Become our Fan

Mar 27, 2008

APA HALNYA PELAJAR PUO!!

Penuh sesak!!! Itulah suasana yang berlaku di Dewan Kuliah Awam semalam (26 Mac 08 ) apabila semua pelajar PUO yang tinggal di Taman Cempaka di panggil oleh pegawai HHP.. Pada awal peracangannya, perjumpaan itu hendak dibuat di Dewan Sri Kinta,tetapi disebabkan dewan tersebut digunakan oleh pelajar JP untuk peperiksaan, maka perjumpaan tersebut terpaksa di jalankan di Dewan Kuliah. Kenapa?? Apa halnya pelajar ini di panggil??

Memang terbukti majoriti pelajar PUO menetap di Tmn Cempaka atau lebih glamour dengan panggilan TC, mereka kebanyakkannya Sem 2- Sem 6 yang boleh digelar senior atau otai student PUO. Tapi perangai tidak menggambarkan seorang senior atau pelajar yang berintelektual. Atas dasar inilah pelajar yang tinggal di TC di panggil oleh pihak atasan PUO. Pihak pentadbiran sebenarnya sudah menerima banyak aduan berkaitan perilaku pelajar yang menyewa di luar. Bukan TC sahaja malahan di Pekan Razaki dan kawasan Ampang cuma TC memegang carta paling atas kerana setiap semester pasti ada aduan yang diterima.

Menggangu ketenteraman awam (membuat bising), pasangan lepak di depan rumah, malah ada juga yang di dalam rumah, merempit, melanggar undang-undang lalulintas dan banyak lagi masalah sosial. Inilah masalah-masalah yang kebanyakkannya dilakukan oleh pelajar luar. Nasihat, peringatan, amaran dan tindakan displin sudah diberi tapi kesannya amat sukar untuk dilihat. Umpama mencurah air di daun keladi. Adakah perkara ini perlu ada pada seorang pelajar di intitusi pengajian tinggi? Purata umur pelajar PUO adalah antara 19-25 tahun, sepatutnya pada peringkat umur ini sudah mampu untuk menilai antara perkara baik dan buruk. Dalam bahasa kasarnya, dah boleh buat anak dah tapi kelakuan masih memalukan.

Sedarlah pelajar sekalian, kita adalah golongan yang akan menjadi pewaris negara. Apakah kita mahu biarkan masa depan kita menjadi gelap kerana berpunca dari masalah yang kita timbulkan. Apakah pemimpin negara akan datang adalah berlatar belakangkan oleh golongan yang bermasalah, terlibat dengan masalah sosial? Kemudian sikap bermasalah itu terbawa-bawa apabila menjadi pemimpin nanti. Bukan ingin menyalahkan mana-mana pihak atau menyelar individu tertentu, cuma ingin semua pihak buka minda dan fikirkan gejala yang melanda kita selaku pelajar. Bukan di PUO sahaja malah di semua IPT di M’sia.

Lebih hebat lagi maruah Islam pasti tercemar. Orang bukan Islam pastinya melihat perilaku orang Islam untuk menilai agama Islam itu sendiri, jika imej buruk yang ditunjukkan oleh umat Islam apakah orang bukan Islam akan menilai Islam itu suatu yang indah? Pastinya tidak! Oleh itu kita telah mewujudkan fitnah kepada Islam!! Betapa besarnya dosa yang kita telah buat terhadap agama kita sendiri. Fikirkan!! Jangan lena dalam dunia fana!!! Masyarakat setempat bukan semuanya melayu Islam, ada juga kaum Cina dan India, jadi tunjukkanlah sikap pelajar Islam kepada mereka, jika kita tidak mampu nak berwatak seperti golongan alim, jagalah batas pergaulan antara pelajar lelaki dan perempuan. Tidak salah untuk berbincang hal-hal modul pelajaran tetapi biarlah bertempat. Kalau dah melepak hingga lewat malam tak jadi study dah.

