Posts

Showing posts from August, 2009

Keistemewaan Wanita Dalam Islam

Image
1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki karena sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab beliau, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia". 2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahim nya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan bagi nya setiap hari dengan 1000 kebajikan dan menghapus kan dari nya 1000 kejahatan. 3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatat kan bagi nya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah. 4. Apabila seseorang perempuan melahir kan anak, keluar lah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibu nya melahirkan nya. 5. Ap abila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susu nya diberi satu kebajikan. 6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anak nya yang sakit, maka Allah memberi nya pahala seperti memerdekakan 70 ha...

Jejak Berdarah Ariel Sharon

Image
1. "SAYA BERJANJI UNTUK MEMBAKAR SETIAP KANAK-KANAK PALESTIN yag dilahirkan di wilayah ini. Anak-anak dan perempuan lebih bahaya daripada lelaki, sebab keberadaan mereka merupakan kelanjutan bagi generasi Paelstin selanjutnya. Tidak penting kepada saya berbagai undang-undang internasional. Saya mengarahkan tentera saya agar memperkosa gadis-gadis palestin kerana mereka adalah hamba Israel!" Ungkapan yang sarat dengan keganasan ini disampaikan oleh PM Israel, Ariel Sharon (suatu ketia dahulu) dalam pertemuannya dengan Jeneral Odzmer Haram pada tahun 1956. Pernyataan ini menjelaskan strategi berdarah yang ditempuh oleh Sharon selanjutnya. 2. Dalam usia 14 tahun, Sharon telah BERGABUNG DENGAN TENTERA bawah tanah Yahudi yang bernama Haganah. Tentera keganasan ini melakukan banyak pembantaian keji dan pembunuhan terhadap rakyat Palestin. Yang terkenal adalah tragedi Der Yasin, Lud, Nashiruddin dan Dawaimah yang memakan korban ratusan nyawa palestin. Pembantaian ini men...

Mesyuarat Agong PSSI

Image
Alhamdulillah Mesyuarat Agong Persatuan Siswa Siswi Islam Politeknik Ungku Omar sesi Julai 2009 telah berlangsung dengan jayanya baru-baru ini.. Perasmiannya telah disempurnakan oleh Ustazah Hayati sendiri dengan dihadiri para pelajar serta ahli-ahli PSSI baik yang lama mahupun yang baru.. Beberapa aktiviti telah direncanakan sepanjang semesta ini dan InsyaAllah mudah-mudahan semuanya dipermudahkan oleh Allah SWT.. Antara gambar yang sempat diambil semasa mesyuarat agong berlangsung..

Ustaz Asri Rabbani Dalam Kenangan...

Image
Syurga Selalu Bersamaku Aku adalah pengejar syurga akhirat, bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat. Aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu. Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku Tempat kerja syurga dunia harianku Tetangga, masyarakat dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas. Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku…. ~ Ustaz Asri ———————– Benarlah Ustaz Asri sudah tiada. Berita pemergiannya begitu sukar sungguh untuk di telan. Dan pasti juga seluruh jiwa yang mengenali Ustaz Asri bagaikan terpana dipukul halilintar. Kita kini kehilangan satu permata yang sukar dicari ganti… Tetapi mengapa mesti Ustaz Asri?? Mengapa ustaz Asri terlalu cepat meninggalkan kita?? Itulah yang dinamakan takdir.. Andai maut datang menjemput tidak akan dilewat atau dicepat walau sesaat.. Terlampau sedih sehin...

Cara Betul Memberikan Salam

Ilmu utk dikongsi bersama : Pagi semlm dengar radio ikim (91.50 fm), ustaz Zawawi citer tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antaranya tentang bab memberi salam. Baginda memberi salam dgn lafaz "assalamualaikum" dan menjawab salam dari para sahabat dgn salam yg penuh "waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh" Beri salam - "assalamualaikum" Jawab salam - "waalaikumussalam warahmatulallah hi wabarakatuh" Apabila kira berkirim salam pada org lain, hendaklah kita berkata "Kirim salam assalamualaikum pada ZIZAH ye" contoh lerr... Bukannya : "Kirim salam kat ZIZAH ye" Dan bukannya "Kirim salam maut" statement ini adalah berdosa, walaupun sekadar gurauan! Semoga ada manfaat. "Akum = Avde Kokhavim U Mazzalot " Maksud singkatan "A'kum" Untuk renungan bersama : Janganlah kita menggantikan perkataan "Assalamualaikum" dengan "A'kum" dalam sms atau apa sekalipun...

