "Siapa Yang Berusaha, Dia Akan Berjaya". Sememangnya sesiapa sahaja yang melakukan sesuatu, hendaklah dengan bersungguh-sungguh, dan insyaAllah kejayaan menjadi hasilnya. Tak kiralah "siapa" itu, ditujukan kepada manusia sebagai khalifah Allah di muka bumi mahupun binatang yang diciptakanNya... :)

Mari kita lihat satu usaha yang boleh dijadikan inspirasi... :)

Pada suatu hari, seekor siput (babi/khinzir)? ;)
sedang berjalan-jalan mencari rezeki...
sampai di tepi sebuah jurang... 

 Ya Allah, camne nak ke seberang sana?..ate dalam jugak nih
 (siput cakap bahasa perak) ;)
 
Adeh! jambatan rendah..Tangga pon tak dok..

ish..ate kena redah juge lee..TAWAKKAL..InsyaAllah, Bismillah..

Iyarh... nasib baik ler Allah ciptakan aku ni elastik...
cuba... 1,2,3... hoh, sampai pun...

Boleh wat panjang lagi ni... iyarhhh...
Alamak... cangkerang berat da... nasib baik tak tergolek...

Phuh... Ya Allah... selamatkanlah hambaMu ini...
ate dok berdaya doh ni...

hiiyah... lompat!
ALHAMDULILLAH..............
 
 
Tidak Allah ciptakan sesuatu itu dengan sia-sia,
menjadi petunjuk dan pengajaran bagi orang yang berfikir
..