Walaubagaimana pun, masih ada pelajar yang menjaga perilakunya, menjaga nama baik PUO, dan pelajar-pelajar ini juga ada kalanya tidak tahan melihat karenah pelajar yang bermasalah ni. Bagi kita yang bersih dari masalah ini, bangkitlah untuk membantu membendung masalah ini. Kita umpama mata bagi pihak HHP, bukan untuk menjadi pengampu! Tetapi untuk kita sama-sama menjaga nama baik PUO. Yang paling penting usaha kita menjaga imej Islam itu sendiri!!.

En. Khalid, salah seorang pegawai di HHP mengatakan, pelajar yang ingin membuat aduan berkaitan perilaku pelajar boleh terus melakukannya ke balai polis berhampiran atau memaklumkannya pada pensyarah masing-masing atau berhubung terus ke pejabat HHP. Pastikan segala maklumat yang di beritahu adalah sahih dan bukan atas dendam atau dengki khianat. Ingatlah, usaha kita yang sedikit tetapi berterusan insyaAllah akan mendapat keberkatan. Jika semua pihak memainkan perenan, pasti masalah ini boleh diselesaikan. Pihak pssipuo menghargai tindakan yang dilakukan oleh HHP dalam usaha menjada displin pelajar.

5 comments:

Anonymous said...

salam..hurm inilah realiti y kite kene hadapi kenyataan bahawa org melayu sekarang dah teruk bebenor nih.. ini baru je pelajar... bygkan saudara/saudari yg duk lepak je kejenye.. camne ngan diorg semue..(kutu rayau).. Ya Allah kenapa bole umat Islam kini menjadi seprti camnie.. salah sape saudara/saudari???? org bidak cerdik pandai mengatakan, untuk melihat pemimpin akan dtg bg sesebuah negara lihat la kepada remajanya... kita lihat sendiri betapa rosaknya akhlak mereka skang.. takkan kite nak tgk jer... tlg la kate kite hidup bermasyarakat??? tp adakah kite penah tegur adik2 kite nie??? diorg nie kosong ibarat tin kosong kite yang penuhkan mereka... kepada yang berkenaan.. takkan hanye wat pejumpaan jerkkkk... takde tindakan lain kerkkk... kite hanye pandai cp je... tindakannye maneeeeee???? bukak mate sebesar-besarnye terbentanglah kebenaran... tlg la kalo saudara/saudari xnak lihak kemaksiatan berada di depan mata... bertindaklah segera!!!!!!!!

Anonymous said...

Rasulullah sebagai teladan

DEMI sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari Akhirat, serta ia pula menyebut dan memperingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang). (al-Ahzab: 21)

Saban tahun di seluruh dunia, sambutan Maulidur Rasul memperingati hari kelahiran Nabi Muhammad s.a.w diadakan termasuk di negara kita. Dendangan selawat dan puji-pujian ke atas Baginda menghiasi halwa telinga dan cerita-cerita yang dipaparkan di media banyak mendatangkan keinsafan terhadap peranan kita sebagai umat Baginda.

Namun bagi umat Islam, keutamaan kita lebih dari sekadar untuk berarak dan berkumpul bagi merayakannya. Adalah amat penting untuk umat Islam terutamanya remaja menghayati keunggulan keperibadian Rasulullah dan menghayati sejarah perjuangan Baginda. Bagi remaja Islam, kekuatan keperibadian Baginda dapat dijadikan teladan yang baik (Qudwah Hasanah) untuk dicontohi.

Remaja dan contoh keperibadian Rasulullah

Remaja sentiasa mencari-cari seseorang untuk dijadikan contoh. Dalam hal ini, nyata remaja hari ini lebih mengagumi tokoh-tokoh popular, yang menonjol barangkali kerana rupa paras, ilmu atau kelebihan yang dimiliki dan remaja lebih suka menjadikan mereka idola atau pujaan hati mereka.

