Sejarah dan Perkembangan Gerakan Islam

Mempelajari tentang sejarah dan perkembangan gerakan Islam semenjak dari zaman kemunculannya sehinggalah ke era moden pada hari ini sangat menjadi keperluan bagi kita untuk memahaminya. Betapa banyak berlaku perubahan dari sudut pendekatan, corak pemikiran serta pendirian gerakan Islam hari ini sebagai respon kepada perubahan-perubahan yang berlaku serta respon terhadap cabaran-cabaran di sekeliling yang dihadapi. 

Zaman 'penegasan prinsip' atau zaman ketika ditindas dan tidak mempunyai kuasa, ternyata berbeza dari segi pendekatan jika hendak dibandingkan pada era kini. Era baru gerakan Islam diberikan sedikit kuasa untuk menzahirkan model pemerintahan yang baik 'model of a good governance' sangat memerlukan kita memahami realiti baru keadaan serta bersama dengannya membawa islah dan perubahan. 

Prof Tariq Ramadan yang merupakan cucu kepada As-Syahid Imam Hassan Al-Banna, anak kepada Sa'id Ramadan adalah tokoh pemikir Islam semasa yang sangat banyak menyampaikan buah fikiran beliau berkenaan situasi perkembangan gerakan Islam di seluruh dunia khususnya pasca peristiwa 9/11 dan pasca kemenangan gerakan Islam di beberapa buah negara seperti Turki, Mesir dan juga Tunisia.

Ikuti wacana beliau di UIAM, mudah-mudahan memberi sedikit kefahaman kepada kita tentang gambaran besar 'big picture' apa yang berlaku dan apakah kebijaksanaan gerakan Islam dalam menghadapi situasi tersebut di peringkat global.

p/s : wacana beliau dalam bahasa Inggeris tanpa subtitle

Popular posts from this blog

Tanda-tanda Iman Lemah dan Cara-cara Mengatasinya

'IKHWAN' - UMAT YANG DIRINDUI OLEH NABI