Doaku...

Image
"Allahumma ar Zuknaa Hubbak, Wa hubba Man Yuhibbuk, Wa Hubba ‘Amalin Solihin Yukorribuna ila Hubbik." Ya Allah, aku mohon cintaMu, dan cinta orang orang yang menyintaiMu, dan cinta orang yang beramal soleh mendekatkan aku kepada cintaMu.

Tawaran Bulan Ramadhan, Jum Rebut!!!!

Image

10 K dalam persahabatan/Ukhuwah

Image
* KECINTAAN * merupakan elemen yang paling penting sekali dalam sesebuah persahabatan. Ikatan sesebuah persahabatan akan mudah rapuh jika tiadanya kecintaan antara dua insan yang disandarkan kepada Si Pemilik cinta itu sendiri. Sebab itu, kadang-kadang perlunya kita meluahkan rasa cinta kita terhadap sahabat kita dengan mengungkap, "uhibbuka/i fillah" (bagi sahabat-sahabat yang sama jantina sahaja) agar mereka tahu betapa cintanya kita terhadap mereka, kerana Allah ( insyaAllah). * KASIH SAYANG * lebih kurang sama sahaja maksudnya dengan kecintaan. Namun, setelah kita mencintai sahabat kita, perlunya kita curahkan segala kasih sayang kita terhadap mereka. Tetapi, kadangkala kasih sayang tidak perlu dipamerkan secara luaran. Cukuplah sekadar kita mendoakan untuk sahabat-sahabat kita, insyaAllah, itu sudah cukup membuktikan betapa sayangnya kita terhadap merek a. * KEIKHLASAN * dapat menjamin sesebuah persahabatan mendapat keberkatan dan ...

Ya ALLAH!! Kami Merindui Syahidmu

Image
Terlebih dahulu marilah sama2 kita menadah rasa kesyukuran diatas segala nikmat yang dikurniakan Allah kepada kita.. Ingat segala nikmat yang dikurniakan bukan untuk dipersia. Maka gunakanlah ia dengan sebaiknya untuk menambah amal kita pada Allah SWT sebagai bekalan sebelum menuju ke Kampung Akhirat yang kekal abadi.... Moga kita sentiasa diberi perlindungan oleh Allah.. سُبْØ­َانَ الَّØ°ِÙ‰ Ø£َسْرَÙ‰ بعَبْدِÙ‡ِ Ù„َÙŠْلاً Ù…ِÙ†َ اْلمَسْجِدِ الْØ­َرَامِ إلَÙ‰ الْÙ…َسْجِدِ اْلأَÙ‚ْصَاالَّØ°ِÙ‰ بَارَÙƒْÙ†َا Ø­َÙˆْÙ„َÙ‡ُ Ù„ِÙ†ُرِÙŠَÙ‡ُ Ù…ِÙ†ْ Ø¡َايَاتِÙ†َا إنَّÙ‡ُ Ù‡ُÙˆَ السَّÙ…ِÙŠْعُ الْبَصِÙŠْرُ 2 Maha Suci Allah yang memperjalankan hambaNya pada suatu malam dari Masjidil Haram ke Masjid al-Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian daripada tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat. Semasa membuka email yang pernah ana hantar kepada sahabat2, ana terbaca sebuah kisah yang menceritakan tentang penga...

Secawan Kopi

Image
Seorang pensyarah di Kolej Safir yang bernama Dr. Izwan kelihatan sudah bersedia memulakan kelas falsafah beliau. Suasana di dewan kuliah sunyi sepi dan para pelajar nampaknya sudah bersedia mendengar syarahan daripada Dr. Izwan. Kelihatan di atas meja Dr. Izwan terdapat sebuah balang kaca yang besar dan secawan air kopi yang sungguh harum aromanya. Tanpa berkata apa-apa, Dr. Izwan meletakkan beberapa biji bola golf ke dalam balang kaca tersebut sehingga penuh. Kemudian, Dr. Izwan bertanya, "Wahai para pelajarku, adakah balang kaca ini sudah penuh?" . Para pelajarnya menjawab, "Ya, balang kaca itu sudah penuh" . Kemudian, Dr Izwan memasukkan beberapa biji manik ke dalam balang tersebut dan menggoncangkannya. Manik-manik tersebut mengisi ruang-ruang kosong di celah-celah bola golf di dalam balang tersebut. Dr. Izwan bertanya lagi, "Wahai para pelajarku, adakah balang kaca ini sudah penuh?" . "Ya" , jawab para pelajarnya. Kemudian, Dr....