Dalam Islam, menjadikan seseorang sebagai contoh tidak boleh sehingga terlalu memuja orang tersebut. Contoh yang terbaik untuk diikuti ialah Rasulullah. Baginda selama 13 tahun berusaha berdakwah kepada umat Islam di Mekah untuk meninggalkan berhala yang menjadi idola dan sembahan mereka dan mengajak mentauhidkan Allah yang Esa.

Watak Rasulullah dibentuk oleh Allah melalui al-Quran. Sifat-sifat Nabi terserlah daripada peribadinya yang mulia, kebijaksanaan Baginda dalam memimpin negara, berlemah-lembut dan berhikmah dalam berdakwah serta berwasatiah (bersederhana) dalam soal kehidupan harian. Malah Rasulullah sentiasa mempamerkan budi pekerti yang baik dan terpuji kepada umatnya.

Sejarah hidup Rasulullah melalui pelbagai jalan getir dan hidup yatim piatu sejak kecil lagi apabila bapanya meninggal dunia ketika Nabi di dalam kandungan ibunya. Tidak dapat merasai kasih sayang seorang bapa, ibunda yang dikasihi pula meninggal dunia ketika usia Nabi masih muda. Keperitan Baginda membesar tanpa ayah dan ibu menjadikan Baginda seorang yang berdikari, matang di bawah jagaan datuk dan bapa saudaranya, selain perlindungan daripada Allah s.w.t.

Allah telah memberi tarbiyah kepada Baginda menjadi seorang yang jujur, amanah dengan menghadiahkan Nabi pengalaman hidup yang mendidik Baginda seorang yang terpuji. Terpuji kerana sifatnya yang tidak pernah menyembah berhala, sentiasa melihat dan merenung terhadap persekitaran dan kekayaan alam sekelilingnya. Atas sifat terbilangnya dan kepimpinan diri, Rasulullah diberi penghormatan menyelesaikan pertikaian dan perbalahan kerana perebutan kuasa dalam kalangan ketua kabilah untuk menempatkan Hajarul Aswad.

Baginda juga terkenal sebagai penggembala kambing dan peniaga yang memiliki sifat amanah, cekap, jujur, sabar dan ikhlas sehingga membawa keuntungan yang berganda untuk rombongan perniagaan Khadijah.

Banyak teladan dan contoh ikutan ditunjukkan junjungan besar Nabi Muhammad buat pedoman remaja dan belia. Sesungguhnya kehidupan seorang pemuda dan pemudi Islam tidak dapat lari daripada menjadikan Rasulullah sebagai model ikutan sepanjang zaman.

Justeru, remaja harus dididik agar memahami dengan sepenuh hati kaitan penghayatan sirah dengan kelangsungan hidup mereka terutamanya sebagai remaja serta kepentingan mereka menghargai sirah demi menjayakan misi hidup. Dengan keyakinan yang jelas terhadap kepentingan penghayatan sirah ini, ia mampu menumbuhkan kecintaan dan usaha dari dalam diri mereka sendiri untuk terus mencari dan menghayati sirah agung sepanjang hayat mereka.

Cara dan gaya mendidik remaja menghayati sirah harus bersesuaian dengan jiwa remaja iaitu ke arah mematangkan remaja dan melatih mereka berfikir sebagai manusia yang bertanggungjawab memikul amanah yang telah Rasulullah tinggalkan kepada setiap umat Islam.

Minda yang kreatif amat diperlukan demi menghasilkan produk-produk yang dapat membantu remaja mencerna dan menghayati sirah Rasulullah supaya produk yang dihasilkan menepati syarak, dijual dengan harga yang berpatutan dan berkualiti. Malah, usaha penerbitan filem animasi seperti Muhammad Utusan Terakhir serta filem Saladin yang menampilkan kebijaksanaan pemimpin-pemimpin agung Islam perlu terus didokong dan disokong supaya sirah nabi dapat disebar dengan lebih berkesan dan meluas.

