Solat Merawat Otak



Kita mungkin pernah terdengar cerita tentang pakar saraf otak yang menyatakan bahawa ketika sujud beberapa urat saraf akan diperbaiki, saya ingin membetulkan sedikit fakta tersebut. Sebenarnya bukan beberapa urat saraf sahaja tetapi seluruh bahagian depan otak iaitu prefrontal cortex (PFC), bahagian ini merupakan "decision maker" bagi manusia untuk merancang, berfikir dengan waras, rational, kreativiti, future planning, critical thinking dan banyak lagi sifat yang membezakan manusia dan haiwan.

Manusia makin lari dari sifat kemanusiaan kerana PFCnya makin lama makin lemah, seperti otot yang lama tidak digunakan. Manusia yang selalu didalam stress atau apa-apa sahaja sifat-sifat negatif termasuklah cemburu, hasad, pemarah dan macam-macam lagi sebenarnya lebih banyak menggunakan "reflect brain" (bahagian belakang yang primitif) dari the "thinking brain". Ini disebabkan oleh hormon andrenalin yang dikeluarkan ketika stress/takut. Hormon andrenalin juga menyebabkan darah kebahagian depan (thinking brain) berkurangan kerana fisiolagi manusia ketika stress/takut, harus lebih bersedia untuk bertindak pantas tanpa perlu berfikir panjang samada untuk lari atau lawan (seperti haiwan).

Jadi bila selalu sangat stress dan PFC menjadi lemah, kebanyakan manusia yg menyatakan mereka berfikir sebenarnya adalah diragukan, mereka sebenarnya lebih menggunakan memori atau pun reflect brain menyebabkan hidup dalam keadaan yang sama, mengulang kesalahan yg sama atau pun membuat tindakan yang penuh kesalan dikemudian hari.

Apa yang didedahkan oleh saintis UM seperti yang lapurkan diakhbar-akhbar baru ini , terutamanya bab membawa ketenangan adalah kerana bila manusia lebih tenang, tiada hormon andrenalin yang sebelum ini mengecilkan salur darah ke PFC menyebabkan perjalanan darah ke PFC lebih lancar dan juga perbuatan sujud itu sendiri seolah-olah memaksa darah kembali ke PFC dan secara langsung merawatnya. Tindakan fokus/khusyuk dalam sembahyang juga terbukti merawat PFC seperti dibuktikan oleh pakar meditasi barat yg menbuat kajian
peranan meditasi dan PFC.

Sebab itu sembahyang yg diterima adalah sembahyang yg khusuk, bukan sembahyang yg fikiran melayang kearah duniawi, dan dalam keadaan sujud ini jugalah ketika PFC rapat kebumi manusia amat hampir kepada Allah

Surah Al Alaq 96:19 Day, heed him not: But bow down in adoration, and bring thyself the closer to Allah.!
Yg menarik mengenai otak lagi, bahagian yang menipu terletak diatas sedikit dari PFC iaitu ubun-ubun/forelock seperti yang tertulis juga didalam surah
Al-Alaq 96 : 15 Let him beware! If he desist not, We will drag him by the forelock,- 16 A lying, sinful forelock!

Bahagian otak di ubun-ubun ini digelar "cingulate guru" yang mana jika "overactive" akan menyebabkan manusia selalu mudah berfikir benda-benda yang negatif yang juga menyebabkan manusia cenderung menipu. Ini boleh diperbaiki dengan menenangkan fikiran seperti bila kita sembahyang dengan tenang dan penuh kesyukuran, bukan sembahyang dengan terpaksa atau tidak ikhlas bukan kerana Allah.


Definasi lain untuk insanity/kegilaan adalah: Doing or thinking the same thing but expecting different result / Bertindak atau berfikir benda yang sama tetapi harapkan perkara lain.

Jika PFC kita lemah, berfikir tetapi sebenarnya lebih kepada memori, tidak hairan lah jika kita mendapat benda yang sama setiap hari.. jadi untuk mendapat sesuatu yang lain didalam hidup ini, rajin-rajin lah sembahyang dengan ikhlas dan khusyuk supaya bahagian otak yang berfikir hidup kembali, memboleh kan kita menjadi lebih melihat masa depan dan dengan kreativiti membenihkan idea-idea yang cemerlang untuk membangunkan diri sendiri dan juga membantu umat Islam khususnya dan umat manusia yang lain amnya.

Artikel dipetik dari laman :
http://syurgadidunia.blogspot.com/2008/10/solat-merawat-otak.html

Popular posts from this blog

Tanda-tanda Iman Lemah dan Cara-cara Mengatasinya

'IKHWAN' - UMAT YANG DIRINDUI OLEH NABI