Ahlan Wa Sahlan
"Wahai Tuhan kami!
Lapangkanlah bagiku dadaku dan mudahkanlah urusanku dan bukalah
simpulan lidahku supaya mereka faham ucapanku."
Salam wadah dari kami Persatuan Siswa Siswi Islam PUO dan selamat datang kami ucapkan kepada 'adik-adik' semester pertama serta selamat kembali kepada 'senior' dalam menempuhi "UJIAN IMAN" sebagai seorang mahasiswa. Moga-moga disaat ini kita mendapat keredhaan untuk kembali bersama-sama dalam medan ‘ study ’ ini. Kami amat mengharapkan anda semua mengembalikan semangat berkobar-kobar untuk menuntut ilmu dengan hati yang tulus. Disini bukan masanya untuk kita main-main lagi atau berpeleseran seperti zaman jahiliyah dikala kita tidak mengetahui arah tujuan hidup kita yang sebenar. Ingatlah Ibu Bapa kita sentiasa mengharapkan kejayaan di kala kita melangkah setapak di bumi PUO ini, janganlah sesekali kita menghampakan hasrat mereka. Kami disini mengalu- alukan anda semua menyertai apa-apa sahaja program yang bakal dilaksanakan oleh pucuk pimpinan kami tidak lama lagi. Akhir kalam dari kami semoga kita mengamalkan apa yang telah Islam ajarkan kepada kita dan ingatlah kita berada di zaman umat akhir zaman, jangan sesekali kita leka dan lalai dalam melaksanakan syariat Islam khususnya.
Sekian dari kami. Wassalam…
"MANTAPKAN TANZIM RAPATKAN UKHUWAH"