Selain itu, Rasulullah harus ditonjolkan sebagai tokoh di zaman remaja Baginda. Ketokohan Baginda sebagai tokoh perniagaan sejak remaja lagi menyerlahkan Baginda sebagai ahli perniagaan remaja yang pintar membina strategi perniagaan berlandaskan nilai murni dan kejujuran.

Beliau ialah tokoh remaja yang kata-katanya dipercayai setiap lapisan masyarakat, tidak kira tua atau muda. Di sini, Rasulullah telah menetapkan asas kukuh bagi peribadi anak muda yang ingin bergerak aktif dan berjaya dalam bidang perniagaan iaitu bersifat amanah dan bertanggungjawab selain daripada mengetahui kemahiran dan strategi dalam perniagaan, walaupun masih baru dalam bidang tersebut.

Selain diri Rasulullah sendiri, sirah Baginda juga menampilkan ramai tokoh remaja lain yang gemilang hasil didikan Rasulullah seperti Ali bin Abi Talib, Usamah bin Zaid ,Tariq bin Ziyad, Abdullah bin Abu Bakr, Abdullah bin Zubair, Fatimah binti Muhammad, Aisyah binti Abu Bakr, Asma binti Abu Bakar, dan ramai lagi tokoh remaja yang menonjol kewibawaannya dalam masyarakat. Rasulullah telah berjaya mendidik mereka mewarisi peribadi unggul dan keberanian dalam menegakkan agama Islam.

Sebagai remaja Islam, perjalanan sirah akan lebih dihargai jika pengajarannya dihayati. Remaja akan berasa lebih karib dengan sirah apabila mereka ditunjukkan dengan pesanan-pesanan penting yang tersirat di sebalik fakta-fakta sirah. Di sini perlu wujudnya kesan kepada jiwa dan bukan semata-mata hafalan tarikh atau nama.

Remaja yang dapat menjadikan sirah sebagai penyegar jiwanya mampu membentuk jiwa dan rohnya supaya lebih tenang, bersemangat dan kental menghadapi cabaran mendatang.

Kesimpulan

Menampilkan contoh teladan yang baik adalah amat perlu untuk diri remaja. Contoh yang ditampilkan adalah mereka yang berakhlak mulia, mempunyai keterampilan dan berwawasan jauh, berilmu dan bijaksana serta mampu mengajak orang lain menjadi sepertinya.

Oleh itu, Rasulullah adalah contoh ikutan terbaik bagi seluruh umat manusia. Hari ini ramai tokoh yang lahir tampil mengagumkan kita, namun personaliti Rasulullah dan kebijaksanaan Baginda telah membawa perubahan kepada dunia seluruhnya sejak lebih 1,400 tahun lalu.

Baginda telah menampilkan transformasi yang besar kepada aspek sosial masyarakat, aspek pemerintahan dan aspek keteladanan yang boleh dicontohi pengikut.

Sesungguhnya, kelahiran Nabi Muhammad s.a.w membawa rahmat seluruh..

Anonymous said...

ha.... kan senang je utk menjadi umat yang terbaik.. tp kite yg xnak.. knape??? nak tiru cara barat konon... poyo je lebih... bukan dpt pe je... kalu baik takpe.. nie tak... benda xbaik kite ikut... cube ikut Rasul kite.. xde la jenyah meningkat.. duit pun habis utk pulihkan akhlak remaja skang... sussah2 je.. hidup nie senang kalu kite berilmu.. nak tak nak je manusia sekarang utk berubah... biar hipokrit utk berubah mnjdi baik dr kite terus menerus wat benda xbaik tul xxxxx??????? tanye pada diri... jgn tanye pd org lainnn..... okey.... ada paham....!!!!!

Anonymous said...