Syuhada - di bumi Palestin

Image
Aku amat mencemburuimu Mujahidin Palestin Kamu dipilih ALLAH mempertahan tanah suci Kamu terpilih mempertahan masjid suci Bau syurga dapat kalian rasa Zahirnya mati tapi sebenarnya rohmu hidup Bertuah dilahirkan di bumi pilihan, Bumi penuh pancaroba dan pertelingkahan hidup dalam pelbagai keperitan dan kesusahan Namun, janji tuhan, bumi bermandi darah Dan kemusnahan ini landasanmu untuk berjuang syahid cita-cita tertinggi umat beraqidah suci menghadap Tuhan dengan iringan bidadari tersenyum bernikmat leluhur dan memberkati. Membersih noda dan dosa Oh! Betapa nikmat dan berbahagia, jika kami juga berada di sana Apakan daya kami nan jauh, hanya mampu berdoa Hanya mampu menghulur derma Sekadar mampu mempulaukan hasil barangan zionis Jika kamu di ambang syurga Doakan kami dapat bersamamu Islam dan Al Quran akan tetap terpelihara Itu janjiMu ya Allah Untuk kita, siapa yang menentukan Baik atau buruk, yang Allah ilhamkan Ketaqwaan dan kefasikan Terserah pilihan Jalan ke...

15 Perkara Penyebab Bala

Image
Gambar hiasan - Taufan Katrina Untuk renungan bersama. Ali bin Abi Thalib r.a, meriwayatkan daripada Rasulullah SAW bahawa beliau bersabda; “Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka, iaitu: 1.Apabila (Maghnam) harta milik umum atau negara hanya berkisar di kalangan elit tertentu 2. Apabila (aset) amanah dijadikan sebagai habuan diri (ghanimah) 3. Zakat dianggap sebagai beban hutang (diperniagakan) 4. (Kehendak) suami dikuasai oleh kehendak isteri (Queen Control) 5. Anak menderhakai ibunya 6. Tapi ia berbaik-baik (patuh) dengan (kehendak) kawannya 7. Ayahnya (pula) disingkir jauh 8. Rioh rendah dan kecoh di dalam masjid (atas sebab dunia) 9. Yang menjadi ketua sesuatu bangsa adalah orang yang fasiq (jahat dan derhaka kepada Allah) 10. Seseorang dimuliakan kerana (hendak menghindari) kejahatannya 11. Arak menjadi minuman lumrah 12. Sutera menjadi pakaian (golongan lelaki) 13. Golongan artis (biduan) disanjung-sanjung 14...

Azab Kubur

Image
Kali ini ana nak kongsikan gambar-gambar yang dapat membuktikan bahawa azab kubur itu ada dan sememangnya ada . . Sebabnya sebelum ini kita sering dihidangkan dengan suara-suara sumbang yang cuba mempertikaikan akan adanya azab kubur dan soalan Munkar dan Nankir .. Astaghfirullah.. Lebih malang suara-suara ini datangnya dari orang yang berilmu dan bijak pandai.. Antaranya dalam majalah Al I***m yang pernah menyiarkan perbahasan mengenai ketiadaan azab kubur.. Lailahaillallah.. Moga Allah membuka hati-hati mereka... Gambar-gambar ini diambil dari sebuah tempat yang tidak dinyatakan secara jelas kawasannya.. Moga menjadi pengajaran untuk kita beramal bersama.. ~Gambar mayat yang digali semula kuburnya ~ Seterusnya sebuah lagi kisah yang boleh menyakinkan lagi akan kebenaran adanya azab kubur.. Kejadian ini berlaku di sebuah wilayah di Oman.. ~Perhatikan dengan teliti apa yang tidak kena dengan jenazah ini~ Gambar di atas merupakan mayat seorang pemuda lelaki berumur...