Tentera AS gempur Basra -- 8 penduduk awam maut termasuk dua kanak-kanak


Anggota militia Tentera Mahdi berdoa selepas menunaikan solat subuh di kawasan kubu kuat kumpulan itu di selatan bandar Basra, semalam sewaktu tentera AS dan Iraq meneruskan usaha mematahkan kebangkitan semula pergerakan itu. – AFP.

--------------------------------------------------------------------------------



BASRA 29 Mac 2008– Lapan orang maut dalam serangan udara terbaru tentera penceroboh diketuai Amerika Syarikat (AS) di bandar pelabuhan ini awal hari ini.

Sementara itu, pertempuran antara askar dengan militia Syiah berterusan untuk hari kelima berturut-turut, hari ini.

Lebih 230 orang terbunuh dalam pertempuran sengit antara pejuang Syiah dengan askar kerajaan Iraq dan tentera penceroboh selepas Perdana Menteri, Nuri al-Maliki melancarkan operasi untuk membanteras “kumpulan penjenayah” di sini pada Selasa lalu.

Pertempuran juga merebak ke beberapa bandar lain termasuk Bandar Sadr di pinggir ibu negara, Baghdad.

Sekurang-kurangnya 75 orang terbunuh dan hampir 500 lagi cedera dalam pertempuran di Bandar Sadr sejak empat hari lalu, kata sumber kesihatan Iraq.

Menurut seorang jurugambar AFP di sini, sekurang-kurangnya lapan orang termasuk dua wanita dan seorang kanak-kanak terbunuh dan beberapa buah rumah musnah apabila beberapa buah bom digugurkan ke atas kawasan kediaman Al-Baath di barat laut Basra awal hari ini.

Saksi berkata, serangan udara itu dilancarkan oleh pesawat perang tentera penceroboh dan beberapa orang lagi dikhuatiri terkorban dalam pengeboman itu.

Tentera Britain di Basra dan tentera AS tidak dapat dihubungi untuk mengulas mengenai serangan itu.

Tentera penceroboh pimpinan AS terlibat dalam pertempuran buat kali pertama malam tadi apabila pesawat perang mereka menggugurkan beberapa buah bom ke atas kedudukan militia Syiah di Basra.

“Tentera kami memiliki keupayaan yang tidak ada pada angkatan bersenjata Iraq dalam operasi sebegini.

“Secara khususnya, kami memberikan bantuan udara di atas bandar ini kerana tentera udara Iraq belum memiliki jet yang pantas,” kata jurucakap tentera Britain, Mejar Tom Holloway.

Sementara itu, pertempuran turut meletus di kawasan Syiah lain di Iraq sejak Selasa lalu.

Selain Bandar Sadr dan Khadimiyah yang merupakan kubu-kubu kuat militia Tentera Mahdi pimpinan ulama radikal, Moqtada al-Sadr, bandar Kut dan Hilla di tengah negara ini dan Nasiriyah di selatan turut digegarkan oleh pertempuran sengit.

Nuri berikrar untuk meneruskan operasi bersenjata ke atas kumpulan bersenjata Syiah di bandar ini sekalipun tentera kerajaan menghadapi tentangan hebat.

Semalam Nuri memberi tempoh hingga 8 April ini untuk penduduk Basra menyerahkan senjata berat dan sederhana dalam usaha memutuskan bekalan senjata kepada gerila pemberontak.

Presiden AS, George W. Bush menyifatkan keganasan itu sebagai “detik penentuan” bagi Iraq dan ujian penting bagi kerajaan Baghdad ke arah keamanan.

– AFP

Anonymous said...

salah satu brite pada hari ini.. inikah keamanan yg gembar-gemburkan?? cukuplah.. nahhh.. ini salah satu sekiranya kite xnak berubah lagi.. kite seakan-kan xbersyukur langsung terhadap apa yg Allah beri pada kita.. sedar la sket sape diri kita nie..